Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Thursday, October 9, 2008

Info Berkongsi tentang Battle of The Band lagi....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Info berkongsi tentang Battle of The Band lagi...

Kali ini ada bukti yang kukuh mengapa penarikan balik kelulusan bagi mengadakan Program "Battle Of The Band" peringkat IPTA/IPTS. Setelah info sendiri pergi ke Hal Ehwal Pelajar Menara UMSKAL tingkat 2 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut bahawa ia akan diteruskan walaupun dalam bulan syawal yang mulia. Adakah ini tindakan relevent untuk menjaga sensetiviti agama Islam itu sendiri.

Setelah penghantaran memorandum bantahan terhadap program Pertandingan Battle Of The Band oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa ia telah diluluskan untuk tidak diadakan semula atas sebab tertentu. Tetapi lain pula ceritanya pagi tadi ia telah di tarik balik untuk diadakan.

Rasionalnya, atas komitment yang telah diberikan oleh pihak IPTA/IPTS lain dalam menyertai program ini, maka arahan penarikan balik kelulusan agar program tersebut diteruskan dengan beberapa syarat:
  1. Menjelaskan kepada pihak MPP dan JAKMAS berkenaan program tersebut
  2. menghadkan penyertaan kepada pihak IPTA/IPTS sahaja
  3. mematuhi segala peraturan tatatertib tingkahlaku dan etika berpakaian yang sedia ada.
(Prof Dr Amran Ahmmed, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar danAlumni)


Info tinggalkan anda beberapa persoalan berkenaan Isu yang di atas:

  1. Di mana usaha kita dalam mempertahankan program akademik dengan berbanding program hiburan...?
  2. Adakah syarat yang ditetapkan mampu mengurangkan gejala pergaulan bebas di antara mahasiswa dan mahasiswi...?
  3. Dapatkah kita mengatasi kesan negatif seperti program hiburan yang lepas daripada berulang...?
  4. Mana peranan barisan pimpinan pelajar yang menjadi badan bertindak mahasiswa...?
  5. MPP di mana tanggugjawab yang sepatutnya anda laksanakan iaitu tindakan selepas menghantar memorandum sekiranya Battel of The Band diteruskan...?
Terjawabkah kita andai hanya membaca, menulis blog tanpa tindakan susulan...? Info sendiri mengaku tidak mampu untuk menghalang. Ini mungkin disebabkan ada kelemahan dari sudut memimpin. Diri sendiri tidak terpimpin bagaimana hendak memimpin pelajar lain. Adakah ini yang berlaku di dunia nyata... di bumi KAL yang menjadi gedung ilmu.


6 comments:

yang merasa said...

rasa betul sangat ka uda diri 2 nak bantah2...rasa bole sangat ka uda diri 2 nak jd pemimpin?kalo sesama mahasiswa pun nk tikam dari belakang susah la..baik stay bilik belajar 24jam..plz jan libatkan masalah peribadi ngan orng atasan terhadap program mahasiawa..btul sngat ka tindakan 2?tuhan tau apa yang kamu fikirkan..tuhan tau sejauh mana kamu pertahankan saudara kamu..think la?before terlambat..jangan jd hipokrit..kalo xpuas hati jmpa la depan2 ngan orang yang bertanggungjawab sal program 2..bukan nak ckp disini or info satu ums kal benda yang akan buat kmu dibenci oleh warga umskal..ingat! jika kamu betul tuhan pasti menolong...jika kamu juz nak meluahkan rasa tidak puas hati ngan orng atasan selama kamu memimpin,terima la qisas karma kamu sendiri...

info said...

Salam Ukhuwahfillah...
Terima kasih atas teguran
Saya bukanlah insan yang layak untuk memimpin diri dan memimpin orang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab yang diamanahkan. takkan nak sia-siakan sahaja.
Tapi keyakinan dan tawakal kepada Allah mendorang untuk berkongsi dengan warga kampus dengan apa yang berlaku.
Kesan blog.. tapi saya dah fikir situasi ini akan berlaku.. Tidak salah.
Raja petra sendiri menghadapi situasi yang sama iaitu mengalami tomahan daripada pembaca blog. Adakah saya akan diperlakukan sedemikian..? Disumbatkan kepenjara ISA.
Malaysia negara demonstrasi, bukan nak berpolitik tapi apa tujuan untuk mengadakan pilihan raya kampus sekiranya tidak diaplikasikan dalam kehidupan.
Di sini bukanlah ada istilah hendak membela diri.. Tapi atas dasar mempertahankan universiti sebagai gedung ilmu. dan melihat kepada kesan jangka panjang. Ibubapa kita hantar ke U adalah untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Adakah dengan berhibur mahasiswa menjadi perdana menteri.Namun sebaliknya. Inilah realiti hidup.

shallom said...

kementerian kesenian dan kebudayan adalah satu badan yg telah diwujudkan kerajaan dlm mengembangkan segala ilmu seni.kenapa malaysia ada badan kementerian sebegini?fikirkan?
kenapa ada yg jadi menteri kebudayaan dan kesenian..adakah menteri ini suka berhibur?fikirkan?
mengapa sekolah2 muzik diwujudkan di setiap university?adakah sekolah muzic ini kudis kepada setiap university?fikirkan?
saya beri anda satu anologi yg cukup mudah..sahabat...
pisau yg sering digunakan oleh suri rumah untuk memotong sayur atau daging..jika dugunakan dengan baik..sudah pasti kegunaannya untuk menetak daging shj,melainkan si isteri menetak suaminya...kerana hendak berkahwin 2...itu faktor si isteri itu sendiri kerana meyalahgunakan pisau.pisau itu tajam dan bahaya..jadi apa yg boleh suri rumah kini gunakan untuk memotong daging jika x megunakan pisau.Akal yg waras membawa kpd kebaikan individu itu sendiri....
berhibur yg x keterlauan x memudaratkan...
setiap perkara jika ditapis dengan akal yg konkrit membwa kpd perkara yg baik...

info said...

nice comment... Thnks..

Komen daripada program Battle of the Band baru-baru ini...

Pendapat peribadi banyak perkara yang diperbaiki selepas daripada penetapan terma ke atas penarikan balik. Alhamdulillah...

Dengar komen drpd peserta simposium kemahasiswaan III, BOTB diadakan ditempat mereka adalah berbeza dengan BOTB baru-baru ini. Kerana pertindanan 2 program iaitu BOTB dan Sinar Aidilfitri boleh mengurangkan keadaan terkawal.ini adalah satu pembaharuan yang menggambarkan kira BOTB kali ini berjaya. (V dr UITM)

Jika dibandingkan dengan BOTB yg diadakan di UPSI, UPM, UUM, UITM, dan UKM adalah berbeza mengikut tempat. Sempat berbincang juga dengan diorang mengenai hal ini.

Kepada pihak yang menganjur tahniah diucapkan kerana berjaya menganjurkan program BOTB yang mencapai syarat-syarat yang telah ditetapkan.

solehah said...

salam kepada semua pembaca blog ni...dahulunya sy meminta maaf jika papa yg sy bkl ktakn ini mggu prasaan & fikiran...sy rasa battle of d band kal ini adalah 1 prgrm yg baik...tdk ada slhnya utk kta manjrkan prgrm spt ini...apa yg pntg kita tahu d mana batas2nya...
tidak prlu la kita mmndg negatif trhdp dunia hbrn ini...ilmu i2 luas & pelbagai...
bg sy apa yg mbuatkan kita merasa hbrn i2 negatif adalah dr pmikiran cetek kita msng2...
anyway BOTB kal bru2 ini mmg best...tak ada yg di katakan gjla negatif spt yg d suarakan ole MPP kal...syabas kpd pihak pngjr...

info said...

salam semua...

memang bagus pun program Battle kali ini. Sebab da serentak dengan tiga program iaitu Simpo, Battle, dan Meriah aidilfitri. Cam mana tidak terkawal.

Fikir la demi kepentingan bersama, jangan asyik nak pentingkan diri sahaja. Mungkin juga atas sebab penetapan ke atas syarat yang ditetapkan

Bukan tak puas hati cuma nak timbulkan persoalan. Apa tindakan kita untuk mengatasi masalah sosial di kalangan mahasiswa..?