Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, October 6, 2008

"Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, dan Kebajikan Pelajar"

"Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, dan Kebajikan Pelajar". Slogan yang dicipta khas buat pelajar universiti ini menjadi satu penguat untuk info terus berkongsi sedikit mengenai suara mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Kebajikan anda tanggungjawab kami adalah kata-kata semangat yang turut membantu Majlis Perwakilan Pelajar dalam terus dekat dengan pelajar.

Universiti-universiti seluruh Malaysia masing-masing mempunyai pertubuhan badan pimpinan pelajar yang juga dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa setiap universiti. Misalnya, Universiti Malaysia Sabah dipanggil Persatuan Mahasiswa Univrsiti Malaysia Sabah (PMUMS). Diketuai Oleh Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan merupakan badan bertindak mahasiswa yang membantu pihak universiti dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar.

Kebajikan... Kebajikan... Kebajikan....

Setiap tahun apabila Perlantikan Ahli MPP bakal turun, pembentangan setiap menifesto menjadi tuntutan setiap pelajar yang ingin suara dan luahan mereka didengari oleh pihak atasan dengan tindakan susulan. Terutamanya apabila mereka memegang tampuk pimpinan pelajar. Malangnya baru-baru ini isu Susur Gajah menjadi topik perbualan Info dengan Mantan Naib President KAL, Saudara Alif Basri. Menurutnya, "Tahun kami pun sudah dapat conformation bahawa Susur Gajah akan dibina 2008. Tapi hingga sekarang tiang pun tidak kelihatan. Mana kuasa MPP untuk menyampaikan suara pelajar kepada pihak atasan...?". Kebetulan pagi tu hujan lebat.

Sebagai penyedap hati, Info hanya menyampaikan apa yang pernah diutarakan oleh Pengarah KAL sendiri bahawa Susur Gajah akan dibina tahun 2009, kita tunggu dan lihat. Terpulang kepada pihak yang menilai.

Begitu juga yang diutarakan oleh Naib President KAL sesi 2007/2008, Saudara Mohd Nashad Mainor. Menurutnya, "Susur Gajah perlu untuk memudahkan pelajar pergi ke kuliah, terutamanya apabila hujan dan panas terik. Sekurang-kurangnya dari kolej kediaman ke menara" Berkata dalam persidangan PMUMSKAL kali ke-3 bulan Ogos lepas.

Tambahnya lagi, "Tidak dapat siapkan semua, sekurang-kurangnya tiang sudah ada berdiri sebelum kami turun pimpinan". Besar harapan tinggi angan-angan. Tapi ini bukan omongan kosong kerana amanah dan tanggungjawab perlu dilaksakan.

Bagaimana pula dengan isu kebajikan di Universiti Teknologi Mara (UITM)...? Pagi ini, Info sedang membuka blog entah siapa pemiliknya. Terpandang satu sudut Informasi, Info terus klik bahagian yang tertulis METRO. Buka sahaja ada berita mutakhir rupanya berkenaan isu mahasiswa di UITM. Info pun memasukkan isu yang ada untuk dikongsikan bersama. Tidak ramai yang boleh mambaca berita yang terkini. Info mengambil inisiatif untuk memasukkan ke dalam blog MPPKAL dan mengulas sedikit berkenaan isu yang dipaparkan.

Dikesempatan yang ada, Info sempat mengulas berkenaan isu kebajikan di UMSKAL sendiri jika dibandingkan dengan isu kebajikan yang hangat di UITM. Mari kita hayati kebajikan bagaimana yang dituntut oleh pelajar samaada untuk universiti atau untuk kesenangan pelajar yang menuntut tersebut.


p/s ulasan daripada dua post terdahulu yang tiada menyatakan hujah, ulasan dan perkongsian pendapat iaitu "Suara MPP: Harga Makanan Mahal Bebankan Pelajar UITM dan "Suara MPP: Masalah Internet Ditangani"








No comments: