MASALAH Internet tanpa wayar yang sering menjadi rungutan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara sedang diatasi secara berperingkat.
Malah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sedang berusaha bagi memastikan masalah itu diselesaikan secepat mungkin.
Yang Dipertuanya, Luqmannulhakim Mohamad Idris, berkata MPPUiTM berharap mahasiswa terutama di kampus cawangan agar bersabar kerana tindakan mengatasinya giat dilaksanakan.
“MPPUiTM memahami masalah itu dan sudah menerima banyak rungutan. Bagaimanapun langkah segera bagi mengatasinya sedang dilaksanakan terutama di kampus cawangan.
“Pemasangan sudah dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya.
Buat masa ini, seluruh kawasan kampus utama di Shah Alam, Selangor sudah menikmati kemudahan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, mahasiswa akan dikenakan bayaran minimum.
“Meskipun ada bayaran, MPPUiTM memberi jaminan ia tidak akan membebankan.
“Langkah memberi penerangan sudah dilakukan di semua fakulti agar tidak timbul masalah.
“Bagi mahasiswa yang mendaftar, mereka akan menikmati kemudahan mengakses semua laman web universiti dengan percuma,” katanya.
No comments:
Post a Comment