Group FRIENDSTER, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Se-Malaysia 07/08 hangat membincangkan tentang isu Pilihan Raya. Kebetulan Info adalah salah satu daripada ahli dalam group ini, adalah sedikit memberi komen tentang Pilihan Raya kali ini.
Dalam perbincangan yang disediakan khas untuk berkongsi sebarang idea atau pandangan, Info sempat menyelitkan bahawa Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Pilihan Raya pada 23hb Oktober 2008. Maklumat yang diperolehi daripada Bendahara MPP UMS, Saudara Hilal Bin Azmi.
Lain pula ceritanya di Universiti Malaya, pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang mana berperanan seperti MPP di Universiti lain. Pada 2 Oktober 2008, adalah tarikh pembubaran MPMUM seperti kebiasaan setiap tahun pembubaran MPP setiap universiti. Bertuah badan sudah turun pimpinan.
Namun teka teki yang bermain dipemikiran barisan pimpinan yang masih memegang jawatan sebagai Ahli MPP masih menjadi persoalan. Kampus negara menyatakan bahawa "Semuanya bagaikan nujum pak belalang masing-masing membuat tekaan berkenaan tarikh sebenar PRK.
Walhal, Di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat keputusan bersama para pegawai-pegawai universiti bahawa Pilihan Raya Kampus pada kali ini dilewatkan sehingga bulan Januari terutamanya bagi Kampus-Kampus yang berada di kawasan Lembah Klang. Penyataan ini diutarakan oleh kampus negara yang menjadi sumber bacaan kepada mahasiswa yang peka dengan keadaan universiti di Malaysia. Tambahan lagi, hal ini berikutan tempias gelombang perubahan yang berlaku di dalam Pilihan Raya Umum yang lepas.
Seperti post yang Info sajikan sebelum ini berkenaan pemilihan MPP bukan dipilih oleh pegawai universiti sebaliknya biar pelajar sendiri yang mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan menjadi pemimpin. Kali ini, Info dapat berita terbaru bahawa menurut salah seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) menerangkan tentang pemilihan kali ini juga bukan dibuat melalui proses Pilihan Raya tetapi di gantikan dengan "Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar".
Rasional yang Info boleh utarakan daripada penyataan di atas, ia adalah lebih sesuai digunakan berbanding Pilihan Raya yang khusus untuk Pilihan Raya pemilihan pemimpin negara. Tetapi ini adalah tidak wajar sekiranya kesesuaian nama melambangkan kredibiliti sebuah universiti.

No comments:
Post a Comment