Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Ni Haw Ma, Vanakam...
Maaflah introduction terlalu penjang, tapi biasalah kita kena mulakan sesuatu dengan cara macam tu.
Terutamanya bila baru nak berjumpa. Mengikut kepercayaan masing-masing, mesti berbeza tapi satu matlamat yang sama iaitu mengukuhkan ikatan silaturahim mahupun ikatan persaudaraan yang baru.
Pada malam ini, saya dapat komen berkenaan penulisan exco penerbitan di dalam blog, kebetulan malam ni terbuka pula hati nak check blog, okey juga komennya, komen yang membina. Tapi jangan lupa buat apa kita tunjuk hebat walhal memang sudah lumrah bahawa kita dikurniakan kebijaksanaan yang berlainan. Misalnya, tidak pandai memberi pendapat sendiri dalam blog dan hanya copy and paste saje.
Itulah namanya belajar. Betul tidak...? Teringat pula PANTUN semasa kanak-kanak....
BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.
P/s Terima kasih kepada siapa sahaja yang memberi komen atau pendapat dalam blog ni... Tapi jangan lupa sertakan dengan cadangan, baru dikatakan pemimpin kritis beridea progresif.
K
"Bersama meneraju keunggulan Ummah"
No comments:
Post a Comment