Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, October 6, 2008

Pemergian mu

Pergimu seorang mujahidah, (http://nurilhakim.blogspot.com/2008/10/perginya-seorang-mujahidah.html)

Blog di atas adalah maklumat lanjut berkenaan satu insiden yang menimpa pelajar. Satu kemalangan jalan raya yang menimpa sebuah kereta kenari menyebabkan seluruh warga UMS yang beragama Islam bersedih menyambut raya tahun ini. Dua hari lepas sewaktu perjalanan pulang dari Tawau ke Kota Kinabalu dalam satu konvoi Raya, 3 orang adik beradik yang berada dalam kereta telah menjunam ke dalam gaung disebabkan oleh terlanggar sebuah pokok. Kejadian berlaku di jalan Papar-Kinarut selekoh tajam dan ini telah mengakibatkan 3 orang meninggal dunia, seorang di tempat kejadian manakala dua orang lagi dilaporkan meninggal dunia semalam. Informasi ini diperolehi daripada pelajar yang sempat ditemubual semalam. Salah satu daripada mangsa adalah pelajar UMS.

Kita sambut Raya dengan kegembiraan, tiba-tiba berita kematian pelajar tahun 2 UMS Induk iaitu Siti Aisyah Bakri menyebabkan pelajar lain di UMS turut merasai pemergiannya. Teringat kata-kata seorang teman "Mati itu adalah pasti" sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa hidup di dunia tidak akan lama. Sejauhmana kita menjaga kesihata dan keselamatan diri adakah kita merasa sihat kita tidak merasai mati. Kejadiaan di atas menggambarkan bahawa usia bukan penentu kita kembali kepada Tuhan. Usia muda sudah bertemu ajal seperti Siti Aisyah adalah bukti bahawa hidup di dunia hanya sementara.

Pergi mu tidak akan kembali...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

p/n Sebarang kesilapan informasi mohon dinilai, yang penting kita ambil pengajaran daripada post di atas.

maklumat lanjut
http://sitiaisyahbakri08.blogspot.com/



No comments: