Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, February 16, 2009

Isu-isu kampus

Isu PTPTN

- Baru-baru ini info terbaca satu notis menyatakan bahawa sesiapa yang membuat pinjaman dari PTPTN sila semak semula jumlah baki yang anda ada kerana terdapat kesilapan dari pihak bank. Bagi yang telah membuat bayaran terlebih bank akan mengembalikan semula wang anda dan telah di bank-in ke dalam akaun masing-masing.

Isu Arak-Pork bawa masuk kampus

-Labuan merupakan negeri yang bebas cukai, penjualan Arak sangat berleluasa di sini. Oleh itu, satu isu yang sudah lama diketahui cuma baru-baru ini sahaja diberikan perhatian iaitu arak dibawa ke dalam kampus. Hampir setiap kali sesuatu festival yang grand dijalankan di UMSKAL mendapat sambutan luar. Sehingga terdapat botol-botol arak bergelimpangan di tapak parking kereta depan library. Gejalah ini tidak mustahil dilakukan oleh pelajar sendiri, juga merupakan gejalah yang tidak sihat jika dibiarkan. Justeru, pantauan daripada pihak Majlis Perwakilan Pelajar, Pihak Hal Ehwal Pelajar dan Pihak Universiti adalah diutamakan bagi membenteras budaya membawa botol arak ke kawasan kampus.

-Pork adalah salah satu bahan makanan yang dipanggil sebagai babi (khinzir). Menurut peraturan universiti AUKU, bahan makanan ini tidak digalakkan dibawa ke kampus. Info mendapat laporan bahawa terdapat pelajar yang membawa makanan tersebut. Mohon perhatian daripada pihak koleh untuk membuat pantauan. Sebagai bukti, roomate saya sendiri pernah mambawanya ke rumah.

Isu MuET- Pengijazaan adalah terpulang kepada Dekan/Sekolah masing-masing.

-Melahirkan Mahasiswa yang cemerlang dari sudut sahsiah dan akademik.UMS mewajibkan pelajar yang ingin menamatkan pengajian dengan memperoleh band 3 dalam peperiksaan MUET untuk tujuan pengijazaan. Kesannya ramai pelajar yang bimbang tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen akibat keputusan MUET yang tidak mencapai target. Setelah membuat pertimbangan semula, pelajar boleh grad dengan mendapat 2 pointer secara keseluruhan keputusan Bahasa Inggerish.




No comments: