Simposium Pendidikan Kebangsaan 2008 (SIMPEK)
Program ini akan mengumpulkan semua pemimpin pelajar dalam bidang pendidikan iaitu dari semua fakulti pendidikan di IPTA dan semua IPG di Malaysia berkampung di UPSI bagi membentangkan isu-isu pendidikan supaya memberi pendedahan kepada semua mahasiswa supaya peka terhadap isu-isu berkaitan pendidikan. Program yang dirancang diharapkan dapat memberi peluang kepada mahasiswa bakal graduan pendidikan untuk memberi pendapat dan idea dalam memantapkan sistem pendidikan negara kita. SIMPEK 08 akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
PENGENALAN
Simposium Kemahasiswaan III, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).
"Simposium Kemahasiswaan III (Modal Insan dan Integriti)" Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Program Simosium Kemahasiswaan merupakan satu acara tahunan di UMSKAL. Program ini merupakan medan interaksi di antara wakil-wakil mahasiswa setiap IPTS dan IPTS yang wujud di Malaysia kini. Ia juga merupakan satu platform bagi mahasiswa menyuarakan pendapat yang dapat menjurus ka arah meningkatkan lagi kemajuan Nagara dalam setiap aspek. Ia membolehkan mahasiswa berdeskusi di antara pemimpin dan juga mahasiswa yang lain. Simposium kali ini akan membicarakan segala isu yang berkaitan dengan modal insan dan integriti serta semua aspek atau kualiti penting untuk seseorang mahasiswa maju kehadapan. Kesemua ini adalah langkah persiapan untuk mahasiswa dalam menyahut 9cabaran Wawasan 2020 dan juga pembentukan serta pembangunan agama, bangsa, dan negara. Melalui simposium ini juga, aspek perpaduan antara mahasiswa daripada pelbagai kaum, agama, dan negara dapat dipupuk dan diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment