Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Thursday, November 20, 2008

Pengangguran

"Peningkatan pengganggur di kalangan siswazah."
Situasi ini sering menghantui pemikiran siswazah apabila berada di tahun terakhir pengajian mereka. Hal ini berlaku kerana peluang pasaran kerja sekarang semakin sengit di kalangan lepasan siswazah di seluruh Universiti di seluruh Malaysia. Menurut kajian yang pernah disiapkan oleh Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara. Seramai 8500 orang yang memberi responden berkenaan isu penggangguran di kalangan siswazah membuktikan bahawa peratusan penggangguran di kalangan siswazah berada di tahap kritikal.
Berita Harian online menyatakan bahawa Kesan daripada krisis ekonomi global, peluang pekerjaan semakin terhad kepada mereka yang betul-betul layak untuk memasuki peluang pekerjaan yang ditawarkan. Turun naik harga minyak juga menjadi punca peningkatan jumlah pengganggur di kalangan siswazah. Banyak syarikat-syarikat yang menjalankan operasi yang memerlukan tenaga kerja seperti siswazah. Malangnya, tidak ramai siswazah yang berkualiti dihasilkan oleh sesebuah universiti. Oleh yang demikian lebih ramai siswazah yang ditolak berbanding diterima untuk bekerja. Penggangguran juga turut meningkat di kalangan mereka.
Penyelidikan awal terhadap langkah mengatasi pengangguran perlu dititikberatkan bagi mengurangkan jumlah penganggur di kalangan siswazah. Kerjasama daripada pelbagai pihak juga membantu usaha melunaskan jumlah penganggur siswazah. Bersama membenteras gejalah mahasiswa lesu, mahasiswa buta isu juga bersama menghapuskan mahasiswa yang berfikir seperti katak di bawah tempurung.
Gelaran sesuai yang biasa digunakan oleh mereka adalah SISWAZAH KEHORMAT. Perli daripada pelbagai pihak mendorong untuk info berkongsi isu pengangguran yang melibatkan siswazah kerana kita bakal bergelar siswazah kelak. Bangkitlah mahasiswa menjadi siswazah yang grade dengan pointer 4 di samping good in public relation. Akademik mantap seiring dengan menyertai aktiviti kemahasiswaan.
"Mahasiswa Peneraju Kebangkitan UMMAH di Arena Global"

No comments: