Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Sunday, September 7, 2008

Cara berpakaian di Kampus yang sepatutnya

Baru-baru kita dikejutkan dengan satu keadaan iaitu didapati ramai pelajar yang melakukan kesalahan dari segi disiplin. Hal ini berlaku apabila pihak Hal Ehwal Pelajar telah mewar-warkan kepada semua pelajar tentang cara berpakaian semasa di kampus. Penguatkuasaan ke atas peraturan yang termakub dalam AUKU iaitu Bahagian II Tatatertib AM, 26: Pakaian Pelajar telah dijalankan bagi mengatasi masalah pakaian seksi di kalangan pelajar wanita.

Satu inisiatif yang baik. Sekurang-kurangnya, melalui usaha murni yang dijalankan oleh pihak universiti dapat membantu pelajar untuk lebih berdisiplin.

Begitu juga berkenaan pemilihan pemakaian kasut. Seorang mahasiswa tidak akan sama dengan pelajar yang berada di tingkatan enam (form 6) dari pelbagai sudut. Pergi ke kuliah pun mesti menampilkan personaliti yang baik supaya kita boleh menjadi role model yang terbaik untuk adik-adik, masyarakat seterusnya negara.

Suatu ketika dahulu, mahasiswa merupakan golongan yang bijak pandai dalam mendisiplinkan diri mereka. Kerana mereka terdiri daripada golongan bijak pandai. Jika mereka meneruskan budaya cara berpakaian yang dibenarkan, tidak sakit mata memandang pelajar perempuan berpakaian seperti tidak cukup kain.

Mahasiswa adalah peneraju kepada keungglan ummah, Inilah slogan yang menjadi sebutan di bibir pimpinan mahasiswa yang tidak pernah lekang dari melihat gelagat pelajar, mendengar luahan pelajar dan membuat penilaian, seterusnya melakukan tindakan yang sepatutnya.

Tidak akan berubah suatu tingkah laku buruk kepada yang baik sekiranya kita tiada usaha untuk berubah. Aplikasikan universiti sebagai medan untuk menuntut ilmu, jadikan ia sebagai tempat yang selamat untuk di duduki.

No comments: