MAJLIS Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (MPPUiTM) berharap pengusaha makanan di kampus tidak meletakkan harga tinggi kerana membebankan mahasiswa.
Yang Dipertua MPPUiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris, berkata MPPUiTM sering menerima rungutan mengenai harga, sekali gus meminta pihak terbabit supaya menangani masalah ini.
Menurutnya, MPPUiTM sering membuat pemantauan selain mengharapkan kerjasama pengusaha makanan supaya memahami masalah mahasiswa.
“Dalam situasi ekonomi sekarang, tidak dinafikan harga barang meningkat, masalah ini bukan saja dihadapi UiTM malah semua institusi.
“Bagaimanapun, MPPUiTM berharap pihak terbabit tidak mudah mengambil kesempatan selain cuba memahami masalah dihadapi mereka yang tidak bekerja dan hanya bergantung pada wang pinjaman mahupun pemberian ibu bapa.
“Bagi menjamin masalah tidak terus berlarutan, MPPUiTM akan terus membuat pemantauan dan berbincang bagaimana menangani masalah ini,” katanya.
Pada masa sama, MPPUiTM meminta mahasiswa agar mematuhi etika berpakaian ditetapkan kerana ada segelintir pelajar berpakaian menjolok mata.
“Bukan berhasrat mahu mengongkong cara berpakaian, cuma MPPUiTM berharap mahasiswa peka dan patuh pada peraturan berpakaian ditetapkan.
“Ada segelintir mereka berpakaian tidak sesuai ke dewan kuliah, justeru sebelum dikenakan tindakan, MPPUiTM berharap mereka mengubahnya,” katanya
No comments:
Post a Comment