Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, June 16, 2008

Lawatan Ke IPTA sekitar Kuala Lumpur

Program lawatan yang dijalankan selama 6 hari 5 malam sangat bermakna buat mereka yang menyertai. Banyak pengalaman yang ditimbah semasa berada di sana. Saya selaku exco penerbitan merasakan program ini adalah yang sangat bermakna walaupun kali ke dua menjejakkan kaki ke semenanjung.



3 Jun 2008. Borneo ke semenanjung melalui laut cina selatan, perjalanan selama dua jam menyebabkan saya berdebar semasa dalam kapal terbang kerana menantikan saat-saat yang diimpikan selama ini. Iaitu melawat ke IPTA-IPTA di semenanjung. Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan saya berkat doa dan usaha sahabat-sahabat. Seramai 42 orang deligasi PMUMS telah pergi ke program anjuran Sekretariat Naib Presiden (Akademik dan Diplomatik).



Sepanjang program kami bermalam di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ucapan terima kasih kepada UPM kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk menginap di sana. Lebih menyeronokkan banyak tempat yang kami lawatan semuanya mendapat balasan positif. Itu yang diharapkan pada mulanya sebelum memulakan lawatan ketempat-tempat yang ingin dilawat.



4 Jun 2008. Pagi, Bermula sesi dialog bersama kakitangan Parlimen Malaysia. Dikesempatan yang ada, inilah kali pertama saya pergi ke Parlimen yang terletak di tengah Ibu Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Kedatangan kami disambut mesra oleh Dato Idris, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi. Alangkah gembiranya apabila bertemu sendiri dengan mereka. Kebetulan semasa lamwatan kami, Dewan Negara sedang bersidang di Parlimen. Realitinya kami dapat menyaksikan persidangan yang hangat apabila masing-masing menteri mengeluarkan usul.



Tengah hari, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah sasaran kami. Setibanya di UIA, kami disajikan dengan makanan yang menyelarakan. Kebetulan dalam keadaan lapar. Hu hu hu...!!! Menarik reka bentuk bangunan UIA yang penuh dengan bangunan konkrik. UIA terkenal dengan Masjid yang menjadi centre setiap bangunan di sekeliling seperti Shop, perpustakaan, dewan-dewan kuliah, bangunan pentadbiran.


Bahasa pertuturan UIA adalah bahasa inggeris dan ini boleh membanggakan malaysia apabila 90 buah negara yang datang belajar di situ. Namun tidak semestinya bahasa malayu hilang di telan zaman, inisiatif untuk mengekalkan kualiti bahasa melayu di UIA turut diselaraskan. Itulah keistimewaan UIA selain universiti Islam yang menerapkan nilai Islam sepenuhnya.

sambungan....

1 comment:

lAl said...

Lawatan yg best!!!!ehe