Semoga berjaya menghadapi peperiksaan akhir.
Do the Best Among the Best...!!!!
"Pimpinlah diri anda sebelum anda memimpin orang lain. Jadilah seorang Repoter yang lebih berfikiran matang, Bertindak mengikut akal dan try do the best among the best."
Penerbit pertahan karya songsang
KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan drama yang berunsurkan gay dan lesbian menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong perjuangan yang tersirat dalam karya-karya mereka.
Penerbit filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, tujuan utama mereka mengangkat tema sedemikian kerana mahu masalah itu ditangani.
“Gejala gay dan lesbian sedang berleluasa, mereka (NGO) kena bantu kaji dan bukan pejam mata saja,’’ ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Raja Azmi, disebabkan sikap tidak ambil peduli itu, gejala tersebut telah berkembang dalam diam.
“Saya bukan bodoh mahu menampilkan adegan yang kemudian tidak diluluskan dan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia cuma digambarkan menerusi seni. Masih ada batasan dalam kami berkarya,’’ jelasnya.
Bagi penerbit telefilem Mabuk Estrogen yang juga memaparkan tema cinta songsang, Sheila Rusly, masanya sudah tiba untuk masyarakat berfikir mengenai masalah gay dan lesbian.
“Sampai bila kita mahu ia menjadi isu yang terbiar begitu sahaja. Jika tidak lama-kelamaan masyarakat kita menjadi semakin parah angkara tidak memahami apa yang berlaku,’’ ujarnya.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!
Suasana yang menyakitkan mata memandang. Sebahagian UMSKAL yang mempunyai bangku tempat untuk duduk di hadapan Dewan Utama telah dicemari oleh sampah sarap. Implikasi daripada sikap pelajar yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata telah menyebabkan kejadian di atas. Mahasiswa pemangkin kepada pembangunan universiti. Jika perkara berlarutan bagaimana kita hendak melahirkan mahasiswa yang pembersih..? Kita tidak akan mampu untuk melahirkan mahasiswa bertanggungjawab memjaga alam sekitar. Siapakah yang harus dipersalahkan.