Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, March 2, 2009

Hasrat untuk membuka Universiti Labuan


Program Bakti Siswa yang diadakan di Kg.Patau-Patau Labuan semester lepas mengingatkan info berkaitan dengan artikel di atas. Saudari Sharial yang merupakan anak jati Labuan berhasrat untuk menjadikan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan menjadi Universiti Labuan.

Mantan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia, beliau bercita-cita sebagai pemimpin di kawasan mengantikan Dato' Suhaili. Berhasrat untuk mewujudkan universiti Labuan sebagai lambang kemajuan labuan yang dikecapi. Selain daripada itu Kolej Matrikulasi Labuan (KML) yang menjadi fokus pelajar lepasan SPM juga menyumbang kepada pembukaan Universiti Labuan. Atas alasan, selesai sahaja belajar di KML pelajar-pelajar tersebut boleh melanjutkan pelajaran terus ke peringkat Ijazah tanpa perlu ke universiti luar labuan.

Malangnya, hasrat untuk membuka satu lagi universiti di labuan tidak kesampaian apabila satu kenyataan akhbar bahawa "Malaysia tidak perlukan lagi universiti baru". Membuka minda pembaca bahawa kita tidak perlu mewujudkan universiti baru kerana dikhuatiri universiti sedia ada belum mencapai standard piawaian. Lebih elok kiranya kita memantapkan lagi universiti sedia ada, sekurang-kurangnya berada dalam list ranking universiti dunia sebagai universiti berprestige.

(http://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2231)

1 comment:

rial said...

Salam, terima kasih atas keprihatinan Saudara/saudari. Soal diterima atau tidak cadangan penubuhan sebuah universiti penuh di labuan bukanlah satu isu yang besar. Masanya pada hari ini mungkin tidak sesuai, walau bagaimanapun cadangan tersebut akan sentiasa dibuat oleh pemimpin-pemimpin labuan dari masa ke masa, anak jati labuan lebih memahami maksud penubuhan sebuah universiti di labuan berbanding orang luar, ianya sebagai pelengkap kepada pembangunan labuan disamping mampu menjana aktiviti pelancongan pendidikan serta menjadi pusat ilmu dalam lapangan perniagaan & kewangan sesuai dengan statusnya sebagai sebuah pusat perniagaan & kewangan antarabangsa. Walaupun mungkin suatu hari nanti seandainya kepadatan penduduk labuan akan bertambah dan dijangka akan menyumbang kepada permasalahan sosial yang lain, tidak mengapa pada hari tersebut labuan sudah matang, pasti ada jalan penyelesaian kepada permaslahan yg berlaku. sekurang-kurang kerajaan tempatan di labuan menginginkan pertambahan penduduk labuan sehingga 150 000 untuk kuasa beli pasaran yang lebih baik sebagai galakan kepada kemasukan pelaburan yang agak kurang. Sehubungan itu, labuan berhak menuntut perkara yang lebih baik yang harus diperolehinya slah satunya adalah pendidikan, ingatlah falsafah "pendidikan teras pembangunan". Datang dengan cadangan tersebut adalah cadanagan pembukaan bandar baru berdekatan dengan universiti penuh tersebut, rasioanalnya supaya untuk 15-20 tahun selepas pengisytiharannya, kepadatan di bandar labuan yang sedia ada akan dapat ditangani. sekiranya ingin maju, seharusnya perlu lebih berani untuk berubah. Hari ini dah masuk tahun 2009. 11 tahun lagi sebelum menuju tahun 2020.Namun, labuan tidak memandang 12 tahun akan datang, ia melihat apa yang dimilikinya selepas 30 tahun yang akan datang yakni tahun 2040. Pada masa itu, wajarkah nama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dikekalkan setelah mengambil kira 56 tahun pengisytiharannya sebagai wilayah persekutuan? tidakkah labuan sebagai sebuah WP punya hak untuk memiliki sebuah universiti penuh tanpa berkongsi nama dengan negeri jirannya itu? kalau hendak diterjemah dalam bentuk usia seorang manusia, angka 56 tahun itu telah memasuki usia emas. lantaran itu perjuangan kepada pembangunan labuan yang lebih mapan akan diteruskan, untuk apa semua ini? melainkan untuk kemajuan bangsa, agama & negara MALAYSIA yang kita cintai.. jangan persiakan status labuan sebagai sebuah pusat perniagaan & kewangan antarabangsa, hari ini sempat kita dengar suara sumbang menyatakan pembangunan yang ada di labuan tidak sesuai dengan keadaan fizikalnya. Tidak mengapa, sebagai anak labuan, bersyukur kepada ALLAH S.W.T dan berterima kasih kepada kerajaan atas limpahan nikmat pembangunan, anak labuan harus berkerja lebih keras untuk memajukan kawasannya sendiri. buktikan kepada pemilik suara-suara sumbang terbabit bahawasanya labuan dalam konteks 15-30 tahun akan datang jauh lebih baik daipada hari ini. Lantaran itu, ceracak besi kepada maksud pembangunan yang diinginkan di Labuan harus bermula pada hari ini. BERSAMA KE ARAH LABUAN MAJU 2040 (",)