Salam Ukhuwah Fillah... Salam Sejahtera... Dan Vanakam…
Risalah MPP edisi 1 Bulan OKTOBER 2008 yang diedar semalam menjadi kontrovesi bagi Info dengan warga kampus. Tapi tidak bagi Info kerana teknik penyampaian isu kali ini agak berlainan daripada yang sebelumnya. Mana tidaknya Info hanya berkongsi mengenai pendapat peribadi terhadap isu kampus mengenai Bettel of the Band tapi disalah tafsir pula. Ramai juga yang memberi komen mengenainya kerana Info ia tujukan khas buat mereka yang sentiasa bijak dalam bermain tentang sesuatu isu. Jelas tak…!!!
Di antara komenter beserta komen yang dapat kumpulkan adalah seperti berikut: (Perhatian..!!! sila baca komen daripada Info juga)- Ada percampuran bahasa melayu dan bahasa baku, pendek kata banyak bahasa rojak.(Dalamcerita)
Komentar pertama.
wogok putih “mmg la , nak jadi MPP coz dapat enjoy kan, dapat ke sana sini, walhal guna duit pelajar juga, bukan ka tu dinamakan duit haram?....
”
Info = Assalamualaikum wogok putih… Semoga kamu berada dalam keadaan sejahtera selalu. Betullah nak jadi MPP dapat enjoy sana, enjoy sini. Pernah tak terfikir apa tujuan mereka enjoy sana enjoy sini…? Nanti silap hari bulan tak nampak MPP bergerak, kata MPP tak buat kerja. Apa kes…? Bukan nak salahkan mana-mana pihak pun, mungkin pembentukan sahsia dalam diri kurang. Tidak semua tau MPP yang enjoy sana enjoy sini mengunakan peluang untuk keluar daripada kampus adalah untuk kepentingan peribadi. Tapi sebagai konsep menuntut ilmu. Berkembangkah ilmu kalau duduk kat dalam kampus je… Fikir-fikirkan…!!! Itulah pula Info menekankan konsep menuntut ilmu luas dan salah satunya keluar daripada kelompok yang ada untuk mencari pembaharuan.
wogok putih “sya ckp duit haram coz 1 benda pun x de yg maju kat umskal ni...konon berjuang utk itu ini, tpi 1 benda pun x nampak..."
Info = Rajin jugi komen, satu tindakan yang digalakkan at least kita orang tau di mana kesilapan MPP kali ini. Takde la orang cakap belakang. Kit
a melakukan sesuatu perubahan perlu melihat kepada usaha. Bukan just melihat dengan mata kasar je. Mungkin bukan waktunya untuk kita memuaskan hati pelajar sekalian pada pimpinan sekarang. Lihat sahaja kampus kita daripada awal ia dibuka sehinggalah sekarang banyak pembaharuan yang mereka lakukan. Misalnya, sebelum ini masalah air adalah masalah terbesar bagi pelajar yang menuntut di UMSKAL. Tapi atas usaha yang dilakukan oleh MPP sesi lepas, Alhamdulillah kita dapat menikmati air walaupun tak sejernih mana. Entah kalau perasan, dalam bulan Febuari, kolej kediaman telah dilengkapi dengan perkhidmatan dobi. Adakah
wogok memikirkan hal ini…? Jawab sendiri. Siapa lagi yang memperjuangkan cafĂ© kalau bukan PMUMS sesi 2007/2008.
Komentar kedua.warga umskal
“alamak...xde sape bantah pun...kalau ada pun hanyalah pandangan peribadi bukan persatuan...jgn salah anggap...
”
Info= Kepada warga kampus sekalian. Bantahan kita tidak aka
n lakukan secara mengejut, kami mengambil alternatife secara rundingan. InsyaAllah malam ni ada meting dengan Penyelaras. Tindakan berjumpa Timbalan Naib Canselor atau berjumpa dengan Pengarah KAL untuk membuat bantahan terus adalah tindakan bukan seorang pemimpin. Kebanyakan universiti yang sering berhadapan dengan situasi yang sama, demonstrasi adalah jalan penyelesaian untuk bantahan dibuat. Tapi tidak di KAL, kerana ia akan dipandang bertindak extream. Kami bukan macam tu… Perlu untuk Info jelaskan juga. Sebab ia melibatkan maruah seorang pemimpin.
warga umskal
“Islam sama Islam xelok berpecah...bawa berbincang...swot berapa ramai yg mau perkara
ini ada
”
Info = Betul kata warga umskal, Info setuju dengan idea ni. Cuma perlu dilihat kepada kesempatan masa yang kita ada. Mana sibuk dengan assignment lagi.. Meeting sana meting sini lagi… Kelas pun semakin banyak kelas ganti. Macam mana nak buat SWOT. Sempat la juga temuramah beberapa orang pelajar mengenai pertandingan betel of the band, secara keseluruhan daripada 2000 orang pelajar di UMSKAL peratus unt
uk membantah tu memang tidak ramai. Tetapi ini hanya pandangan Info sendiri buat apa nak besarkan sebagai isu gempak satu kampus. Risalah mengenai Bettel of the band ka
li ini hanyalah sebagai perkongsian pendapat. Adakah bukti yang menyatakan bahawa kita tidak boleh terima pendapat orang lain. Boleh kongsi ka…!!
Komentar ketiga.
umskal
“nama ja mpp..pemimpin pelajar konon.pandai sgt ke?keluarkan risalah pembantahan battle of the band.ejaan battle tu pn da salah..nak betulka
n org.
