Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, September 1, 2008

Thailand isytihar darurat untuk reda ketegangan

BANGKOK: Thailand hari ini mengisytiharkan darurat dengan mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima orang dalam usaha meredakan gerakan penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas tercetusnya insiden pergaduhan di jalanan membabitkan ribuan penyokong Perdana Menteri, Samak Sundaravejdan dan kumpulan anti-kerajaan yang mahu beliau menyerahkan jawatan.

Seorang dilaporkan terbunuh dan puluhan lain cedera dalam pergaduhan berdekatan kompleks kerajaan yang dikuasai aktivis pembangkang yang menuntut Samak meletakkan jawatan.

Mereka mendakwa Samak adalah boneka Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri yang digugurkan.

“Disebabkan malam semalam tercetusnya keadaan tegang yang memberi kesan terhadap keamanan dan undang-undang demokrasi, kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara," menurut kenyataan yang disiarkan di radio.

Samak melantik komander tentera paling berkusa, Jeneral Anupong Paojinda untuk mengetuai pasukan khas melaksanakan petintah darurat itu bersama Ketua Polis dan Komander Tentera Bangkok sebagai timbalannya.

Pengumuman itu juga menyebut, Anupong kini mempunyai kuasa untuk menyuraikan sebarang perhimpunan dan mengarahkan mereka keluar dari lokasi terbabit.

Polis Thai awal hari ini juga terpaksa meminta bantuan tentera untuk meleraikan kumpulan yang mengadakan protes jalanan.

Stesen tv Thai menyiarkan kumpulan penyokong dan anti-kerajaan yang memakai topi keledar dan membawa belantan bertembung sesama mereka dengan ada yang melontar batu.

“Ada laporan seorang daripada mereka cedera akibat ditembak manakala yang lain cedera kerana bergaduh," kata jurucakap kerajaan tempatan, Peeratong Saichoew. - AFP

No comments: