Sumber: Mahasiswakini
KUALA LUMPUR 24 Julai - Tindakan pihak pentadbiran Kolej Kediaman Zaaba Universiti Malaya (KK7) yang mengenakan yuran tambahan RM100 kepada semua mahasiswa tahun satu yang menginap di kolej itu menmbebankan.Beberapa mahasiswa tahun satu melahirkan rasa hairan mengapa yuran tersebut dikenakan sedangkan kolej-kolej lain tidak ada caj yuran yang sedemikian.
Dalam perkembangan yang sama beberapa orang pelajar senior yang mengadu perkara tersebut kepada pihak TNC HEPA dikenakan perintah keluar kolej serta-merta oleh pengetua kolej tersebut,Dr Salleh Aman.
Mereka dianggap penentang dan perlu dikeluarkan dari kolej kediaman tersebut walaupun mereka merupakan mahasiswa yang banyak berjasa kepada kolej. Tambah memalukan, pelajar senior yang di’halau’ itu diminta untuk membayar yuran sebanyak RM300.
“Saya hanya mempersoalkan tindakan tersebut.Penggunaan Aku Janji Kolej juga hanya dilaksanakan di kolej 7,untuk Apa?.Mereka tidak mampu menjawab soalan saya dan kerana itu kami dihalau.”Seorang pelajar senior dilaporkan berkata.
Seorang ahli MT MPMUM,saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz menggesa pihak kolej khususnya pengetua Dr Salleh Aman untuk memberikan penjelasan segera kepada mahasiswa agar isu tersebut tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk menghentam beliau.
“Dr Salleh diharapkan agar memahami keadaan mahasiswa.Kalau beliau mahu terus menyusahkan mahasiswa, saya dan beberapa teman MPMUM tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke pihak atasan berserta dengan fakta dan maklumat yang sedang dikumpulkan”Ujar beliau ketika dihubungi petang tadi.
NYDP MPMUM saudara Lim Wei Urn turut melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pihak kolej tersebut.Beliau berpendapat bahawa pihak kolej tidak boleh membebankan mahasiswa tahun pertama sekalipun kolej sedang mengalami masalah kewangan. -Mkini
Inilah realiti kehidupan yang dialami oleh pelajar tahun satu, Universiti Malaya. Bagaimana pula dengan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Pada kebiasaannya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) akan memotong pinjaman yang diperolehi oleh pelajar untuk yuran pengajian dan kolej kediaman. Malangnya, kali ini PTPTN hanya memotong pinjaman untuk pembayaran yuran pengajian sahaja. Kenapa keadaan ini boleh berlaku walhal perkara ini tidak sepatutnya wujud. Kerana kesukaran untuk melalui proses pembayaran di Bahagian Kewangan kelak. Tambahan, RM378.00 adalah satu jumlah yang amat tinggi nilainya. Selain itu, apa yang info lihat selepas pelajar memperolehi pinjaman PTPTN, mereka terpaksa membayar sendiri yuran untuk kolej kediaman. Hal ini amatlah menyukarkan pelbagai pihak, pelajar terutamanya serta kakitangan Kewangan UMSKAL itu sendiri. Jum kita pertahankan hak kita sebagai mahasiswa, ayuh kita suarakan hal ini kepada pihak atasan universiti.
Berkenaan hal ini, info juga ingin menyatakan pendapat bahawa mahasiswa bukan sahaja datang ke universiti untuk belajar tetapi untuk menimbah pengalaman semasa di Universiti. Orang kata belajar di universiti merupakan satu kenangan yang manis untuk dijejaki. Banyak benda baru yang boleh dipelajari dan boleh diaplikasikan kelak. Tindakan PTPTN untuk tidak memotong yuran untuk kolej kediaman daripada pinjaman adalah agak rasional. Kerana di sinilah medan untuk kita belajar cara berurusan dengan orang, berkomunikasi dengan baik dan berdikari dengan melakukan kerja-kerja urusan rasmi dengan sendiri. Walaupun di universiti ramai kawan yang boleh membantu, tetapi tidak sama dengan kita menguruskannya sendiri.
Dengan itu, timbahlah ilmu seberapa banyak di universiti khususnya. Kerana suatu hari nanti kita akan melakukan perkara yang sama seperti kita belajar di universiti. Cuma yang membezakannya keadaan sahaja. Namun, setiap tindakan yang kita pelajari di universiti akan kita aplikasikan di alam pekerjaan nanti.
"Memacu survival mahasiswa"
No comments:
Post a Comment