Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Wednesday, September 24, 2008

Keputusan Rasmi-Memorandum Battle of the Band

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Battle of the band yang menjadi topik perbualan warga kampus ramadhan kali ini, membuktikan bahawa ia tidak sepatutnya berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Menurut En Zamri yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, adalah tidak wajar battel of the band diadakan terbuka kepada orang luar kampus. Tidak menjadi masalah kiranya konsert ini diteruskan tetapi hanya terbuka kepada pelajar dalam kampus sahaja kerana dikuatiri akan menyebabkan keadaan tidak terkawal.

Hal ini berlaku kerana seperti konsert lepas yang pernah diadakan di UMSKAL, dua tahun berturut-turut artis Malaysia dijemput iaitu Fiqh, Filex, Zainal Abidin dengan dihadiri oleh warga kampus dan masyarakat labuan memberikan kesan yang negatif. Misalnya, MPP terima aduan terdapat botol-botol dan tin-tin arak bergelimpangan ditemui pad keesokan harinya. Ini adalah gejala yang tidak sihat kerana dikhuatiri pelajar sendiri yang meminum benda tersebut.

Di samping itu juga Pesta Konvo yang sepatutnya untuk meraihkan pelajar-pelajar yang cemerlang dipenuhi dengan pengisian-pengisian kurang enak di pandangan mata seorang bergelar mahasiswa. Maksiat sana-sini, pasangan couple ke hulu-ke hilir berdua-duaan, pelajar lelaki yang melihat pelajar perempuan yang berpakaian seksi dan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Tidak mustahil gejala ini akan berulang sekiranya "Battle of the band Borneo Band Hunter" diteruskan. Mendengar ulasan daripada En Zamri dan beberapa orang pelajar tahun satu, menyebabkan info menarik nafas panjang merasa lega dengan berita baik tersebut bahawa Battle of the band dibatalkan.

Cadangan yang bernas daripada beberapa warga kampus yang sempat Info temubual. Mereka mencadangkan agar Battle of the Band boleh dijalankan tetapi biarlah di kawasan yang tertutup, tertutup di sini bermaksud, ia ditujukan khas untuk warga kampus sahaja. Selain itu, Naib Presiden MPPsesi 2007/2008 turut memberi cadangan agar setiap konsert yang dijalankan di sekitar kampus perlu mematuhi procedur-procedur yang wajar untuk dipertimbangkan. Misalnya, Pelaksanan konsert iaitu setiap konsert yang diadakan perlu ada pengasingan antara lelaki dengan perempuan. Tidak salah penyanyi dangdut dijemput tetapi dikhaskan mengikut jantina, sekiranya penyanyi tersebut wanita maka penontonnya adalah golongan perempuan dan sebaliknya.

Mencegah lebih baik daripada merawat, peringatan daripada doktor pakar ini mampu memberi impak yang amat besar. Kerana sekiranya kita tidak dapat menyekat manusia untuk berhibur adalah wajar untuk kita mengurangkan maksiat yang berlaku. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan bebanan yang bakal ditanggung apabila bertemu dengan tuhan kelak. Bukan memihak kepada agama tertentu, tetapi atas dasar tanggungjawab untuk membantu warga kampus.

Teguh pendirian adalah ciri seorang pemimpin. Diharap post yang berkaitan Battle of the Band ini menjadi kenyataan bukan hanya omongan kosong. Kerana ini adalah amanat iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perkara yang tidak baik. Dalam kita menganjurkan sesuatu program seharusnya mematuhi etika kita sebagai seorang mahasiswa kerana universiti ada gedung menuntut ilmu bukan untuk mencari hiburan semata-mata. Nilai diri kita semula, sejauh mana kita melaksankan tanggungjawab sebagai pemimpin.


"UNIVERSITI GEDUNG MENUNTUT ILMU"

No comments: