Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, June 16, 2008

Pelan Strategik PMUMS (MPP)

HALA TUJU PERJUANGAN DAN KEPIMPINAN MPP SESI 2007/2008

VISI
Memartabatkan Mahasiswa UMS di Arena Global

MISI
Ke Arah Keseimbangan dan Kecemerlangan yang Berorientasikan
5K (Kesarjanaan, Kokurikulum, Kesahsiahan, Kebajikan, dan Kesepaduan)
Bagi Melahirkan Mahasiswa yang Cemerlang

MOTTO
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah

MATLAMAT
Mejadi satu medium interaksi bagi menyalurkan suara mahasisswa kepada pihak Universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa UMS terbela dan menyediaakan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan untuk melahirkan mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang


DASAR UMUM:
1. Menjadikan Rukun Negara sebagai landasan aktiviti kemahsiswaan
2. Membantu Mahasiswa mendapatkan hak sebagai mahasiswa.
3. Menjadikan PMUMS sebagai medium perantaraan Mahasiswa dan Pengurusan Universiti
4. Ke arah mewujudkan pengurusan yang sistematik dan kemantapan berorganisasi..
5. Membudayakan mahasiswa yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani.


OBJEKTIF
1) Kesarjanaan
Meningkatkan kesarjanaan akademik dengan pencapaian PNGK 2.50 ke atas seramai 70% daripada pelajar UMS
2) Kokurikulum
Memantapkan daya saing dan semangat juang dalam aktiviti kokurikulum yang disertai sama ada di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global
3) Kesahsiahan
Menanamkan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme
4) Kebajikan
Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang memuaskan sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan berkualiti
5) Kesepaduan
Mengukuhkan amalan-amalan kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional

CABARAN
1. Kurangnya komitmen dan penglibatan mahasiswa terhadap aktiviti yang dianjurkan .
2. Kurangnya kerjasama mahasiswa dalam mencadangkan dan menyelesaikan isu serta pelaksanaan dasar.
3. Keputusan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan kepentingan mahasiswa tidak mengambil kira pandangan daripada wakil mahasiswa.
4. Penekanan pihak universiti dan kerajaan untuk menerima isu dan cadangan yang telah diutarakan.
5. Karenah birokrasi yang wujud menyebabkan cadangan penyelesaian masalah yang diputuskan gagal dilaksanakan sepenuhnya.





Berikut merupakan penjelasan ringkas prindis Rukun Negara yang menjadi dasar umum kita yang pertama dan menjadi landasan utama dalam aktiviti kemahasiswaan yang akan kita anjurkan dan laksanakan :

Rukun Negara digazetkan ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga antara satu sama lain. Oleh itu, konsep perpaduan kaum ini haruslah diserapkan dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dianjurkan di UMS yang sesuai dengan penempatannya iaitu terletak di Negeri Bawah Bayu - negeri yang terkenal dengan penduduknya yang berbilang kaum .

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagain pertama menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk. Objektif tersebut adalah sebagaimana berikut:

-Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
-Memelihara satu cara hidup demokratik yang menekankan aspek sahsiah dan moral
-Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
-Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
-Membina sebuah mayarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian kedua menggariskan lima prinsip yang berikut:

§. Kepercayaan kepada Tuhan
§. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
§. Keluhuran perlembagaan.
§ Kedaulatan undang-undang. Dan
§ Kesopanan dan Kesusilaan.

No comments: