Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...
Friday, October 31, 2008
Jadilah manusia yang pemaaf
Thursday, October 23, 2008
Exam Semester I sesi 2008/2009
Kejayaan seorang ayah menjadi idola kepada anak. Gambar di atas merupakan gambar sebuah keluarga yang disinari oleh kejayaan dalam bidang akademik. Setelah Ahmad Razei Abu Bakar, menerima segulung Ijazah Sarjana dalam bidang Linguistik pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-32 di Serdang. Dengan keazaman dan tekad untuk menjadi contoh kepada anak-anak, seorang bapa kepada 11 orang anak berjaya telah mencapai apa yang diimpikan. Kini anak perempuannya ingin mengikuti jejak ayahnya, yang turut menerima Diploma Pengurusan Perladangan Makanan dan bercita-cita ingin memiliki segulung Ijazah sarjana sendiri.
Pada 3hb November 2008 adalah tarikh bermulanya peperiksaan semester dalam sesi 2008/2009 berakhir pada 23hb November 2008. Diucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar UMSKAL. Good luck to you all. Good Bless you.
Jadual Exam telah ditampal di sudut-sudut info yang disediakan. Pastikan masa dan tempat anda menduduki exam.
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus MPP-UMSKAL
Kerusi UMUM
Tan Guan Loon – 852
Mohd Abdillah Matlin – 764 (Pro Mahasiswa)
Kerusi SPKAL
Aizuddin Ain – 1088 (Pro Mahasiswa)
Qatrun Nada Mohd Latfi – 1031 (Pro Mahasiswa)
Kerusi SSIL
Wong Seng Qui – (Menang Tanpa Bertanding)
Diumumkan selepas Pilihan Raya Kampus yang selesai, jam 5.30 pm di Bilik Seri Menanti
Thursday, October 16, 2008
Warta buat sahabat Mantan MPP = Di mana bermula di sini penghujungnya
Banner yang terpampang di hadapan Perpustakaan UMS Induk menunjukkan pada 16 Oktober 2008 adalah tarikh pembubaran pimpinan MPP sesi 2007/2008 Universiti Malaysia Sabah. Setelah setahun memegang jawatan sebagai Majis Perwakilan Pelajar. Maka, Di mana bermula di sini penghujungnya. Bermakna amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin bukan di bawah kekuasaan kami lagi.
Hidup ini diibaratkan sebuah roda yang berpusing.
Kita bermula daripada bawah, ada waktunya kita berada di atas untuk menikmati hidup yang dianugerahkan dengan rasa penuh rasa syukur. Dan ada sampai waktunya kita akan berada di bawah semula.
Begitu juga dengan ahli MPP yang telah genap memegang PMUMS selama setahun, Pada mulanya bergelar pelajar biasa, setelah ditaklikkan sebagai ahli MPP setahun yang lalu, kini bergelar mantan Majlis Perwakilan Pelajar
Segala kekurangan selama menjadi ahli majlis diharap diperbaiki, tampung kekurangan,
dan kongsi pengalaman bersama adik-adikyang bakal menggantikan kami. Kami ibaratkan diri kami sebagai budak yang baru belajar namun setelah menyertai sebagai ahli majlis,
Alhamdulillah banyak ilmu yang diperolehi, konsep Universiti sebagai gedung ilmu terbukti.
NAMUN, kesedihan akan ada penghujungnya, kerana pewaris kepimpinan negara sentiasa mencari wasilah. Kampus sebagai wadah utama mencungkil bakat dalam diri yang lama terpendam.
Pilihlah pemimpin yang anda rasakan layak untuk manjadi ahli MPP.
Pada 23 Oktober 2008 adalah tarih pembuangan undi.
Jom turun beramai-ramai untuk memilih siapa pemimpin yang sepatutnya.
Pilihan Raya Kampus sesi 2007/2008
Proses Pengundian calon oleh 2000 orang pelajar UMSKAL
Senyuman manis En Zulkeflee selaku Pengetua Kolej Kediaman mampu menambat hati siapa melihatnya. Bilik Sri Menanti
dari Kiri, Saudara Alex Lau Li Ping, Goh Wei Li, Mohamad Imran, Prof Syed Azizi Wafa (Pengarah KAL), Mohd Nashad, Huzailah, Shahirla Azmin, En Faisol, dan En Zamri
6 Orang calon yang berjaya dalam Pilihan Raya Kampus sesi 2007/2008 bersama pihak atasan UMSKAL bergambar selepas pengumuman calon yang berjaya menjadi Ahli MPP. (Ruang Legar Podium)
Pendirian dan Harapan MPP
Wednesday, October 15, 2008
Program ini akan mengumpulkan semua pemimpin pelajar dalam bidang pendidikan iaitu dari semua fakulti pendidikan di IPTA dan semua IPG di Malaysia berkampung di UPSI bagi membentangkan isu-isu pendidikan supaya memberi pendedahan kepada semua mahasiswa supaya peka terhadap isu-isu berkaitan pendidikan. Program yang dirancang diharapkan dapat memberi peluang kepada mahasiswa bakal graduan pendidikan untuk memberi pendapat dan idea dalam memantapkan sistem pendidikan negara kita. SIMPEK 08 akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
PENGENALAN
Perjumpaan tidak rasmi untuk tujuan berdamai
Katanya lagi, "Saya melihat dari sudut yang nyata, cafe sudah dibaikpulih dengan pertambahan bumbung, perkhidmatan dobi telah disediakan dan tidak lupa juga persidangan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (PMUMSKAL) yang pertama kalinya menghimpunkan persatuan mahasiswa yang terdapat di KAL iaitu terdiri daripada MPP, (JAKMAS), (PMSPKAL), (PMSSIL), (BADAR) dan (PRS)." Adakah ini sudah cukup untuk kita tunjukkan kepada warga kampus yang sentiasa ternanti-nanti kebajikan mereka supaya terbela. Info merasakan ini hanyalah cebisan daripada usaha yang mampu dilakukan. Kalau perasan, Isu minor di kalangan pelajar SPKAL selepas pendaftaran juga MPP yang membantu dalam mendapatkan semula kouta yang sepatutnya diperolehi oleh kerana masih ramai pelajar yang mengalami masalah tidak mendaftar kursus. Bersama menjaga kebajika pelajar demi memastikan keselesaan pendorong mereka belajar.
Perbincangan diteruskan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap peristiwa yang sedang menimpa MPP KAL. Ini bukanlah satu masalah bagi mereka namun penjelasan terhadap apa yang sedang berlaku di kampus mendorong untuk info mengutarakan lagi beberapa fakta supaya para pembaca blog sekalian faham situasi yang sedang berlaku sekarang.
Menurut Setiausaha Kehormat MPP sesi 2007/2008, Saudara Inmran Bin Sahul Hamid. "Banyak lagi benda yang sepatutnya kita lakukan tapi kekangan daripada beberapa perkara menyebabkan kita terpaksa menanti arahan daripada pihak yang sepatutnya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti." Hal ini tidak sepatutnya berlaku kepada mereka yang bergelar pimpinan pelajar. Namun ini adalah tradisi yang dilalui oleh pimpinan pelajar setiap sesi.
Manakala INFO pula memberi pandangan dalam perbincangan yang hanya berlangsung selama 30 minit di Bilik Gerakan MPP KAL, Bangunan Pusat Kegiatan Pelajar. "Semalam saya edit blog lagi, dapatlah juga komen-komen yang membina dalam kita menaik taraf blog MPP. Diharap selepas ini, lebih ramai lagi pelajar yang membacanya kerana kita faham mengatasi masalah mahasiswa lesu salah satunya adalah memberi maklumat terkini tentang apa yang sedang berlaku di dalam atau di luar kampus".
Banyak lagi sebenarnya perkara yang dibincangkan namun beberapa fakta di atas boleh dinilai sejauh mana kebenarnya. Info tidak menggalakkan kita menggunakan yahoo messenger digunakan sebagai medan pergaduhan, tapi jadikan ia sebagai tempat untuk meluah perasaan, bagi pendapat yang berguna untuk pembaikpulihan ataupun perkongsian isu yang menarik kelak.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (PMUMS) adalah badan yang bertanggungjawab ke atas kegiatan pelajar seperti yang ditetapkan dalam perbincangan dalam persidangan pertama PMUMSKAL. Diharap penganjuran sebarang program yang dianjurkan oleh pelajar mestilah melalui MPP terlebih dahulu sebelum dihantar ke Hal Ehwal Pelajar untuk diluluskan. Hal ini adalah menjadi punca BOTB menjadi isu dalam perbincangan MPP sebelum ini.
Bersama menuju pendamaian yang seperti sedia kala. Disarankan kepada semua agar berhenti daripada memberi komen yang tidak sepatutnya kerana ia akan menjatuhkan reputasi seorang pimpinan pelajar. Tak tahu bertanya, tak pasti sila cari kepastiannya dan rasa tidak puas hati sela berjumpa dengan mana-mana ahli MPP KAL yang ada sebelum menamatkan perkhidmatan mereka.
Tuesday, October 14, 2008
Minyak turun 3 kali dalam masa terdekat
Seperti yang Info janjikan sebelum ini bahawa blog infomppums.blogspot.com adalah bertujuan untuk menyampaikan info terkini mengenai apa sahaja yang bersifat perkongsian pendapat, memetik daripada akhbar mahupun komen-komen daripada mana-mana pihak.
Atas dasar tanggungjawab juga seperti yang dinyatakan dalam Berita Harian Online hari ini bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam petikan akhbar tersebut bahawa atas dasar kebertanggungjawaban, kerajaan sudah menurunkan dua kali harga petrol. Katanya lagi, tidak mustahil akan turun buat kali ketiga.
Ini adalah satu alternatif yang boleh membantu rakyat mengurangkan bebanan yang ditanggung dan dalam situasi kita sebagai mahasiswa ia dapat menjimatkan perbelanjaan sepanjang berada di Universiti.
Jalan penyelesaian...Tuntutan terhadap syarat
Pada 14 Oktober 2008, 10 malam, telah berlangsung satu mesyuarat berkenaan penerangan tentang Bettle Of The Band dengan pihak yang terlibat. Mesyuarat tersebut adalah bertujuan untuk memberi penjelasan lanjut mengenai perjalanan program Bettle of the Band kepada MPP dan JAKMAS yang baru seperti yang dijanjikan dalam syarat penarikan balik pembatalan BOTB.
Setelah mendapat penjelasan, Info mengetahui bahawa pihak yang memantau program bersama ahli jawatankuasa pelaksana telah menetapkan beberapa terma yang sepatutnya sebagai garis panduan sepanjang program itu berlangsung. Antara terma-terma yang telah dipersetujui adalah peserta hanya terbuka kepada mereka yang berdaftar di IPTA/IPTS dan tiada jemputan luar menyertai pertandingan tersebut seperti kampung yang berhampiran dengan UMSKAL.
Selain itu, tidak penglibatan tidak akan dibuka kepada orang luar kerana dalam senarai penglibatan hanya pelajar dan warga kampus UMS, IPTA/IPTS di borneo yang menjadi peserta dan mereka yang sudi menjadi sponser kepada program ini. Ada dalam lingkungan 50 buah kaum keluarga. Syarat yang telah ditetapkan juga adalah pematuhan etika berpakaian yang sepatutnya. Diharap ini mendapat respon yang positif daripada pihak yang terlibat.
Dalam perbincangan tersebut juga, pihak penganjur menerangkan kenapa ia tidak diadakan di tempat yang tertutup dan diadakan di tempat yang terbuka. Pertama, kerana ia adalah program pelajar dan amat sesuai diadakan di hadapan Pusat Kegiatan Pelajar. Kedua, pertembungan antara program lain iaitu Simposium dan Pendekar Borneo dan menjadi alasan kukuh kenapa tidak dijalankan di dalam Dewan sahaja. Kerana kedua-dua dewan telah ditempah awal. Ketiga, kerana ia adalah arahan daripada pihak atasan (Sila rujuk Pengarah program BOTB berkenaan isu ini).
