Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Tuesday, November 11, 2008

Isu Pra Pendaftaran Kursus

Info ringkas,
Bermula 7hb November 2008, Pra Pendaftaran kursus untuk semester pendek iaitu Januari hingga Mei 2009 telah dibuka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang "TrafficJam"= kesesakan lalu lintas dalam rangkaian internet yang sentiasa mendapat kunjungan paling ramai setiap hari. Untuk memudahkan proses pra-pendaftaran, lawat laman web http://smp.ums.edu.my/ untuk tujuan pendaftaran.
Kemudian anda dikehendaki untuk membuat satu salinan bercetak dan diserahkan kepada sekolah masing-masing.
Sebelum dihantar ke sekolah masing-masing anda dikehendaki untuk mendapat tandatangan daripada mentor atau ketua program untuk tujuan pengesahan bahawa anda telah mendaftar untuk semester hadapan.
Peringatan daripada En Kamal Char, bahawa pastikan anda telah mengambil cukup jam kredit untuk tujuan konvokesyen kelak. Kerana dikhuatiri masih ramai pelajar yang belum mengambil jam kredit yang mencukupi.
Sedikit perkongsian daripada info sendiri, untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang perlu disertakan dengan usaha kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hidup mahasiswa.
Sekian terima kasih.

No comments: