Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Wednesday, November 19, 2008

Student Invisible


(Air mata ayah ibu menantikan kepulangan Siti Atiqah, mengharapkan kepulangan anak bongsunya daripada 4 orang adik beradik)

PENDANG: “Sehingga kini, hati saya sentiasa risau kerana belum menerima berita keadaan Siti Atikhoh selain bimbang jika dia dijual sindiket atau dibawa lari ke Lombok, Indonesia,” kata Siti Aisyah Salleh.

Siti Aisyah, 56, ibu kepada Siti Atikhoh Shamsudin, 23, pelajar tahun dua Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilaporkan hilang sejak 10 September lalu, amat merindui serta bimbangkan keselamatan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Keadaan itu membimbangkan keluarganya kerana tiada khabar berita sejak dua bulan lalu, selepas pelajar itu dikatakan berada di Sabah mengikut seorang pengawal keselamatan di UMS, ketika dilaporkan hilang.

Kehilangan pelajar jurusan ijazah kewangan antarabangsa itu disedari rakannya selepas Siti Atikhoh tidak menghadiri kelas.

Perkara terbabit dimaklumkan kepada sepupunya yang turut mengikuti pengajian di universiti itu sebelum memaklumkan kepada keluarganya di Kampung 15 Relong, Mukim Bukit Raya, dekat sini....(bersambung:
http://firahumaira.blogspot.com/2008/11/berita.html)

p/s Di mana kita untuk membantunya....? Berita kehilangan Siti Athiqah sebulan yang lalu baru kini dibincangkan. Kejamkah kita membiarkan adik tersebut. Atau kita lepas tangan macam itu sahaja. Semalam dapat mesej dari seorang sahabat MPP dari USM bertanyakan isu ini. Info hanya mampu menyampaikan maklumat yang ada. Bukti yang kukuh dan berasas.

No comments: