Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Sunday, July 13, 2008

Kepimpinan mahasiswa


Kepimpinan mahasiswa merupakan satu badan perwakilan pelajar yang ditubukan khas untuk menggalakkan mahasiswa aktif dalam berpersatuan. Secara ringkasnya, kepimpinan mahasiswa adalah pelajar-pelajar yang terpilih untuk memegang jawatan atau tanggungjawab sebagai wakil pelajar. Mereka ini juga adalah pelajar yang sering menganjurkan program-program yang diiktiraf oleh pihak Universiti.

Di Universiti Malaysia Sabah sendiri mempunyai beberapa persatuan yang ditubuhkan khas bertujuan ke arah itu. Di mana UMS sendiri mempunyai satu Persatuan besar yang dipanggil Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS).

PMUMS berperanan penting dalam menyatukan semua persatuan-persatuan yang terdapat di UMS. Tema tahun 2008/2009 untuk PMUMS adalah kesepaduan. Antara persatuan-persatuan yang diiktiraf adalah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang merupakan ketua segala persatuan yang terdapat dalam PMUMS.

Selain itu, Persatuan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Persatuan Sekolah, dan persatuan-persatuan yang kecil tetapi aktif dalam bergerak kerja. Namun tidak semua akan terpilih dalam barisan pimpinan pelajar kerana pelajar-pelajar yang bertuah dan berminat untuk berpersatuan.

Kerana kita menyedari hakikat bahawa tidak semua pelajar khususnya mahasiswa berminat untuk melibatkan diri dalam berpersatuan. Kita dapat lihat mereka lebih fokus kepada akademik semata-mata, walhal tiada guna dapat pointer 4.00 tapi tiada kemahiran seperti softskill ataupun komunikasi skill. Bangkitlah mahasiswa, kerana pemimpin tidak akan lahir dengan menghadirkan diri ke kuliah sahaja. Ia akan wujud di tengah-tengah tekanan mengikut keadaan semasa.

Banyak kelebihan-kelebihan apabila kita menceburkan diri dalam persatuan. Bukan sahaja boleh memperbaiki kemahiran-kemahiran malah kita boleh mendisplinkan diri terhadap berpakaian, menjaga masa ataupun dari segi muamalat kita sendiri. Selain itu, kita boleh memperbaiki perhubungan awam khususnya dengan teman-teman, pihak universiti ataupu masysrakat sekeliling. Kerena program-program yang dijalankan tidak sahaja fokus di kawasan kampus, malah kita keluar ke masyarakat.

Inilah hakikat mahasiswa yang ingin menjadi salah seorang barisan kepimpinan mahasiswa.

No comments: