Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Wednesday, March 18, 2009

Berhati-hati ketika menerbitkan sesuatu cerita

Penerbit pertahan karya songsang

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan drama yang berunsurkan gay dan lesbian menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong perjuangan yang tersirat dalam karya-karya mereka.

Penerbit filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, tujuan utama mereka mengangkat tema sedemikian kerana mahu masalah itu ditangani.

“Gejala gay dan lesbian sedang berleluasa, mereka (NGO) kena bantu kaji dan bukan pejam mata saja,’’ ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Raja Azmi, disebabkan sikap tidak ambil peduli itu, gejala tersebut telah berkembang dalam diam.

“Saya bukan bodoh mahu menampilkan adegan yang kemudian tidak diluluskan dan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia cuma digambarkan menerusi seni. Masih ada batasan dalam kami berkarya,’’ jelasnya.

Bagi penerbit telefilem Mabuk Estrogen yang juga memaparkan tema cinta songsang, Sheila Rusly, masanya sudah tiba untuk masyarakat berfikir mengenai masalah gay dan lesbian.

“Sampai bila kita mahu ia menjadi isu yang terbiar begitu sahaja. Jika tidak lama-kelamaan masyarakat kita menjadi semakin parah angkara tidak memahami apa yang berlaku,’’ ujarnya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

No comments: