Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Sunday, July 13, 2008

Banyak lagi la....

Sikit-sikit harga minyak naik, sikit-sikit harga barangan naik. Entah lepas ni apa lagi yang naik.

Isu minyak di Malaysia turut menjejaskan ekonomi negara. Perubahan yang drastik dalam pengeluaran minyak mentah dunia sangat memberi kesan terhadap kenaikan harga minyak dunia. Kerana permintaan terhadap komuditi ini juga menunjukkan kenaikan yang sangat tinggi memandangkan kekurangan bahan mentah dunia juga berlaku. Maka tidak lain tidak bukan negara pengeluar utama minyak telah mengistiharkan kenaikan harga minyak.

Tidak cukup ilmu apabila mahasiswa hanya berada di bilik-bilik kuliah untuk menjadi seorang yang bergelar pimpinan pelajar. Tahukah anda bahawa era teknologi canggih sekarang telah mengubah mentaliti mahasiswa yang sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran mereka. Pada pendapat saya, pemimpin yang mampu meneraju keunggulan ummah bukan sahaja dinilai melalui kepimpinannya, malah sejauhmana kita mengetahui isu semasa turut mencerminkan siapa yang layak untuk memimpin. Hari ini kita melihat di dada-dada akbar bahawa pimpinan pelajar boleh menyatakan hujah berkenaan kenaikan harga minyak berdasarkan fakta yang tepat. Ini yang kita mahukan daripada pimpinan pelajar.

Kita beruntung, lihatlah di universiti seluruh malaysia sudah menyediakan banyak kemudahan-kemudahan Mega Lab, boleh dikatakan setiap IPTA atau IPTS mendapat rangkaian yang meluas terhadap penggunaan internet. Dengan ini mahasiswa semakin peka dengan kedaan semasa. Inilah alternatif terbaik untuk pimpinan pelajar menerokai isu-isu global. Kita boleh gunakan kesempatan ini untuk memantapkan lagi tahap kita berfikir.

Berikutan daripada itu, mahasiswa yang bergelar pemimpin perlu menguasai apa jua bidang. misalnya, Utusan Malaysia menerapkan isu-isu semasa yang sesuai diketahui oleh mana-mana golongan. Dengan itu, tiada lagi isu mahasiswa dipolitikkan oleh anasir-anasir ahli politik. Ini juga satu langkah baik untuk menyedarkan kita bahawa peri penting mengetahui isu-isu yang hangat diperkatakan dalam atau luar negara. Namun banyak lagi sumber-sumber yang boleh diambil sebagai bahan rujukan. Tapi perlu di nilai sejauhmana media massa yang kita gunakan sekarang mendatangkan faedah kepada kita atau ia mendatangkan maslahat kepada kita semua.

Sebagai renungan bersama, Manusia buta ilmu apabila tidak mambaca, the moral of the history is, rajin-rajinlah baca akbar, blog-blog ataupun buku-buku yang mampu untuk menyedarkan kita hakikat mahasiswa, khususnya pimpinan pelajar seperti kita.

No comments: