Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Friday, July 18, 2008

Majlis Bersama VC Datuk K"

"Saya lebih suka berfikir sejenak berbanding duduk diam kat office" kata Dt K.



Pimpinan mahasiswa perlu memainkan peranan dalam mengatasi karena pelajar yang lebih suka mengkritik berbanding mengambil tindakan.


Namun apa yang ingin saya sampaikan di sini pelajar perlu faham peranan mereka sebagai pelajar, manakala bagi mereka yang berada dalam barisan pimpinan pelajar perlu bertindak lebih agresif berbanding pelajar-pelajar yang lain.



Tambahan pula, alam pekerjaan kini semakin sukar untuk dimasuki, dengan saingan yang sengit daripada pelajar-pelajar daripada IPTA, IPTS yang lain.
Tapi saya berbangga kerana PMUMS yang wujud diUMS mampu menjadi platfom untuk mempelajari teknik-teknik bagaimana hendak berpersatuan.


Sempat juga semasa beramah mesra dengan beliau, VC pesan,: Speaking In English must be practice everyday. Terutamanya bagi pelajar yang ingin berjaya dalam semua sudut. Contonnya, Akademik, Siasah, Penampilan, Komunikasi dan juga Pribadi."


Inilah sedikit sebanyak cerita yang sempat kami selaku MPP kongsikan dengan Datuk VC yang baru, Ltd. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamruzaman Ampon awal bulan Julai lalu. Kata-kata yang dilontarkan sedikit sebanyak terkena batang hidung sendiri, sebagai wakil kepada beribu pelajar UMS perlu menerapkan dalam diri nilai-nilai yang baik untuk dijadikan teladan.


Lagi satu pesan beliau, kita tidak boleh cakap tapi tak serupa bikin, mesti sudah biasa mendengar pepatah ini. Ya la pemimpin selalu di labelkan sebagai tidak buat kerja. Lekat dalam hati setiap apa yang disampaikan VC tadi. Elakkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Memacu survirval mahasiswa





No comments: