Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Thursday, August 14, 2008

Persidangan ke-3 PMUMSKAL


Assalamualaikum w.b.t.., Salam sejahtera, Salam Perpaduan, Vanakam.

Alhamdulillah, petang tadi (14hb Ogos 2008) telah tamat persidangan PMUMSKAL kali ke 3 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMTP, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Menurut Setiausaha Kehormat, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008, persidangan kali ini adalah persidangan yang terakhir sebelum PMUMSKAL menamatkan layar kepimpinan pimpinan pelajar. Setelah memegang tampuk pemerintahan sebagai PMUMSKAL, persidangan seperti ini telah dijalankan sebanyak dua kali. Dalam persidangan kali ini, tiga isu besar yang dibawakan dalam persidangan tersebut, diantaranya Isu cafe, susur gajah dan isu tamu gadang yang sedang berlangsung di UMSKAL.

Isu kebajikan pelajar adalah agenda utama yang menjadi bahan perbincangan dalam persidangan kali ini. Saudari Shahirla Azmin binti Kadir@ Abd Malik, selaku Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, MPP sesi 2007/2008 membentangkan kerja-kerja yang telah dijalankan. Isu café adalah isu yang diutarakan yang menyentuh berkenaan harga makanan, kebersihan, perkhidmatan dan waktu berurus niaga. Satu kertas kerja yang telah disediakan pada semester lepas akhirnya mendapat perhatian daripada Prof sendiri, selepas penilian dan menganalisis kebajikan pelajar.

Mengulas lanjut tentang isu café ini, jika dibandingkan café yang terdapat di Kg. E dengan café yang ada di UMSKAL seperti langit dengan bumi bezanya. Betapa perkhidmatan yang disediakan tidak mampu menampung keperluan 2000 orang yang terdapat di UMSKAL itu sendiri. Namun tidak sesuai untuk dibandingkan. Sebagai wakil pelajar satu perkara yang amat menyedihkan lagi dalam membincangkan isu café ia menyentuh kepada kesannya ke atas pelajar. Pelajar digalakkan untuk bergiat aktif di universiti walhal makanan yang dibekalkan tidak mencukupi, bagaimana hendak bekerja kalau tiada tenaga. Akhirnya terpaksa makan meggie. Info sendiri kecewa dengan keadaan ini semakin menekan pelajar.

Persidangan kali ke-3 yang dihadiri oleh ahli-ahli PMUMSKAL, yang dijemput hadir bagi membincangkan bersama-sama isu yang boleh disamakan dengan isu Negara. Penjelasan terhadap isu café telah membuka mata pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan susulan. Setelah isu ini telah diutarakan semasa 2 kali dalam persidangan PMUMSKAL diadakan. Setakat ini, info melihat ada perubahan dari segi infrastruktur yang telah diperbaiki. Pertambahan bumbung café berhampiran kolej kediaman pelajar siswi adalah usaha yang setakat ini dapat membuka mata pelajar yang hanya suka mengkritik di balakang. Buat pengetahuan semua permasalah ini bukanlah dari pihak atasan, tetapi menurut prof lagi, kekurangan peniaga yang sanggup menjual menjadi masalah mengapa café menawarkan perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Selesai membincangkan isu café, wakil daripada ahli JAKMAS iaitu Saudara Mohd Firdaus telah mengutarakan isu Susur Gajah. Isu ini sudah menjadi tradisi untuk diperbincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat atau persidangan-persidangan persatuan mahasiswa Kampus Antarabangsa Labuan. Saudara Mohd Nashad selaku Naib Presiden KAL sendiri memberitahu kepada ahli mesyuarat kali ini bahawa sekarang Susur Gajah dalam pembinaan fasa yang terakhir. Tetapi selepas mendapat penjelasan daripada Prof Syed Azizi susur gajah tidak perlu untuk diwujudkan kerana kos pembinaan sahaja mencecah ribuan ringgit. Walhal kos untuk pembangunan UMSKAL telah diperuntukan untuk perbalanjaan RMK ke 9, iaitu pembinaan bangunan di hadapan menara yang menempatkan Perpustakaan dan dewan kuliah. Dijangkakan pembinaan tersebut akan bermula pada 2010.

Satu usaha yang bagus untuk diteruskan. Persidangan kali ini juga ada membincangkan tentang isu keselamatan pelajar semasa Tamu Gadang yang bakal menjelang di KAL. Setiap setahun sekali sebelum pesta konvokesyen diadakan di kampus induk UMS, Pesta konvo akan diadakan di UMSKAL sebagai menghargai pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini. Kerana majlis konvokesyen hanya akan berlangsung di Kampus Utama UMS termasuk pelajar daripada UMSKAL sekali.

Info tertarik dengan isu hedonism yang tertulis dalam blog Setiausaha Agung MPP kali ini (http://www.musliminmukhlisin.blogspot.com) dan sama pendapat bahawa “Hingga ke detik ini, isu hiburan melampau yang bercorak hedonisme yang berlangsung di UMS masih menjadi mauduk utama perbincangan warga kampus yang prihatin dan cintakan ilmu. Pokoknya di sini, jika pihak berwajib seperti MPP mahupun Jabatan HEP dan pihak pentadbiran gagal untuk menyedia dan merancang program-program ilmiah, maka tidak hairan jika budaya hedonisme terus masuk ke dalam kampus. Kalau benar pihak tertentu mahu melahirkan golongan mahasiswa kelas pertama, maka mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan. Jadi tidak ada lagi selepas ini konsert melalaikan yang mencemarkan kemuliaan Dewan Canselor, UMS Idol yang menghalalkan percampuran lelaki dan perempuan, band yang membingitkan telinga di kafe, Tamu Gadang yang menjemput artis tidak bermoral, dan macam-macam lagi”.

Bagaimana kita melahirkan gedung ilmu yang berkualiti andainya kita menerapkan gejala tidak sihat di kalangan mahasiswa-mahasiswi UMS. Sama seperti isu tamu gadang yang diutarakan oleh Naib Presiden KAL namun hiburan tidak di halang hanya bagaimana cara kita melaksakan. Cadangan daripada Naib Presiden sendiri, pengasingan lelaki dan perempuan dan yang bekeluarga semasa konset pesta konvo adalah alternative yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah-masalah tidak diingini berlaku. Mialnya, pencabulan terhadap wanita, botol arak terbiar di perkarangan Masjid Al- Hikmah, kondom terdapat di menara dan ramai pelajar wanita di ganggu oleh pihak luar yang kurang bertanggungjawab. Mungkin ini isu yang tidak sepatutnya berada dalam blog info ini namun sampai bila kita membiarkan perkara ini terus berlanjutan. Diharap kita berjaga-jaga terhadap permasalahan yang mungkin berlaku dalam aktiviti-aktiviti seperti Tamu Gadang, Battel Of the Band, Konset amal dan sebagainya.

Tambahan pula, Saudara Ahmad Aminuddin selaku Presiden BADAR sendiri bersetuju bahawa pembentukan mahasiswa yang lebih berilmu perlu diutamakan daripada kita menjemput artis-artis yang tiada kaitan langsung dengan akademik pelajar. Daripada hasil perbincangan dalam persidangan ini ramai yang sepakat untuk bersama-sama turun padang untuk menyelesaikan masalah juga isu kebajikan mahasiswa yang menjadi buah mulut pelajar setiap hari.

Persidangan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama Prof Syed Azizi, En. Zamri selaku Tim. Pendaftar Kanan HEPA, En Zulkeflee Abd Razak Pengetua kolej beserta barisan pimpinan pelajar PMUMSKAL oleh En Azri Onn.

(Huzailah Binti Abd Lasani, Exco Penerbitan dan Informasi-KAL, MPP sesi 2007/2008)

No comments: