Kata-kata seorang doktor selepas merawat seorang pesakitnya bahawa MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Apabila dia bertemu dengan peskit-pesakitnya, doktor tersebut memberi peringatan yang berguna agar ia menjadi pengubat kepada penyakit yang sedang dirasai. Demikian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), risalah ini adalah bertujuan untuk menyatakan pendirian dan harapan MPP terhadap program Battle of the Band.
Mutakhir ini semakin ramai pemuda pemudi yang terdedah dengan hiburan melampau yang melalaikan. Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang. Semua program itu langsung tidak membangunkan minda tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu.
Mahasiswa mahasiswi di Universiti di Malaysia juga tidak terlepas daripada belenggu masalah ini.Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di Malaysia terlibat secara langsung dengan penganjuran program hiburan. Misalnya, Universiti Tun Hussien Onn menganjurkan Battle Of The Band dengan beberapa syarat tertentu, iaitu memberi unsur-unsur insaniah dan positif kepada para peserta termasuk pengunjung kerana pada setiap slot ahli kumpulan muzik, selama 5 minit, montaj-montaj dan klip video yang positif akan ditayangkan sebagai selingan sementara menunggu ahli kumpulan membuat persediaan untuk alat muzik mereka. Tema program ini ialah ‘Remaja Bersemangat Patriotisme’. Oleh itu, para peserta akan membuat 2 buah persembahan, iaitu satu lagu patriotisme dan satu lagu pilihan sendiri yang berunsurkan positif. Baru boleh menggambarkan universiti gedung menuntut ilmu mahasiswa yang berintelek.
Manakala, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut melabelkan pertandingan akhir Battle of the Band mengikut garis panduan yang ditetapkan (Sila rujuk Plan Strategik MPP UPSI). Tapi lain situasinya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar, Abdullah Abdul Karim berkata, "Universiti yang ditubuhkan perlu melahirkan pelajar berintelektual bukan mereka yang hanya tahu berhibur dan bersosial." Bukti jelas bahawa universiti bukanlah medan untuk menuntut ilmu berbentuk hiburan.
Kesimpulan daripada di atas, diharapkan terma-terma atau peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak penganjur program Battle Of The Band kali ini dapat dipenuhi, Mpp juga berharap program ini tidak melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan penonton menjaga tingkah laku semasa program berjalan. Semua ini dapat dicapai jika pihak berwajib menjalankan tanggungjawab masing-masing.“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (Falsafah Pendidikan Negara)
(Sumber: Huzailah Binti Abd Lasani, Exco Penerbitan Dan Informasi, MPP 07/08)
No comments:
Post a Comment