Memegang prinsip biarlah mengikut kemampuan diri, itulah pesan daripada pihak penganjur agar tidak mengeluarkan lagi isu hangat yang boleh menyebabkan orang mengkritik pendapat seseorang. "Jangan ikut emosi asyik nak bangkang sahaja" Kata seorang lagi komentar dalam blog MPP yang sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja. MPP mempunyai stend dia sendiri dalam membantah sesuatu program. Namun kami pun berfikir secara rasional dan teringat kata-kata pujangga bahawa mengkritik tidak bermakna membangkang, berdiam diri tidak bermakna tidak melakukan apa-apa tapi menerima tidak bermakna bersetuju.
Malam ini adalah malam yang bersejarah bagi kami ahli MPP kerana telah mendapat satu semangat baru untuk memperbetulkan diri menjadi pemimpin yang sepatutnya. Itulah pentingnya mengadakan rundingan secara damai seperti yang tercatat dalam syarat menarikan balik bahawa menjelaskan kepada pihak MPP dan JAKMAS berkaitan program Bettle Of The Band (BOTB) kali ini.
Banyak input-input yang berguna yang boleh Info aplikasikan dalam penulisan risalah atau blog akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi meluangkan masa dengan kami dari barisan MPP untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program BOTB dan berkongsi ilmu berkanaan menjadi seorang pemimpin berwibawa kelak.
Siapa Info sebenarnya..?
Lagi mantap teguran daripada seseorang kawan sekampus juga, "Info nak membela dirilah tu dah takut dengan tomahan yang dilontarkan bertubi-tubi". Bukannya nak membela diri dalam post ini, sebaliknya, selepas info memberitahu bahawa ada kesilapan teknikal dalam post "yahoo messenger full". Ini adalah ujian yang diberikan untuk khas buat Info setelah beberapa bulan lalu tidak melaksanakan tugas untuk menyampaikan meklumat atau isu semasa mengenai kampus mahupun berita daripada luar.
Tapi sebenarnya terfikir juga apa sumbangan yang INFO lakukan untuk kampus sepanjang menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar...? Adakah sudah terlaksana atau hanya sebagai tempat memuaskan diri dengan berpakaian cantik ke kuliah, enjoy sana enjoy sini, tidak pun gunakan duit pelajar untuk kepentingan diri sendiri.
"Mana bah MPP sesi 2007/2008 tidak nampak pun buat kerja..?." Ini lagi satu situasi yang membuatkan Info bengang dengan sesetengah pelajar-pelajar di KAL. Info sampaikan isu Bettle Of The Band kepada warga kampus pun Info dicop sebagai pembangkang. Bukankah blog, infomppums.blogspot.com adalah juga merupakan jalan yang lain info gunakan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai kampus selain daripada risalah. Terfikirkah akan perkara ini..? Nanti tidak pasal-pasal Info tak buat kerja juga, mana boleh..!!! Rasa sikit terkilan juga la.
Ya la sebelum ini satu memo telah dikeluarkan dengan tujuan memberitahu kepada pelajar bahawa sebarang komen bolehlah dihantar ke MPP Room, di Pejabat MPP, PKP. Namun tiada pula Info dapat laporan. Apa kes..?
Siapakah Info sebenarnya..?, Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Kenalilah diri anda Info... Kenapa boleh bertindak sedemikian. Jangan sampai menyalahgunakan blog sebagai medan pergaduhan hanya dengan Isu BOTB.
Koreksi diri anda.
Berhibur tidak salah
Bertemu sekali dalam ruangan infomppums. "Semakin panas blog mpp." Itulah luahan hati seorang yang memberi komentar kepada Info menganai isu Bettle Of The Band (BOTB) dalam ruangan Yahoo Messenger yang disediakan khas untuk pelawat blog MPP.
Tajuk kali ini memang sesuai dengan BOFB dan pembantahan yang dilakukan oleh MPP dan JAKMAS. Bukan untuk suka-suka sahaja tapi lihatlah sendiri. Mantan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan JAKMAS ALPHA, Saudara Mohd Fidaus ada berkogsi isu mengenai BOFB dalam blog peribadinya.
(http://anakbulanmoden.blogspot.com/2008/10/isu-konsert-bukan-masa-mencari-salah.html).
Jom lawat.... Baru kita boleh judge seseorang, Adakah mangsanya MPP... BADAR...ISLAM...? Atau mereka yang siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.
Kongsi sedikit menganai isi kandungan blog tersebut supaya kita tahu mengapa MPP bertindak sedemikian. Ramai yang menyatakan berhibur tidak salah asalkan kena pada tempatnya. Tapi pengalaman yang lepas hiburan diadakan dalam keadaan yang tidak menggambarkan ciri2 seorang pelajar.
Sama-sama explore... Okey....!!
Monday, October 13, 2008
Post komen risalah MPP edisi 1 OKTOBER 2008
Salam Ukhuwah Fillah... Salam Sejahtera... Dan Vanakam…
Risalah MPP edisi 1 Bulan OKTOBER 2008 yang diedar semalam menjadi kontrovesi bagi Info dengan warga kampus. Tapi tidak bagi Info kerana teknik penyampaian isu kali ini agak berlainan daripada yang sebelumnya. Mana tidaknya Info hanya berkongsi mengenai pendapat peribadi terhadap isu kampus mengenai Bettel of the Band tapi disalah tafsir pula. Ramai juga yang memberi komen mengenainya kerana Info ia tujukan khas buat mereka yang sentiasa bijak dalam bermain tentang sesuatu isu. Jelas tak…!!!
Di antara komenter beserta komen yang dapat kumpulkan adalah seperti berikut: (Perhatian..!!! sila baca komen daripada Info juga)- Ada percampuran bahasa melayu dan bahasa baku, pendek kata banyak bahasa rojak.(Dalamcerita)
Komentar pertama.
wogok putih “mmg la , nak jadi MPP coz dapat enjoy kan, dapat ke sana sini, walhal guna duit pelajar juga, bukan ka tu dinamakan duit haram?....
”
Info = Assalamualaikum wogok putih… Semoga kamu berada dalam keadaan sejahtera selalu. Betullah nak jadi MPP dapat enjoy sana, enjoy sini. Pernah tak terfikir apa tujuan mereka enjoy sana enjoy sini…? Nanti silap hari bulan tak nampak MPP bergerak, kata MPP tak buat kerja. Apa kes…? Bukan nak salahkan mana-mana pihak pun, mungkin pembentukan sahsia dalam diri kurang. Tidak semua tau MPP yang enjoy sana enjoy sini mengunakan peluang untuk keluar daripada kampus adalah untuk kepentingan peribadi. Tapi sebagai konsep menuntut ilmu. Berkembangkah ilmu kalau duduk kat dalam kampus je… Fikir-fikirkan…!!! Itulah pula Info menekankan konsep menuntut ilmu luas dan salah satunya keluar daripada kelompok yang ada untuk mencari pembaharuan.
wogok putih “sya ckp duit haram coz 1 benda pun x de yg maju kat umskal ni...konon berjuang utk itu ini, tpi 1 benda pun x nampak..."
Info = Rajin jugi komen, satu tindakan yang digalakkan at least kita orang tau di mana kesilapan MPP kali ini. Takde la orang cakap belakang. Kit
a melakukan sesuatu perubahan perlu melihat kepada usaha. Bukan just melihat dengan mata kasar je. Mungkin bukan waktunya untuk kita memuaskan hati pelajar sekalian pada pimpinan sekarang. Lihat sahaja kampus kita daripada awal ia dibuka sehinggalah sekarang banyak pembaharuan yang mereka lakukan. Misalnya, sebelum ini masalah air adalah masalah terbesar bagi pelajar yang menuntut di UMSKAL. Tapi atas usaha yang dilakukan oleh MPP sesi lepas, Alhamdulillah kita dapat menikmati air walaupun tak sejernih mana. Entah kalau perasan, dalam bulan Febuari, kolej kediaman telah dilengkapi dengan perkhidmatan dobi. Adakah
wogok memikirkan hal ini…? Jawab sendiri. Siapa lagi yang memperjuangkan café kalau bukan PMUMS sesi 2007/2008.
Komentar kedua.warga umskal
“alamak...xde sape bantah pun...kalau ada pun hanyalah pandangan peribadi bukan persatuan...jgn salah anggap...
”
Info= Kepada warga kampus sekalian. Bantahan kita tidak aka
n lakukan secara mengejut, kami mengambil alternatife secara rundingan. InsyaAllah malam ni ada meting dengan Penyelaras. Tindakan berjumpa Timbalan Naib Canselor atau berjumpa dengan Pengarah KAL untuk membuat bantahan terus adalah tindakan bukan seorang pemimpin. Kebanyakan universiti yang sering berhadapan dengan situasi yang sama, demonstrasi adalah jalan penyelesaian untuk bantahan dibuat. Tapi tidak di KAL, kerana ia akan dipandang bertindak extream. Kami bukan macam tu… Perlu untuk Info jelaskan juga. Sebab ia melibatkan maruah seorang pemimpin.
warga umskal
“Islam sama Islam xelok berpecah...bawa berbincang...swot berapa ramai yg mau perkara
ini ada
”
Info = Betul kata warga umskal, Info setuju dengan idea ni. Cuma perlu dilihat kepada kesempatan masa yang kita ada. Mana sibuk dengan assignment lagi.. Meeting sana meting sini lagi… Kelas pun semakin banyak kelas ganti. Macam mana nak buat SWOT. Sempat la juga temuramah beberapa orang pelajar mengenai pertandingan betel of the band, secara keseluruhan daripada 2000 orang pelajar di UMSKAL peratus unt
uk membantah tu memang tidak ramai. Tetapi ini hanya pandangan Info sendiri buat apa nak besarkan sebagai isu gempak satu kampus. Risalah mengenai Bettel of the band ka
li ini hanyalah sebagai perkongsian pendapat. Adakah bukti yang menyatakan bahawa kita tidak boleh terima pendapat orang lain. Boleh kongsi ka…!!
Komentar ketiga.
umskal
“nama ja mpp..pemimpin pelajar konon.pandai sgt ke?keluarkan risalah pembantahan battle of the band.ejaan battle tu pn da salah..nak betulka
n org.
”
Info = Ops, memang typing error "salah ejaan" malah ada juga tertinggal beberapa fasa yang mungkin menimbulkan persoalan difikiran pelajar. Dalam proses kita belajar, Info rasakan ia bukan satu masalah Cuma perlu ada pembetulan dilakukan. Perlu diingat INFO taip menggunakan komputer, tidak mustahilada tersilap tekan. “Terima kasih
atas teguran ditujukan khas umskal yang juga prihatin terh
adap kesalahan pen
ulisan yang saya lakukan.
umskal
mppumskal
.. “takut ke nak
bantah sendirian,sampai nak kaitkan JAKMAS.
mpp?haha..MAJLIS PELAJAR PENAKUT.
”
Info = Tidak juga takut. Boleh je pergi sendiri kalau diizinkan. Berani kerana benar, takut bermakna kita salah. INFO tidak akan berani keluarkan sebarang risalah tanpa kelulusan daripada HEP. Tengok balik dalam risalah tu ada tak cop
HEP atau tidak. Bermakna risalah tersebut boleh di
keluarkan apabila dapat kelulusan dari
pada mereka. Jadi kenapa perlu takut sedangkan dalam syarat penarikan semula Bettel of the band, tersenarai nama MPP dan JAKMAS. Bermakna mereka pun terlibat sama dalam pembantahan program kali ini. Setuju..!!!
umskal
“
MPPUMSKAL skali dgn BADAR..konon n
ak bantah battle of the band.org tak kacau program kamu la..bt pa nak kacau program org lain.jaga la hal sendiri
”
Info = Bahaya…!! Takkan kita nak biarkan kawan-kawan kita lakukan perkara yang salah dari segi adat orang melayu. Mis
alnya, pakai pakaian saiz baju adik sehingga menampakkan bahagian belakang (Pa
kaian yang menjolok mata. Dilihat dari su
dut nilai ketimur
an orang mela
yu itu sendiri memang tidak sesuai), percampuran antara lelaki dan perempuan, dan meminum arak.