”
Info = Ops, memang typing error "salah ejaan" malah ada juga tertinggal beberapa fasa yang mungkin menimbulkan persoalan difikiran pelajar. Dalam proses kita belajar, Info rasakan ia bukan satu masalah Cuma perlu ada pembetulan dilakukan. Perlu diingat INFO taip menggunakan komputer, tidak mustahilada tersilap tekan. “Terima kasih
atas teguran ditujukan khas umskal yang juga prihatin terh
adap kesalahan pen
ulisan yang saya lakukan.
umskal
mppumskal
.. “takut ke nak
bantah sendirian,sampai nak kaitkan JAKMAS.
mpp?haha..MAJLIS PELAJAR PENAKUT.
”
Info = Tidak juga takut. Boleh je pergi sendiri kalau diizinkan. Berani kerana benar, takut bermakna kita salah. INFO tidak akan berani keluarkan sebarang risalah tanpa kelulusan daripada HEP. Tengok balik dalam risalah tu ada tak cop
HEP atau tidak. Bermakna risalah tersebut boleh di
keluarkan apabila dapat kelulusan dari
pada mereka. Jadi kenapa perlu takut sedangkan dalam syarat penarikan semula Bettel of the band, tersenarai nama MPP dan JAKMAS. Bermakna mereka pun terlibat sama dalam pembantahan program kali ini. Setuju..!!!
umskal
“
MPPUMSKAL skali dgn BADAR..konon n
ak bantah battle of the band.org tak kacau program kamu la..bt pa nak kacau program org lain.jaga la hal sendiri
”
Info = Bahaya…!! Takkan kita nak biarkan kawan-kawan kita lakukan perkara yang salah dari segi adat orang melayu. Mis
alnya, pakai pakaian saiz baju adik sehingga menampakkan bahagian belakang (Pa
kaian yang menjolok mata. Dilihat dari su
dut nilai ketimur
an orang mela
yu itu sendiri memang tidak sesuai), percampuran antara lelaki dan perempuan, dan meminum arak.
Tidak mustahil perkara ini akan berlaku, ada bukti . Takkan kita nak bersekongkol dengan perkara yang tidak baik pula. Satu persoalan terdetik dalam diri
… Apa pula kaitan MPP dengan BADAR…? Oh, patutlah rupa-rupanya 3 daripada MPP di UMSKAL adalah orang BADAR. Tu yang dikaitkan MPP dengan BADAR ye…!! Lihat asal usul pun NP KAL adalah orang BADAR sebelum menjadi MPP, Begitu juga dengan dua sahabat perjuangannya iaitu srikandi-srikandi yang menjadi sayap perjuangan bagi lelaki. Meeting tidak akan bergerak tanpa mereka berdua. Tengok..!! Perlu dinilai semula dalam organisasi perlu ada percanggahan pendapat agar memudahkan kita untuk memilih keputusan yang tidak memberi maslahat kepada semua. Sudah menjadi tradisi MPP setiap tahun, mesti ada kontrovesi dengan program-program yang bakal dilakukan. Jadi saranan daripada INFO agar membuat persiapan awal. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lihat semula siapa yang harus dipersalahkan, sama ada MPP, BADAR atau persatuan mahasiswa mahupun Pegarah program.
Akibat kesuntukan masa INFO perlu berehat seketika bab pagi ini ada kelas. INFO pun student bah… Tapi berkongsi sedikit lagi komen-komen daripada pelajar lain;
AlphaBeta
“time pilihanraya,nak raih undi..smua jd kwn.da jd mpp..mula la gila kuasa.lupa kwn..lupa dunia.asyik nak bantah program sana sini ja..
”
Bukan begitu ba...!!! Adala pula lupa kawan. Sudah tidak tahan dengar orang cakap belakang sakit telinga. Di orang cakap kenapa INFO MPP tak keluarkan isu tentang Bettle Of the Band. At least risalah pun cukup la. INFO buat pun atas dasar nak sampaikan isi hati pelajar, ingat tak Apa fungsi MPP... "Mendengar suara pelajar"... Takkan kita nak berat sebelah bukan sifat seorang pemimpin. Ingat tu..!!!
guruMuZik
“lg psl battle..kn plajar juga yg jd peserta,bt pa nak bantah.dpt jga tengok bakat pelajar program pengajian muzik dr ums.
Boleh ba kalau kau, tapi di UMSKAL memang tak sesuai la. Bab ada sekolah SSIL dan SPKAL jak..!! Cam mana nak buat sekolah Pengajiaan seni pula”
PanAs!!!!!
“pelajar umska!!kali nitime pilihan raya..jgn undi bdk2 BADAR jd MPP. buat kacau je..asyik nak bantah2.menyampah!!!!!
”
Napa orang suka kaitkan MPP dengan BADAR...? Adakah kuasa meraka mampu mengegarkan satu kampus sehingga dikatakan MPP memihak pada BADAR. Walhal hakikatnya, MPP pun bantu juga dalam program-program yang dianjurkan oleh pelajar india, cina dan yang lain-lain. adakah kita buat penilaian terhadap itu. Islam ni ganas sangat ka...? INFO pun tau sintemen agama amat kuat tapi biar bertempat.
Melihat pada sesuatu perkara bukan hanya tersurat, lihat juga yang tersirat. Makluman semua MPPKAL ada blog sendiri yang menjadi saluran atau medium kedua selain risalah. Sebarang perkongsian boleh la diletakkan dalam yahoo messenger yand di sediakan. Kerjasama anda adalah pemuda cara kami menjalankan tanggungjawab sebagai orang tengah kepada pihak universiti.
LAYARI = infomppums.blogspot.com
Salah silap harap dimaafkan...
No comments:
Post a Comment