Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Tuesday, February 10, 2009

Mana yang perlu sebagai...?


Pada 14 February setiap tahun, Valentine Day akan disambut oleh mereka yang berpasangan "Bercouple". Relevenkah atau tidak Valentine Day ini disambut oleh mereka yang mengetahui akan akibatnya...? Penulis berani memotong jari kalau pada hari tersebut duit poket tidak akan kosong, terpaksa meminjam duit daripada kawan dan ramai yang akan meraihkannya dengan penuh bahagia. Menurut sumber rujukan: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan,Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Kesedaran bahawa kita tidak perlu meraihkan Valentine Day terutamanya kepada muslim perlu untuk mengelakkan kita terus terjebak ke lembah kehinaan. Menurut seorang pengkaji, Valentine Day adalah satu hari memperingati seseorang paderi Perbincangan sebelum ini juga mengambarkan bahawa Valentine Day boleh dikaitkan dengan sentemen agama itu sendiri.

Penulis mengajak kepada semua mahasiswa-mahasiswi UMS ataupun IPTA di mana jua untuk tidak mengagung-agungkan Valentine Day kerana dalam Islam sendiri, ia adalah Haram untuk diraihkan. Bertindaklah sebagai mahasiswa yang waras, berlandaskan pandangan hati yang hakiki. Kerana Mahasiswa Teras Pembangunan Ummah. Fahaman barat mampu untuk menguasai anak muda zaman kini melalui serangan pemikiran. Kita menginginkan mahasiswa-mahasiswi yang mampu untuk menjaga akhlak dan peribadi begitu juga dengan personaliti mereka.




Kenapa perlu boikot...? Terpanggil rasanya untuk menulis artikel berkenaan Boikot Valentine Day dan Boikot Barangan Israel. Kami menyokong kerajaan untuk memberi kerjasama dalam menyedarkan pengguna bahawa kita perlu memboikot barangan keluaran Israel. Hal ini perlu dititikberatkan kerana ia menyumbang kepada peratusan untuk menyiapkan senjata-senjata yang digunakan untuk menghancurkan Palastin.

Percanggahan pendapat bahawa kita tidak perlu boikot semua, kerana ada kemaslahatan yang tidak dapat dielakkan. Namun manusia perlu sedar bahawa bagaimana keadaan saudara kita yang berada di Palastin jika kita menggalakkan Israel untuk membuat senjata hasil daripada pembeliaan bararang seperti Colgate, Coca-cola, nestle dan sebagainya. Walaupun barangan tersebut tidak dikeluarkan di Israel namun penggunaan paten barangan Israel perlukan bayaran yang akan diberikan kepada mereka. Ini adalah satu jalan mudah untuk mereka mendapatkan sokongan dan meningkatkan pendapatan. Sekaligus digunakan untuk menghancurkan Palastin.

Meneliti sesuatu perkara agar kita sedar akan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia. Mengetahui Isu semasa membantu untuk kita menjana idea yang lebih bernas untuk mengutarakan pendapat dalam perbincangan-perbincangan. Dengan ini mahasiswa boleh dijauhkan daripada gejala 4 K (katil, kuliah, komputer, kafe), dan isu mahasiswa lesu juga dapat dielakkan.

Slogan "hidup, hidup, hidup mahasiswa" menjadi pemangkin untuk memandu mahasiswa lebih dalam semua perkara.
p/s mana yang lebih utama..?


No comments: