Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Tuesday, November 11, 2008

Perhatian..!!!

Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera dan salam perpaduan....
Beberapa pengumuman yang ditujukan khas kepada seluruh warga kal:
1) Selamat menduduki Final Exam HE19, HE20, HE21, HE22, HE23, HC12, HC13
2) Lajnah Kebajikan dan Akademik (LKA) Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) akan mengadakan:
"Proses Pengumpulan Nota/ Buku Terpakai. "
Kepada mana-mana individu/ organisasi yang mempunyai nota/ buku untuk disumbangkan, bolehlah berbuat sedemikian kepada LKA BADAR.
Pusat pengumpulan tersebut akan dibuka bermula pada 15 Oktober 2008 di Bilik Gerakan BADAR.
Hubungi: Norazlina (013-5407786) untuk maklumat lanjut.
Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai… Sekian, harap maklum…
“MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN” “BERSAMA MEMASYARAKATKAN BADAR”
3) Beberapa pelajar telah ditangkap kerana didapati meniru dalam dewan peperiksaan. Ini adalah dinamakan kecurangan akademik. Ia merupakan satu tindakan yang tidak sihat di kalangan pelajar. Etika ketika menuntut ilmu perlulah dihayati. Tidak berkat kiranya kita melakukan kecurangan dalam menuntut ilmu. Agama masing-masing ada menekankan perlu bersikap jujur dan amanah, jalankan tanggungjawab anda. Tidak digalakkan sama sekali membawa nota/ jawapan atau kertas yang bertulis seakan-akan jawapan. Kerana ini adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya ada kepada seorang pelajar yang inginkan kejayaan.
4) Bersempena dengan minggu exam, kita digalakkan untuk mengadakan study group. Tidak digalakkan sama sekali sport soalan kerana tidak semua akan keluar dalam exam. sebagai kesimpulannya, cover semua chapter yang di gariskan akan keluar exam.
Sekian terima kasih.

No comments: