Pemimpin mempunyai tanggunjawab yang besar terhadap anggota seperti untuk menegakkan keadilan, memberikan kesejahteraan, menjaga ketenteraman dan juga kepentingan anggota-anggotanya. Oleh yang demikian, setiap anggota pimpinan PMUMS pada semua peringkat hendaklah berniat bahawa tugas yang dijalankan bertujuan adalah kerana amanah, bukannya bertujuaan mencari kepentingan diri atau tujuan untuk mendapat publisiti tetapi sebaliknya adalah untuk mendapat keredhaan-Nya. Setiap pemimpin pada semua peringkat mestilah mempunyai sikap seperti di bawah untuk melaksanakan amanah kepimpinannya.
- Pemimpin hendaklah menjadi pemandu kepada anggota untuk kesejahteraan, kesentosaan, kesenangan dan kesempurnaan di dunia dan akhirat.
- Mahir dan faham tentang organissasi yang dianggotai sama ada daripada aturan dan peraturannya mahupun dari segi tujuan, matlamat dan kaedah-kaedah kerja ke arah mencapai matlamat organisasi.
Memahami secara mendalam tanggungjawab dan bidang tugas setiap jawatan organisasi yang diamanahkan kepadanya. - Mempunyai konsepsi dan visi yang jelas dan sahih serta yakin terhadap kejelasan matlamat perjuangan yang ditentukan oleh organisasinya. Ia juga berkewajipan mematangkan gambaran terhadap bentuk kerja, dan penyusunan tarbiyyah di setiap program-program tersebut.
- Berusaha meningkatkan prestasi kerja amal dan mutu kerja dari semasa ke semasa.
- Berusaha melahirkan sebanyak mungkin amggota atau ahli yang boleh membantunya dalam menyempurnakan tugas organisasi (pasukan petugas) serta mempertingkatkan kepimpinan akan datang supaya penerusan perjuangan dapat dikekalkan. Pemilihan sekretariat hendaklah dijalankan secara adil dan sistematik.
- Berazam menjalankan tugas dan aktiviti secara berpasukan agar dapat merancang program-program kerja organisasi sebagai wasilah supaya matlamat perjuangan menjadi hampir dan pengaruh daerah penguasaan organisasi PMUMS semakin melebar di kalangan massa.
- Sentiasa mendapat nasihat dan bimbingan daripada pimpinan-pimpinan yang lebih tinggi daripadanya atau daripada individu yang lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang dan mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan serta menukarkan kritikaan-kritikan tersebut menjadi cadanganyang konstruktif.
- Menyedari bahawa semua ahli yang terdapat dalam perjuangan. Oleh yang demikian, kerja memproses keahlian merupakan aset untuk memimpin ummah adalah satu program yang penting dalam aktiviti organisasi.
- Mempunyai kesediaan dan kesanggupan untuk melakukan pembaikan setiap masa dan supaya perjalanan organisasi dapat berjalan lancar dan tertib.
- Menjaga organisasi PMUMS supaya penonjolan kekuatan kewibawaannya bukan semata-mata disebabkan oleh faktor-faktor keyakinan dan kesungguhan kerja yang berterusan daripada ahli-ahlinya.
- Mengawasi organisasi daripada sebarang penyelewengan matlamat dan sebarang penyerapan anasir-anasir perosak dari sudut fikrah dan tindakan.
- Peka terhadap semua perkara yang menyentuh organisasi PMUMS dan mengambil tindakan segera.
- Bijak menilai sesuatu persekitaran dan suasana dan daripadanya dapat dikeluarkan pendapat serta keputusan untuk tindakan selanjutnya.
- Dalam rangka kerja menyusun organisasi mestilah diperhitungkan juga faktor-faktor keselamatan, keaslian dan kewibawaan organisasi itu sendiri dan mestilah wujud kerja-kerja muhasabah dan pembetulan–pembetulan daripada anggota organisasi.
- Sentiasa bersedia menerima arahan-arahan yang diputuskan oleh organisasi, melakukan pembahagian tugas/bidang kepada petugas-petugas yang sesuai dan tidak melakukan ambil alih tugas/bidang orang lain kecuali untuk membantu.
- Bersegera menyelesaikan masalah dalam organisasi dengan cara yang berkesan dan berhikmah. Menentukan taktik dan strategi bersesuaian dengan keadaan semasa, mengambil keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut.
- Pemimpin hendaklah mentarbiyahkan dirinya taat kepada keputusan organisasi dan mendorong semua ahli juga berbuat demikian.
- Kebolehan untuk membezakan antara taktik dan strategi dengan perkara dasar.
- Pemimpin mesti bersifat ingin tahu, berupaya mengembangkan mental ahli serta berkeupayaan menganalisa situasi yang dihadapi dengan teliti, matang dan pantas. Para pimpinan pelajar haruslah peka dengan sebarang isu semasa sama ada bersifat nasional mahupun global.
- Pemimpin PMUMS mesti bersedia beljar dan juga mendidik ahli serta mempunyai daya ingatan yang kuat.
No comments:
Post a Comment