Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Friday, October 31, 2008

Jadilah manusia yang pemaaf

Assalamualaikum...w.b.t. Salam Ukhuwahfillah... Salam sejahtera... Vanakam..
Info kali ini nak bercerita sedikit, ya la kalau sebelum asyik dengan bagi informasi ja. Bila nak berceritanya. Dalam nak exam ni, kengkawan semua da study ker...? Itulah salah satu persoalan yang sering diutarakan apabila tiba exam tidak kira la mid term atau exam final. Risaunya tak perpare lagi ni. Bila nak studynya kalau buka bukupun payah. Inikan pula nak prepare untuk exam. Namun kita perlu ingat kejayaan tidak akan berguling cam tu je, kena usaha dahulu baru boleh beserah kepada pencipta mengikut kepercayaan masing-masing.
Rasa tidak tenang sekiranya tidak menyampaikan rasa yang terpendam dalam hati. Sebelum ini pernah wujud kontroversi dengan pembaca-pembaca blog mengenai Battle Of The Band. Hangat...!! Panas..!!! dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Dengan rasa rendah diri, tapi bukan nak menjatuhkan maruah diri. Sekadar menuntut apa yang diajarkan dalam agama kami iaitu, menjadi pemaaf dan berani memberi maaf samaada bersalah atau tidak dalam sesuatu perkara. Exam tinggal berapa hari sahaja lagi. Salinglah bermaaf sesama kita. O_O.
Jadilah manusia yang berguna kepada semua, jauhilah sifat perlukan kawan ketika susah sahaja kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia. Susah dan senang bersama, pahit manis dilalui bersama, pendek kata lagu raihan menyatakan bahawa jadilah pemaaf supaya kita tergolongan dalam orang yang berjaya.
Pesan Dr Fadhila Kamsah, untuk mencapai kejayaan kita kena ada usaha, tambah dengan berdoa, berikhtihar dan bertawakkal kepada pencipta masing-masing. Harapan keluarga adalah kunci kejayaan pendorong kita masih belajar tapi matlamat kita adalah menuntut Ilmu kerana Allah untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sekadar perkongsian motivasi.
"ALL THE BEST TO ALL MY FRIEND"

Thursday, October 23, 2008

Exam Semester I sesi 2008/2009


Kejayaan seorang ayah menjadi idola kepada anak. Gambar di atas merupakan gambar sebuah keluarga yang disinari oleh kejayaan dalam bidang akademik. Setelah Ahmad Razei Abu Bakar, menerima segulung Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-32 di Serdang. Dengan keazaman dan tekad untuk menjadi contoh kepada anak-anak, seorang bapa kepada 11 orang anak berjaya telah mencapai apa yang diimpikan. Kini anak perempuannya ingin mengikuti jejak ayahnya, yang turut menerima Diploma Pengurusan Perladangan Makanan dan bercita-cita ingin memiliki segulung Ijazah sarjana sendiri.

Pada 3hb November 2008 adalah tarikh bermulanya peperiksaan semester dalam sesi 2008/2009 berakhir pada 23hb November 2008. Diucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar UMSKAL. Good luck to you all. Good Bless you.

Jadual Exam telah ditampal di sudut-sudut info yang disediakan. Pastikan masa dan tempat anda menduduki exam.


Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus MPP-UMSKAL

Keputusan PilihanRaya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/ 2009

Kerusi UMUM

Tan Guan Loon – 852

Mohd Abdillah Matlin – 764 (Pro Mahasiswa)

Kerusi SPKAL

Loo Leong Leng – 1124

Aizuddin Ain – 1088 (Pro Mahasiswa)

Qatrun Nada Mohd Latfi – 1031 (Pro Mahasiswa)


Kerusi SSIL

Wong Seng Qui – (Menang Tanpa Bertanding)



Diumumkan selepas Pilihan Raya Kampus yang selesai, jam 5.30 pm di Bilik Seri Menanti

Thursday, October 16, 2008

Warta buat sahabat Mantan MPP = Di mana bermula di sini penghujungnya


Banner yang terpampang di hadapan Perpustakaan UMS Induk menunjukkan pada 16 Oktober 2008 adalah tarikh pembubaran pimpinan MPP sesi 2007/2008 Universiti Malaysia Sabah. Setelah setahun memegang jawatan sebagai Majis Perwakilan Pelajar. Maka, Di mana bermula di sini penghujungnya. Bermakna amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin bukan di bawah kekuasaan kami lagi.

Hidup ini diibaratkan sebuah roda yang berpusing.
Kita bermula daripada bawah, ada waktunya kita berada di atas untuk menikmati hidup yang dianugerahkan dengan rasa penuh rasa syukur. Dan ada sampai waktunya kita akan berada di bawah semula.

Begitu juga dengan ahli MPP yang telah genap memegang PMUMS selama setahun, Pada mulanya bergelar pelajar biasa, setelah ditaklikkan sebagai ahli MPP setahun yang lalu, kini bergelar mantan Majlis Perwakilan Pelajar

Segala kekurangan selama menjadi ahli majlis diharap diperbaiki, tampung kekurangan,
dan kongsi pengalaman bersama adik-adikyang bakal menggantikan kami. Kami ibaratkan diri kami sebagai budak yang baru belajar namun setelah menyertai sebagai ahli majlis,
Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi, konsep Universiti sebagai gedung ilmu terbukti.

NAMUN, kesedihan akan ada penghujungnya, kerana pewaris kepimpinan negara sentiasa mencari wasilah. Kampus sebagai wadah utama mencungkil bakat dalam diri yang lama terpendam.

Pilihlah pemimpin yang anda rasakan layak untuk manjadi ahli MPP.
Pada 23 Oktober 2008 adalah tarih pembuangan undi.
Jom turun beramai-ramai untuk memilih siapa pemimpin yang sepatutnya.

Pilihan Raya Kampus sesi 2008/2009

Pilihan Raya Kampus sesi 2007/2008


Proses Pengundian calon oleh 2000 orang pelajar UMSKAL


Senyuman manis En Zulkeflee selaku Pengetua Kolej Kediaman mampu menambat hati siapa melihatnya. Bilik Sri Menanti


dari Kiri, Saudara Alex Lau Li Ping, Goh Wei Li, Mohamad Imran, Prof Syed Azizi Wafa (Pengarah KAL), Mohd Nashad, Huzailah, Shahirla Azmin, En Faisol, dan En Zamri
6 Orang calon yang berjaya dalam Pilihan Raya Kampus sesi 2007/2008 bersama pihak atasan UMSKAL bergambar selepas pengumuman calon yang berjaya menjadi Ahli MPP. (Ruang Legar Podium)

Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah satu proses pemilihan pimpinan pelajar yang akan bertanding untuk merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS). Antara pengisian yang diadakan dalam PRK adalah Rapat Umum, Kempen, Meraih Undi hinggalah proses pengundian.(Pilihan Raya Kampus Pemilihan MPP sesi 2007/2008).


Pendirian dan Harapan MPP

Kata-kata seorang doktor selepas merawat seorang pesakitnya bahawa MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Apabila dia bertemu dengan peskit-pesakitnya, doktor tersebut memberi peringatan yang berguna agar ia menjadi pengubat kepada penyakit yang sedang dirasai. Demikian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), risalah ini adalah bertujuan untuk menyatakan pendirian dan harapan MPP terhadap program Battle of the Band.


Mutakhir ini semakin ramai pemuda pemudi yang terdedah dengan hiburan melampau yang melalaikan. Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang. Semua program itu langsung tidak membangunkan minda tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu.


Mahasiswa mahasiswi di Universiti di Malaysia juga tidak terlepas daripada belenggu masalah ini.Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di Malaysia terlibat secara langsung dengan penganjuran program hiburan. Misalnya, Universiti Tun Hussien Onn menganjurkan Battle Of The Band dengan beberapa syarat tertentu, iaitu memberi unsur-unsur insaniah dan positif kepada para peserta termasuk pengunjung kerana pada setiap slot ahli kumpulan muzik, selama 5 minit, montaj-montaj dan klip video yang positif akan ditayangkan sebagai selingan sementara menunggu ahli kumpulan membuat persediaan untuk alat muzik mereka. Tema program ini ialah ‘Remaja Bersemangat Patriotisme’. Oleh itu, para peserta akan membuat 2 buah persembahan, iaitu satu lagu patriotisme dan satu lagu pilihan sendiri yang berunsurkan positif. Baru boleh menggambarkan universiti gedung menuntut ilmu mahasiswa yang berintelek.



Manakala, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut melabelkan pertandingan akhir Battle of the Band mengikut garis panduan yang ditetapkan (Sila rujuk Plan Strategik MPP UPSI). Tapi lain situasinya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar, Abdullah Abdul Karim berkata, "Universiti yang ditubuhkan perlu melahirkan pelajar berintelektual bukan mereka yang hanya tahu berhibur dan bersosial." Bukti jelas bahawa universiti bukanlah medan untuk menuntut ilmu berbentuk hiburan.



Kesimpulan daripada di atas, diharapkan terma-terma atau peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak penganjur program Battle Of The Band kali ini dapat dipenuhi, Mpp juga berharap program ini tidak melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan penonton menjaga tingkah laku semasa program berjalan. Semua ini dapat dicapai jika pihak berwajib menjalankan tanggungjawab masing-masing.“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (Falsafah Pendidikan Negara)


(Sumber: Huzailah Binti Abd Lasani, Exco Penerbitan Dan Informasi, MPP 07/08)