Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Sunday, September 14, 2008

Pilihan Raya Kampus-JAKMAS

Universiti Malaysia Sabah. Hari ini Pilihan Raya Kampus untuk Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) di setiap kolej bermula. Kebajikan anda tanggungjawab kami. Khabarkan kepada mereka yang bakal menjadi pimpinan yang akan datang perlulah mengikut garis panduan yang sepatutnya agar kebajikan pelajar terbela. Sedia maklum bahawa JAKMAS merupakan satu badan persatuan yang ditubuhkan khas untuk mendengar dan mengatasi masalah kebajikan pelajar.

Pilihlah pemimpin yang boleh mengoncang dunia walaupun kuantiti mereka hanyalah sedikit. Era IT yang semakin canggih dengan bahang politik kampus yang boleh membakar semangat untuk mempertahankan hak kita sebagai mahasiswa. Info mengucapkan salam tahniah dan takziah kepada mereka yang bakal mencorak suasana dalam sesi 2008/2009.

Bagi mereka yang menjadi mantan, tahniah juga diucapkan kerana anda sentiasa bersama-sama Persatuan Mahasiswa Universiti malaysia Sabah khususnya, Majlis Perwakilan Pelajar. "Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah"

Battle Of the band

Rasa tidak puas hati mengausai diri. Kali ini Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan semakin dilanda deman konsert. Mengapa hal ini berlaku...? Iklan sana-sini, papan kenyataan memaparkan bahawa Konsert Battle of The Bands (Borneo Bands Hunter) telah terpampang dan bakal berlangsung dalam bula Syawal. Sampai begitu sekali, tidak puaskah melihat maksiat sana-sini, botol arak bergelimpangan, semasa konsert baru-baru ni iaitu Konsert semasa konvokesyen. Nampaknya dijangkakan bakal berulang. Apa tindakan kita sebagai satu badan pimpinan pelajar....? Adakah hanya dengan duduk diam di dalam bilik. Ramai yang terkejut dengan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar kali ini. Lesu dan tidak bermaya. Benarkah hakikat ini berlaku atau hanya di pandangan mata kasar sahaja.

Bangkitlah wahai pimpinan pelajar yang semakin tenggelam di mata. Di mana janji dalam menifesto semasa meraih undi setahun yang lepas...? Check list balik samaada telah terlaksana atau tidak. Beberapa hari yang lalu, menurut salah seorang pelajar tahun 2 mengadu berkenaan kepimpinan MPP sesi 2007/2008 sepertinya tiada fungsi dan tidak mengambil tindakan terhadap yang berlaku di kampus.

Semua sedia maklum bahawa MPP merupakan satu badan yang penting dalam menjaga kebajikan semua pelajar. Benarkah kita melaksankan apa yang telah diamanahkan. Risalah pun lama tak dipublish. Dimana peranan Exco Penerbitan dan Informasi...? Pakaian bukan main cantik, pentingkan penampilan. My personality is important in my life tapi keja.. Hampe... Kasarnya bahasa tapi itulah hakikat yang info dengar daripada mahasiswa-mahasiswa yang tidak habis-habis memberi peringatan ke atas amanah yang senantiasa dilupakan. "Melayu mudah lupa" dan kena selalu diingatkan.

Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai pimpinan pelajar. Macam mana kita hendak memimpin pelajar lain kalau kita sudah mempunyai masalah yang tidak boleh diatasi. Terkena batang hidung sendiri pula selepas membaca blog
Mohd Firdaus Bin Muhammad Nor Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa(Kolej Kediaman Alpha) Sesi 2007/ 2008 "MENTAFSIR REALITI" berkenaan Isu kampus yang sentiasa peka dengan keadaan kamus.

Rupa-rupanya kandungan blog yang ditulis oleh Saudara Firdaus menceritakan dan meluah perasaan berkenaan
Konsert Battle of The Bands (Borneo Bands Hunter). Memang menyedarkan info untuk memberi komen dan memberi pendapat individu ke atas isu tersebut. Info bersetujuh dengan apa yang dinyatakan olehnya. Jom beramai-ramai sertai bantahan terhadap Konsert Battel of the Band yang bakal berlangsung di bulan Syawal yang akan datang. Di mana norma kita sebagai pelajar dan dalam mempertahankan maruah universiti dan menjaga sensifiviti dalam menghormati agama Islam.

Budaya hedonisme yang semakin menular di kalangan mahasiswa semakin merungsingkan pelbagai pihak tidak pastilah pula kalau masih yang tidak sedar hakikat ini. Universiti yang digelar tempat golongan intelektual untuk menuntut ilmu semakin dicemari dengan hiburan yang melalaikan. Adakah anda bersetujuh dengan penyertaan ini. Sudah semestinya ya... Marilah beramai-ramai mengajak kawan-kawan yang berada di bilik untuk turut bersama-sama untuk mengatasi masalah ini. JOM BENTRAS DAN CUBA HALANG KONSERT KALI INI.

Tidak menjadi masalah konsert yang dijalankan sekiranya kita mengambil inisistif yang bertepatan. Walaupun dalam persidangan PMUMS-3 telah membincangkan langkah untuk mengurangkan konsert iaitu dengan mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan namun tiada tindakan susulan yang dibuat. Ini adalah perbuatan yang tiada nilai walhal suara pelajar perlu didengar dan dihayati bagi membuktikan MPP mahupun Persatuan yang lain prihatin terhadap kebajikan pelajar.

"MAHASISWA PENERAJU KEUNGGULAN UMMAH"

Tuesday, September 9, 2008

Bengkel Latihan Dan Bimbingan

Persatuan Pembimbing Siswa (PRS) merupakan salah satu persatuan yang aktif dalam melibatkan pelajar dalam program-program selain akademik. Universiti Malaysia Sabah merupakann salah sebuah universiti yang menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif dalam kegiatan luar daripada akademik. Dengan ini, penglibatan pelajar dalam pelbagai program membantu mereka mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan.

Menjadi matlamat seorang mahasiswa sekiranya tamat pengajian daripada universiti mereka akan mencari pekerjaan untuk menyambung perjalanan kehidupan mereka kelak. Satu usaha yang baik dalam membantu pelajar untuk menghadapi temuduga semasa mencari kerja apabila BENGKEL LATIHAN DAN BIMBINGAN MENGHADIRI TEMUDUGA & CERAMAH "THE POWER OF THINGKING IN CHANGING NEGATIVE ATTITUDE" & " PERSONALITI DIRI PEMBENTUK KERJAYA" diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Program selama tiga hari ini ditujukan khas buat pelajar yang ada mengikut sekolah masing-masing.

Banyak pengisian-pengisian yang menarik untuk disertai. Antaranya ceramah motivasi, taklimat mengenai temuduga dan ceramah yang boleh membantu dalam pembentukan personaliti dalam diri individu yang ingin berjaya. Sekaligus dengan Majlis Perasmian Penutupan. Pelbagai hadiah ditawarkan untuk mereka yang berjaya menjadi peserta temuduga yang terbaik selepas beberapa peringkat temuduga dijalankan.

Program ini berlangsung selama tiga hari iaitu, 12/Sept/2008 hingga 14/ Sept.2008. Dijemput hadir beramai-ramai ke Podium, UMSKAL.

Pembentukan personaliti menjadi gambaran semasa menghadiri temuduga...



Bengkel, Ceramah dan Praktikal

BENGKEL LATIHAN DAN BIMBINGAN MENGHADIRI TEMUDUGA & CERAMAH "THE POWER OF THINGKING IN CHANGING NEGATIVE ATTITUDE" & " PERSONALITI DIRI PEMBENTUK KERJAYA"


12 Sept 2008-14 Sept 2008

Podium, UMSKAL

"Mahasiswa dangan Kerjaya tidak boleh dipisahkan"

Sunday, September 7, 2008

Cara berpakaian di Kampus yang sepatutnya

Baru-baru kita dikejutkan dengan satu keadaan iaitu didapati ramai pelajar yang melakukan kesalahan dari segi disiplin. Hal ini berlaku apabila pihak Hal Ehwal Pelajar telah mewar-warkan kepada semua pelajar tentang cara berpakaian semasa di kampus. Penguatkuasaan ke atas peraturan yang termakub dalam AUKU iaitu Bahagian II Tatatertib AM, 26: Pakaian Pelajar telah dijalankan bagi mengatasi masalah pakaian seksi di kalangan pelajar wanita.

Satu inisiatif yang baik. Sekurang-kurangnya, melalui usaha murni yang dijalankan oleh pihak universiti dapat membantu pelajar untuk lebih berdisiplin.

Begitu juga berkenaan pemilihan pemakaian kasut. Seorang mahasiswa tidak akan sama dengan pelajar yang berada di tingkatan enam (form 6) dari pelbagai sudut. Pergi ke kuliah pun mesti menampilkan personaliti yang baik supaya kita boleh menjadi role model yang terbaik untuk adik-adik, masyarakat seterusnya negara.

Suatu ketika dahulu, mahasiswa merupakan golongan yang bijak pandai dalam mendisiplinkan diri mereka. Kerana mereka terdiri daripada golongan bijak pandai. Jika mereka meneruskan budaya cara berpakaian yang dibenarkan, tidak sakit mata memandang pelajar perempuan berpakaian seperti tidak cukup kain.

Mahasiswa adalah peneraju kepada keungglan ummah, Inilah slogan yang menjadi sebutan di bibir pimpinan mahasiswa yang tidak pernah lekang dari melihat gelagat pelajar, mendengar luahan pelajar dan membuat penilaian, seterusnya melakukan tindakan yang sepatutnya.

Tidak akan berubah suatu tingkah laku buruk kepada yang baik sekiranya kita tiada usaha untuk berubah. Aplikasikan universiti sebagai medan untuk menuntut ilmu, jadikan ia sebagai tempat yang selamat untuk di duduki.

Wednesday, September 3, 2008

Susur Gajah... menjadi isu hangat PMUMSKAL

Kenapa mahasiswa suka merungut...? Adakah disebabkan mereka tidak berterima kasih dengan kemudahan yang dinikmati...? Inilah hakikat mahasiswa UMSKAL yang sering diutarakan setiap kali mesyuarat-mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KAL. Namun mahasiswa akan terus merungut dengan kemudahan yang mereka nikmati apabila susur gajah tidak kelihatan tiangnya.

Susur Gajah merupakan salah satu kemudahan yang sering menjadi tuntutan menifesto semasa pilihan raya kampus, iaitu pembinaan susur gajah sebagai laluan dari Kolej Kediaman sehingga ke Menara UMSKAL. Ia amat berguna bagi mereka yang menuntut di sini. Terutamanya apabila waktu hujan dan panas. Kesiannya..!!! Mesti panas dalam perjalanan ke Kuliah. Inilah yang info rasakan dan dapat fikirkan apa yang pelajar UMSKAL lalui selama pengajian mereka. Namun, usaha untuk mendapatkan susur gajah telah diutarakan sejak awal UMSKAL di buka. Apa yang menyedihkan lagi... hingga sekarang batang hidung pun tak nampak.

Info sempat terserempak dengan beberapa orang pelajar. Mereka sering bertanyakan tentang susur gajah. Ada seorang pelajar tu... Dia boleh cakap MPP ni tidak buat kerja. Apa yang MPP telah buat. Mana janji-janji manis kamu...? MPP memang tidak buat kerja di hadapan semua pelajar tapi perlu diingat siapa yang bebincang dengan KESUMBER berkenaan isu Cafe...? Siapa yang mendengar aduan daripada pelajar kalau bukan telinga Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, PMUMS... Lepas tu kutuk Exco Penerbitan dan Informasi tidak bertugas. Boringlah dengan kata-kata mereka yang sering cakap belakang tapi tak nak turun padang untuk selesaikan masalah bersama.

Usaha dalam mengatasi rungutan pelajar hanya boleh ditutup dengan berdirinya susur gajah. Tunaikanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita. Jum kita jumpa pihak universiti untuk mengutarakan isu ini.

Kebajikan mahasiswa tanggungjawab kami.









Monday, September 1, 2008

UITM- Isu Hak Bumiputera

  • Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar kuota 10 peratus diwujudkan untuk pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM). (http://www.suaraselangormaju.com.my)

Thailand isytihar darurat untuk reda ketegangan

BANGKOK: Thailand hari ini mengisytiharkan darurat dengan mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima orang dalam usaha meredakan gerakan penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas tercetusnya insiden pergaduhan di jalanan membabitkan ribuan penyokong Perdana Menteri, Samak Sundaravejdan dan kumpulan anti-kerajaan yang mahu beliau menyerahkan jawatan.

Seorang dilaporkan terbunuh dan puluhan lain cedera dalam pergaduhan berdekatan kompleks kerajaan yang dikuasai aktivis pembangkang yang menuntut Samak meletakkan jawatan.

Mereka mendakwa Samak adalah boneka Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri yang digugurkan.

“Disebabkan malam semalam tercetusnya keadaan tegang yang memberi kesan terhadap keamanan dan undang-undang demokrasi, kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara," menurut kenyataan yang disiarkan di radio.

Samak melantik komander tentera paling berkusa, Jeneral Anupong Paojinda untuk mengetuai pasukan khas melaksanakan petintah darurat itu bersama Ketua Polis dan Komander Tentera Bangkok sebagai timbalannya.

Pengumuman itu juga menyebut, Anupong kini mempunyai kuasa untuk menyuraikan sebarang perhimpunan dan mengarahkan mereka keluar dari lokasi terbabit.

Polis Thai awal hari ini juga terpaksa meminta bantuan tentera untuk meleraikan kumpulan yang mengadakan protes jalanan.

Stesen tv Thai menyiarkan kumpulan penyokong dan anti-kerajaan yang memakai topi keledar dan membawa belantan bertembung sesama mereka dengan ada yang melontar batu.

“Ada laporan seorang daripada mereka cedera akibat ditembak manakala yang lain cedera kerana bergaduh," kata jurucakap kerajaan tempatan, Peeratong Saichoew. - AFP