Semantara menunggu mesyuarat bersama penganjur Bettle Of The Band (BOTB) di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Pelajar (PKP), 3 daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar sedang berbincang tentang beberapa perkara yang menyentuh berkenaan kebajikan pelajar. Mereka adalah Saudara Mohd Nashad, Saudara Inmran dan Info sendiri. Sementara 3 lagi ada kometment terpaksa mereka dahulukan. Berfikir sejenak, Apa yang telah kita lakukan selama menjadi MPP..? Salah satu soalan yang diutarakan oleh Naib Presiden KAL, Saudara Mohd Nashad Bin Mainor.
Katanya lagi, "Saya melihat dari sudut yang nyata, cafe sudah dibaikpulih dengan pertambahan bumbung, perkhidmatan dobi telah disediakan dan tidak lupa juga persidangan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (PMUMSKAL) yang pertama kalinya menghimpunkan persatuan mahasiswa yang terdapat di KAL iaitu terdiri daripada MPP, (JAKMAS), (PMSPKAL), (PMSSIL), (BADAR) dan (PRS)." Adakah ini sudah cukup untuk kita tunjukkan kepada warga kampus yang sentiasa ternanti-nanti kebajikan mereka supaya terbela. Info merasakan ini hanyalah cebisan daripada usaha yang mampu dilakukan. Kalau perasan, Isu minor di kalangan pelajar SPKAL selepas pendaftaran juga MPP yang membantu dalam mendapatkan semula kouta yang sepatutnya diperolehi oleh kerana masih ramai pelajar yang mengalami masalah tidak mendaftar kursus. Bersama menjaga kebajika pelajar demi memastikan keselesaan pendorong mereka belajar.
Perbincangan diteruskan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap peristiwa yang sedang menimpa MPP KAL. Ini bukanlah satu masalah bagi mereka namun penjelasan terhadap apa yang sedang berlaku di kampus mendorong untuk info mengutarakan lagi beberapa fakta supaya para pembaca blog sekalian faham situasi yang sedang berlaku sekarang.
Menurut Setiausaha Kehormat MPP sesi 2007/2008, Saudara Inmran Bin Sahul Hamid. "Banyak lagi benda yang sepatutnya kita lakukan tapi kekangan daripada beberapa perkara menyebabkan kita terpaksa menanti arahan daripada pihak yang sepatutnya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti." Hal ini tidak sepatutnya berlaku kepada mereka yang bergelar pimpinan pelajar. Namun ini adalah tradisi yang dilalui oleh pimpinan pelajar setiap sesi.
Manakala INFO pula memberi pandangan dalam perbincangan yang hanya berlangsung selama 30 minit di Bilik Gerakan MPP KAL, Bangunan Pusat Kegiatan Pelajar. "Semalam saya edit blog lagi, dapatlah juga komen-komen yang membina dalam kita menaik taraf blog MPP. Diharap selepas ini, lebih ramai lagi pelajar yang membacanya kerana kita faham mengatasi masalah mahasiswa lesu salah satunya adalah memberi maklumat terkini tentang apa yang sedang berlaku di dalam atau di luar kampus".
Banyak lagi sebenarnya perkara yang dibincangkan namun beberapa fakta di atas boleh dinilai sejauh mana kebenarnya. Info tidak menggalakkan kita menggunakan yahoo messenger digunakan sebagai medan pergaduhan, tapi jadikan ia sebagai tempat untuk meluah perasaan, bagi pendapat yang berguna untuk pembaikpulihan ataupun perkongsian isu yang menarik kelak.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS) adalah badan yang bertanggungjawab ke atas kegiatan pelajar seperti yang ditetapkan dalam perbincangan dalam persidangan pertama PMUMSKAL. Diharap penganjuran sebarang program yang dianjurkan oleh pelajar mestilah melalui MPP terlebih dahulu sebelum dihantar ke Hal Ehwal Pelajar untuk diluluskan. Hal ini adalah menjadi punca BOTB menjadi isu dalam perbincangan MPP sebelum ini.
Bersama menuju pendamaian yang seperti sedia kala. Disarankan kepada semua agar berhenti daripada memberi komen yang tidak sepatutnya kerana ia akan menjatuhkan reputasi seorang pimpinan pelajar. Tak tahu bertanya, tak pasti sila cari kepastiannya dan rasa tidak puas hati sela berjumpa dengan mana-mana ahli MPP KAL yang ada sebelum menamatkan perkhidmatan mereka.

"Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah."
No comments:
Post a Comment