Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Tuesday, March 10, 2009

PPSMI

Semalam info sempat berbincang mengenai isu ini dengan seorang kawan yang memang prihatin terhadap isu ini. Mula-mula dia bertanya, "Apa pandangan info mengenai dasar pendidikan kita sekarang..?" Mula terfikir dan bermain di kepala ini mesti isu PPMSI. Apakah isu ini sebenarnya..?

Info melihat isu ini dari pelbagai sudut, Pertama dari sudut pencetusan idea. Isu PPMSI (isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan negara. Idea ini dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia (PM) yang ke 4 iaitu Tun Dr. Matahir. Selaku PM yang bertanggungjawab mempastikan rakyatnya berjaya dalam pelbagai bidang, beliau mencadangkan bahawa matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.

Kedua, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda dan sudut politik iaitu isu pencemar duli seorang penulis terkenal negara, Dato A.Samad Said. Pihak terlibat menyatakan bahawa Dato hanya menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.Walhal setelah diperhatikan segala penjelasan menyatakan bahawa beliau tidak hanya menghadiri ceramah yang berkaitan politik di sebelah pihak sahaja. Menurutnya lagi, saya hadir bukanlah untuk berpolitik tapi nekad untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu yang semakin dimamah zaman. Oleh yang demikian, mengadakan ceramah anjuran mana-mana pihak bukanlah menjadi isu utama kerana bahasa ibunda adalah satu kekuatan orang melayu.

Ketiga, Penggunaan Bahasa Asing adalah tidak sepatutnya. Pendapat menyatakan bahawa Bahasa Melayu memang tidak wujud kerana ia bermula daripada pelbagai perkataan seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, bahasa Parsi, dan pokok pangkalnya Bahasa Melayu memang tidak wujud. Kita tidak perlu mengaggungkan bahasa orang asing walhal Islam sendiri membawakan kepada bahasa yang lagi elok digunakan iaitu bahasa Al-Quran. Namun kata-kata seorang pemidato yang menjadi juara dalam pertandingan debat baru-bari ini amat mengharukan info apabila, kata-kata terakhir yang dilafazkan adalah "Saya bangga menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa sehari-harian dan akan memartabatkan BM suatu hari nanti". Kenapa kita hendak memartabatkan bahasa asing. Contohilah negara Jepun, lebih menggalakkan BI ditukar kepada bahasa Jepun. Ini adalah pendorong kuat Jepun menjadi negara maju hari ini.

Keempat, Kesannya kepada generasi akan datang. Info sempat meninjau keputusan adik-adik yang mempelajari Sains dan Matematik dalam BI. Kebanyakan daripada meraka gagal dalam peperiksaan akhir. Walaupun kedua-dua matapelajaran adalah subjek yang mereka sukai namun sistem pembelajaran dalam BI menyebabkan mereka sukar menguasi sepenuhnya. Hal ini amat mengecewakan ibubapa adakah kita akan membiarkan ia berlarutan, sudah semestinya kita menentang kerana kesannya kepada generasi yang akan datang.

"Generasi pelapis negara". Inilah slogan yang sering dilaungkan apabila tiba Hari Belia Semalaysia kerana memikirkan siapa yang bakal menggantikan tampuk pemerintahan negara suatu masa kelak. Isu PPSMI perlu diatasi supaya generasi yang akan datang menjadi lebih berkualiti, dari sudut intelektual, sahsiah, akhlak dan pemikiran serta kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik.

No comments: