Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Wednesday, September 17, 2008

Universiti dan Sekolah Menegah dalam JSI

Kehidupan di UMSKAL. Adakah kita menyelami kehidupan di kampus yang sebenarnya. Ataupun hanya menuntut di sini sebagai untuk memenuhi masa dan aktiviti harian. Mahasiswa yang menuntut di sini merupakan golongan yang menjadi fokus dalam apa jua keadaan sama ada dari sudut akademik, berpersatuan, mahupun aktiviti rutin seperti beriadah, mahupun ke rumah kawan just untuk sembang-sembang kosong.

Berkongsi sedikit cerita mengenai kehidupan di Universiti. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kita hadapi selama berada di sini, pengalaman pahit manis yang mengajar erti hidup dan membawa kita berfikir dengan lebih matang dalam melakukan sesuatu.

Pengalaman seperti mempelajari sesuatu yang baru tentang bagaimana hendak menguasai sesuatu mata pelajaran kerana pendekatan yang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di universiti dengan di sekolah menengah. Semasa saya berada di bangku sekolah semua kena suap, berbeza dengan di kampus, kita yang kena berusaha sendiri untuk mencari maklumat sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Sekiranya kita ingin berjaya dalam sesuatu bidang kita kena cari sendiri.

Program Jejak Siswa Intelek (JSI) baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas, Tawau ditujukan khas untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam slot pengisian, Forum pelajar bersama mahasiswa UMSKAL. Di antara yang menjadi ahli Panel dalam forum tersebut adalah Saudara Mohamad Tuah, Saudari Nursharina dan Saudari Huzailah.

Forum ini adalah berkonsepkan interaksi dua hala antara wakil pelajar dengan peserta bengkel. Dalam forum ini ahli panel ada mengulas tentang sistem pembelajaran di antara di Universiti dengan di Sekolah menengah. Bagai bumi dengan langit, sampai begitu perbezaan yang digambarkan bahawa cara belajar di universiti dengan di sekolah menengah terbukti berbeza.

Serba sedikit perkongsian yang saya dapat gambarkan walaupun tidak keseluruhan tapi diharap cetita ini sebagai satu pembakar semangat bahawa bertuanya berada di Universiti.





No comments: