Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Friday, September 19, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar mancari Bakal pengganti

Sumber: ProM USMDATARN SKUSM

Pro-Maha -siswa telah menasihatkan kepada segelintir Staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) agar tidak masuk campur dalam soal pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini.


“Saya cuma memberi saranan. Jika mereka (segelintir staff BHEP) berminat untuk menyertai PRK kali ini, pada hari pencalonan sila hantar borang. Jom bertanding bersama mahasiswa,” ulas Jurucarakap Pro-M USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.


Sdr. Adi Syahid juga menyeru mahasiswa melakukan perubahan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini.


“Kita pun tahu 16 September telah berlalu. Namun, orang politik, ahli akademik, golongan profesional sehinggalah orang kampung, semuanya bercakap tentang perubahan. Ini bonus untuk Sdr. Anwar Ibrahim di luar sana.


Kita (mahasiswa) yang diberi pengajaran dan digalakkan berfikir, patutkah kita berpeluk tubuh di kampus membiarkan kepemimpinan kita (MPP) diisi oleh pemimpin-pemimpin yang lesu,” tegas Sdr. Adi Syahid.


Majlis berbuka puasa tersebut telah disertai oleh lebih 40 orang aktivis-aktivis baru mahasiswa. Turut hadir adalah calon-calon Pro-M, Majlis Tertinggi Student Progressive Front (SPF), wakil Kelab Remaja Islah Malaysia (KARISME), dan bekas Calon Parti Mahasiswa Negara (PMN), Sdr. Zainulfaqar Yaacob.


Majlis bermakna tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan laungan moto “Bersama Universiti Menjunjung Perubahan”


Mengulas sedikit tentang kenyataan akhbar di atas, Info tertarik bahawa pemilihan MPP kali ini perlu lebih tulus tanpa campurtangan daripada pihak yang tidak sepatutnya. Pemilihan mestilah di kalangan mereka yang rapat dengan bakal pengganti supaya mereka senang untuk mendekati pelajar.


Berkongsi sedikit berita daripada seorang kawan, petang semalam info ada terima panggilan telefon daripada seorang sahabat MPP daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Terkejut juga, tidak pernah-pernah dia Call. Rupa-rupanya dia ingin bertanyakan khabar dan memberitahu Info bahawa Pilihan Raya untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UMM sudah bermula dan kini dalam proses untuk berkempen.


Begitu awal mereka mulakan gerak kerja, contoh terbaik untuk kita buat persedian Pilihan Raya MPP yang dijangkakan berlangsung dalam bulan OKTOBER ini. Sebagai pimpinan pelajar kita mempunyai bebanan tugas yang berbeza kerana kita juga seorang pelajar dan mungkin ada kelebihan dari sudut cara memimpin. Dengan itu, mari kita bersama-sama untuk gerak kerja dalam Pilihan Raya MPP kali ini. Bantuan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan. Begitulah situasi PRK di UMSKAL.


Sementara ada waktu sebelum pilihan raya tersebut, MPP sesi 2007/2008 sedang memikirkan alternatif terbaik dalam pemilihan bakal pengganti MPP untuk sesi 2008/2009. Pilihan Raya JAKMAS sudah berlalu, kini PRK MPP menjadi fokus utama dalam menetukan bakal pemimpin dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (PMUMSKAL).

No comments: