Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Friday, March 20, 2009

Intelektual dalam komersialisme

Intelektual dalam komersialisme

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com

Apabila universiti dikorporatkan, ramai yang berdebat bahawa intelektual dan kualiti pendidikan akan tergadai kerana komersialisme. Benarkah begitu?

Wednesday, March 18, 2009

Berhati-hati ketika menerbitkan sesuatu cerita

Penerbit pertahan karya songsang

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan drama yang berunsurkan gay dan lesbian menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong perjuangan yang tersirat dalam karya-karya mereka.

Penerbit filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, tujuan utama mereka mengangkat tema sedemikian kerana mahu masalah itu ditangani.

“Gejala gay dan lesbian sedang berleluasa, mereka (NGO) kena bantu kaji dan bukan pejam mata saja,’’ ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Raja Azmi, disebabkan sikap tidak ambil peduli itu, gejala tersebut telah berkembang dalam diam.

“Saya bukan bodoh mahu menampilkan adegan yang kemudian tidak diluluskan dan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia cuma digambarkan menerusi seni. Masih ada batasan dalam kami berkarya,’’ jelasnya.

Bagi penerbit telefilem Mabuk Estrogen yang juga memaparkan tema cinta songsang, Sheila Rusly, masanya sudah tiba untuk masyarakat berfikir mengenai masalah gay dan lesbian.

“Sampai bila kita mahu ia menjadi isu yang terbiar begitu sahaja. Jika tidak lama-kelamaan masyarakat kita menjadi semakin parah angkara tidak memahami apa yang berlaku,’’ ujarnya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

Monday, March 16, 2009

Di manakah lokasi ini..?

Suasana yang menyakitkan mata memandang. Sebahagian UMSKAL yang mempunyai bangku tempat untuk duduk di hadapan Dewan Utama telah dicemari oleh sampah sarap. Implikasi daripada sikap pelajar yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata telah menyebabkan kejadian di atas. Mahasiswa pemangkin kepada pembangunan universiti. Jika perkara berlarutan bagaimana kita hendak melahirkan mahasiswa yang pembersih..? Kita tidak akan mampu untuk melahirkan mahasiswa bertanggungjawab memjaga alam sekitar. Siapakah yang harus dipersalahkan.

Saranan, Kepada semua pihak jagalah alam sekitar di UMSKAL. Kepada pihak yang sepatutnya, tolong sediakan tong sampah supaya mudah untuk membuang sampah dan tidak akan wujud pelajar buang merata-rata.
Inisiatif sendiri untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kesedaran dan kehendak mengatasi segala-galanya.

Kebersihan tanggungjawab bersama..!!!

Thursday, March 12, 2009

Sijil Pelajaran Malaysia



Labuan- Keputusan SPM telah diumumkan semalam menggambarkan peratusan meningkat. Peningkatan sebanyak 90 peratus daripada 100 peratus tahun ini telah meletakkan Sekolah Menengah Labuan sebagai sekolah tertinggi dari sudut pencapaian dalam Bahasa Melayu. Satu keputusan yang amat memberangsangkan, menurut seorang tenaga pengajar di SMK Labuan, Puan Faezah ini adalah kali pertama SMK Labuan mendapat tempat sebagai ranking. Walaubagaimanapun, beliau turut merasa gembira dengan pencapaian anak muridnya.

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI

Semalam info sempat berbincang mengenai isu ini dengan seorang kawan yang memang prihatin terhadap isu ini. Mula-mula dia bertanya, "Apa pandangan info mengenai dasar pendidikan kita sekarang..?" Mula terfikir dan bermain di kepala ini mesti isu PPMSI. Apakah isu ini sebenarnya..?

Info melihat isu ini dari pelbagai sudut, Pertama dari sudut pencetusan idea. Isu PPMSI (isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan negara. Idea ini dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia (PM) yang ke 4 iaitu Tun Dr. Matahir. Selaku PM yang bertanggungjawab mempastikan rakyatnya berjaya dalam pelbagai bidang, beliau mencadangkan bahawa matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Kedua, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda dan sudut politik iaitu isu pencemar duli seorang penulis terkenal negara, Dato A.Samad Said. Pihak terlibat menyatakan bahawa Dato hanya menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.Walhal setelah diperhatikan segala penjelasan menyatakan bahawa beliau tidak hanya menghadiri ceramah yang berkaitan politik di sebelah pihak sahaja. Menurutnya lagi, saya hadir bukanlah untuk berpolitik tapi nekad untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu yang semakin dimamah zaman. Oleh yang demikian, mengadakan ceramah anjuran mana-mana pihak bukanlah menjadi isu utama kerana bahasa ibunda adalah satu kekuatan orang melayu.

Ketiga, Penggunaan Bahasa Asing adalah tidak sepatutnya. Pendapat menyatakan bahawa Bahasa Melayu memang tidak wujud kerana ia bermula daripada pelbagai perkataan seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, bahasa Parsi, dan pokok pangkalnya Bahasa Melayu memang tidak wujud. Kita tidak perlu mengaggungkan bahasa orang asing walhal Islam sendiri membawakan kepada bahasa yang lagi elok digunakan iaitu bahasa Al-Quran. Namun kata-kata seorang pemidato yang menjadi juara dalam pertandingan debat baru-bari ini amat mengharukan info apabila, kata-kata terakhir yang dilafazkan adalah "Saya bangga menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa sehari-harian dan akan memartabatkan BM suatu hari nanti". Kenapa kita hendak memartabatkan bahasa asing. Contohilah negara Jepun, lebih menggalakkan BI ditukar kepada bahasa Jepun. Ini adalah pendorong kuat Jepun menjadi negara maju hari ini.

Keempat, Kesannya kepada generasi akan datang. Info sempat meninjau keputusan adik-adik yang mempelajari Sains dan Matematik dalam BI. Kebanyakan daripada meraka gagal dalam peperiksaan akhir. Walaupun kedua-dua matapelajaran adalah subjek yang mereka sukai namun sistem pembelajaran dalam BI menyebabkan mereka sukar menguasi sepenuhnya. Hal ini amat mengecewakan ibubapa adakah kita akan membiarkan ia berlarutan, sudah semestinya kita menentang kerana kesannya kepada generasi yang akan datang.

"Generasi pelapis negara". Inilah slogan yang sering dilaungkan apabila tiba Hari Belia Semalaysia kerana memikirkan siapa yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan negara suatu masa kelak. Isu PPSMI perlu diatasi supaya generasi yang akan datang menjadi lebih berkualiti, dari sudut intelektual, sahsiah, akhlak dan pemikiran serta kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik.

Thursday, March 5, 2009

Selamat Menyambut Maulidurasul

Justify Full



"Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wata'ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam, maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia."


Kelahiran Rasulullah s.a.w. pada 12 Rabiulawal tahun gajah, Jabatan Agama Islam W.P. Labuan akan diadakan pada 8bh Mac 2009. Diantara pengisian yang diadakan adalah ceramah, sedikit diskusi dan banyak lagi.

Di UMSKAL sendiri, sambutan maulidurasul akan diadakan dan dalam progres. Nantikan kehadirannya bagi kita memperingati Baginda yang telah menyebabkan tertegaknya agama Islam pada hari ini.



"Polystrene Memudaratkan Kesihatan"



MPP 2008/2009- Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan atau lebih dikenali dengan 3K akan mengadakan kempen "Polystrene Memudaratkan Kesihatan" tidak lama lagi. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan pengunaan bekas makanan tersebut kerana dikhuatiri merbahayakan kesihatan. Hal yang demikan kita perlu berkerjasama sama sengan semua pelajar, termasuk pemegang tander cafe.

Oleh yang demikian, penyertaan menjadi AJK pelaksana telah ditampal dipapan-papan kenyataan sekitar kawasan kampus. Sesiapa yang berminat anda boleh mengisi nama, No matrix dan nombor telefon untuk tujuan panggilan menghadiri mesyuarat. Kerjasama anda amat dialu-alukan.

Wednesday, March 4, 2009

Monday, March 2, 2009

Hasrat untuk membuka Universiti Labuan


Program Bakti Siswa yang diadakan di Kg.Patau-Patau Labuan semester lepas mengingatkan info berkaitan dengan artikel di atas. Saudari Sharial yang merupakan anak jati Labuan berhasrat untuk menjadikan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan menjadi Universiti Labuan.

Mantan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia, beliau bercita-cita sebagai pemimpin di kawasan mengantikan Dato' Suhaili. Berhasrat untuk mewujudkan universiti Labuan sebagai lambang kemajuan labuan yang dikecapi. Selain daripada itu Kolej Matrikulasi Labuan (KML) yang menjadi fokus pelajar lepasan SPM juga menyumbang kepada pembukaan Universiti Labuan. Atas alasan, selesai sahaja belajar di KML pelajar-pelajar tersebut boleh melanjutkan pelajaran terus ke peringkat Ijazah tanpa perlu ke universiti luar labuan.

Malangnya, hasrat untuk membuka satu lagi universiti di labuan tidak kesampaian apabila satu kenyataan akhbar bahawa "Malaysia tidak perlukan lagi universiti baru". Membuka minda pembaca bahawa kita tidak perlu mewujudkan universiti baru kerana dikhuatiri universiti sedia ada belum mencapai standard piawaian. Lebih elok kiranya kita memantapkan lagi universiti sedia ada, sekurang-kurangnya berada dalam list ranking universiti dunia sebagai universiti berprestige.

(http://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2231)