Heboh satu dunia blog menceritakan tentang 16 September 2008. Blog Siasah, Blog Anwar, Blog GAMIS, dan banyak lagi blog yang bersama-sama menantikan tarikh keramat bagi negara Malaysia ini. Kali ini, izinkan info untuk mengulas sedikit tentang peristiwa 16 September. Dua bulan lepas isu ini memang akan dijangkakan menjadi isu yang hangat di kalangan penulis blog.
Menurut seorang aktivis mahasiswa, Peristiwa 16 September adalah satu tarikh di mana perubahan pemerintahan kerajaan Malaysia daripada BN kepada Parti Pembangkang dijangkakan akan berlaku. Ini bukanlah bermakna info memihak kepada mana-mana pihak. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan pentadbiran negara yang bersih daripada ancaman, selamat dan suci daripada campur tangan pihak yang tidak sepatutnya.
Namun, 16 September 2008 semalam yang dinanti-nantikan menghampakan rakyat Malaysia termasuk info sendiri apabila perubahan yang dijangkakan akan berlaku tidak menampakkan kesan sehingga ke saat ini. Janji Melayu.... Betulkah ini hanya kata-kata manis daripada Datuk Seri Anuwar Ibrahim (DSAI). Oh tidak, manis mulut berbicara. Setelah membaca akhbar hari ini, DSAI telah berusaha untuk merancang tentang perubahan yang berlaku pada 16 September 2008.
Malangnya, ada berlaku sedikit pertembungan di antara 16 September 2008 dengan lawatan pemimpin BN ke luar negara atas tujuan membuat kunjungan untuk bertemu anggota BN yang dihantar untuk menuntut ilmu dan sebagai duta Malaysia. Kita cuma hendak memberi peringatan "Jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati". Adakah ini perancangan awal yang memang dirancang untuk mematahkan hujah DSAI atau hanya sebagai satu alternatif untuk BN melarikan diri.
Ini sedikit ulasan yang info perolehi daripada hasil penulisan seorang mahasiswa yang menuntut di UMSKAL sendiri. Suka info meambah sedikit apa yang ditulis oleh pelajar tersebut. Dalam mana kita memilih pemimpin yang bakal memerintah negara ia mestilah bersesuaian dengan krateria-krateria yang telah digariskan dalam buku-buku panduan etika semasa memerintah.
Petikan daripada sebuah blog Saiful Islam yang bertajuk "Bagimana hendak memimpin", seorang yang bakal memimpin mestilah seorang yang berpegang kepada prinsip-prinsip yang digunakan oleh Rasulullah. Seorang pemimpin perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam memimpin dirinya sebelum memimpin orang lain. Bijak mengurus masa, berlaku adil kepada semua peringkat umur yang hendak dipimpin. Termasuklah, pemimpin perlu mempunyai sikap yang mengutamakan kebajikan berbanding pentingkan kebendaan semata-mata.
Info hanya ingin berkongsi pengalaman semasa memegang tampuk pemerintahan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar. Kisah DSAI den 16 September menjadi pengajaran kepada bakal-bakal pemimpin bahawa janan kita membuat janji tetapi tidak ditepati. Kerana golongan mahasiswa yang menuntut di Universiti sekarang semakin bijak dan membuat penilaian. Apabila kita emerintah kita adalah orang paling dipercayai, namun jika sekali janji tidak tertunai ia akan menyebabkan sesiapa sahaja hilang kepercayan terhadap pemerintahan kita sebagai pemimpin pada masa itu.
Golongan Intelektual seperti kami tidak patut diabaikan kerana kami pun sebahagian daripada rakyat malaysia yang mengimpikan pemimpin yang jujur, amanah, dan berlaku adil terutamanya daripada sudut kebajikan itu sendiri. Tidak bermakna pemerintahan Pak Lah tiak kondusif tetapi perlu diteliti semula kenapa masih berlaku gejala-gejala yang tidak diingini berlaku seperti rasuah berleluasa, kes culik di kalangan kanak-kanak yang tidak bersalah, dan peningkatan jenayah semakin menakutkan.
"Artikal ini tiada kaitan dengan sesiapa dan tidak ditujukan kepad mana-mana pihak. Cuma ingin memberi pendapa individu terhadap isu yang berlaku di negara kita Malaysia".
No comments:
Post a Comment