Salam Ukhuwah Fillah... Salam Sejahtera... Salam Perpaduan dan Vanakam..
Pada 14 Oktober 2008, 10 malam, telah berlangsung satu mesyuarat berkenaan penerangan tentang Bettle Of The Band dengan pihak yang terlibat. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk memberi penjelasan lanjut mengenai perjalanan program Bettle of the Band kepada MPP dan JAKMAS yang baru seperti yang dijanjikan dalam syarat penarikan balik pembatalan BOTB.
Setelah mendapat penjelasan, Info mengetahui bahawa pihak yang memantau program bersama ahli jawatankuasa pelaksana telah menetapkan beberapa terma yang sepatutnya sebagai garis panduan sepanjang program itu berlangsung. Antara terma-terma yang telah dipersetujui adalah peserta hanya terbuka kepada mereka yang berdaftar di IPTA/IPTS dan tiada jemputan luar menyertai pertandingan tersebut seperti kampung yang berhampiran dengan UMSKAL.
Selain itu, tidak penglibatan tidak akan dibuka kepada orang luar kerana dalam senarai penglibatan hanya pelajar dan warga kampus UMS, IPTA/IPTS di borneo yang menjadi peserta dan mereka yang sudi menjadi sponser kepada program ini. Ada dalam lingkungan 50 buah kaum keluarga. Syarat yang telah ditetapkan juga adalah pematuhan etika berpakaian yang sepatutnya. Diharap ini mendapat respon yang positif daripada pihak yang terlibat.
Dalam perbincangan tersebut juga, pihak penganjur menerangkan kenapa ia tidak diadakan di tempat yang tertutup dan diadakan di tempat yang terbuka. Pertama, kerana ia adalah program pelajar dan amat sesuai diadakan di hadapan Pusat Kegiatan Pelajar. Kedua, pertembungan antara program lain iaitu Simposium dan Pendekar Borneo dan menjadi alasan kukuh kenapa tidak dijalankan di dalam Dewan sahaja. Kerana kedua-dua dewan telah ditempah awal. Ketiga, kerana ia adalah arahan daripada pihak atasan (Sila rujuk Pengarah program BOTB berkenaan isu ini).
Memegang prinsip biarlah mengikut kemampuan diri, itulah pesan daripada pihak penganjur agar tidak mengeluarkan lagi isu hangat yang boleh menyebabkan orang mengkritik pendapat seseorang. "Jangan ikut emosi asyik nak bangkang sahaja" Kata seorang lagi komentar dalam blog MPP yang sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja. MPP mempunyai stend dia sendiri dalam membantah sesuatu program. Namun kami pun berfikir secara rasional dan teringat kata-kata pujangga bahawa mengkritik tidak bermakna membangkang, berdiam diri tidak bermakna tidak melakukan apa-apa tapi menerima tidak bermakna bersetuju.
Malam ini adalah malam yang bersejarah bagi kami ahli MPP kerana telah mendapat satu semangat baru untuk memperbetulkan diri menjadi pemimpin yang sepatutnya. Itulah pentingnya mengadakan rundingan secara damai seperti yang tercatat dalam syarat menarikan balik bahawa menjelaskan kepada pihak MPP dan JAKMAS berkaitan program Bettle Of The Band (BOTB) kali ini.
Banyak input-input yang berguna yang boleh Info aplikasikan dalam penulisan risalah atau blog akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi meluangkan masa dengan kami dari barisan MPP untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program BOTB dan berkongsi ilmu berkanaan menjadi seorang pemimpin berwibawa kelak.
No comments:
Post a Comment