Tidak mustahil perkara ini akan berlaku, ada bukti . Takkan kita nak bersekongkol dengan perkara yang tidak baik pula. Satu persoalan terdetik dalam diri
… Apa pula kaitan MPP dengan BADAR…? Oh, patutlah rupa-rupanya 3 daripada MPP di UMSKAL adalah orang BADAR. Tu yang dikaitkan MPP dengan BADAR ye…!! Lihat asal usul pun NP KAL adalah orang BADAR sebelum menjadi MPP, Begitu juga dengan dua sahabat perjuangannya iaitu srikandi-srikandi yang menjadi sayap perjuangan bagi lelaki. Meeting tidak akan bergerak tanpa mereka berdua. Tengok..!! Perlu dinilai semula dalam organisasi perlu ada percanggahan pendapat agar memudahkan kita untuk memilih keputusan yang tidak memberi maslahat kepada semua. Sudah menjadi tradisi MPP setiap tahun, mesti ada kontrovesi dengan program-program yang bakal dilakukan. Jadi saranan daripada INFO agar membuat persiapan awal. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lihat semula siapa yang harus dipersalahkan, sama ada MPP, BADAR atau persatuan mahasiswa mahupun Pegarah program.
Akibat kesuntukan masa INFO perlu berehat seketika bab pagi ini ada kelas. INFO pun student bah… Tapi berkongsi sedikit lagi komen-komen daripada pelajar lain;
AlphaBeta
“time pilihanraya,nak raih undi..smua jd kwn.da jd mpp..mula la gila kuasa.lupa kwn..lupa dunia.asyik nak bantah program sana sini ja..
”
Bukan begitu ba...!!! Adala pula lupa kawan. Sudah tidak tahan dengar orang cakap belakang sakit telinga. Di orang cakap kenapa INFO MPP tak keluarkan isu tentang Bettle Of the Band. At least risalah pun cukup la. INFO buat pun atas dasar nak sampaikan isi hati pelajar, ingat tak Apa fungsi MPP... "Mendengar suara pelajar"... Takkan kita nak berat sebelah bukan sifat seorang pemimpin. Ingat tu..!!!
guruMuZik
“lg psl battle..kn plajar juga yg jd peserta,bt pa nak bantah.dpt jga tengok bakat pelajar program pengajian muzik dr ums.
Boleh ba kalau kau, tapi di UMSKAL memang tak sesuai la. Bab ada sekolah SSIL dan SPKAL jak..!! Cam mana nak buat sekolah Pengajiaan seni pula”
PanAs!!!!!
“pelajar umska!!kali nitime pilihan raya..jgn undi bdk2 BADAR jd MPP. buat kacau je..asyik nak bantah2.menyampah!!!!!
”
Napa orang suka kaitkan MPP dengan BADAR...? Adakah kuasa meraka mampu mengegarkan satu kampus sehingga dikatakan MPP memihak pada BADAR. Walhal hakikatnya, MPP pun bantu juga dalam program-program yang dianjurkan oleh pelajar india, cina dan yang lain-lain. adakah kita buat penilaian terhadap itu. Islam ni ganas sangat ka...? INFO pun tau sintemen agama amat kuat tapi biar bertempat.
Melihat pada sesuatu perkara bukan hanya tersurat, lihat juga yang tersirat. Makluman semua MPPKAL ada blog sendiri yang menjadi saluran atau medium kedua selain risalah. Sebarang perkongsian boleh la diletakkan dalam yahoo messenger yand di sediakan. Kerjasama anda adalah pemuda cara kami menjalankan tanggungjawab sebagai orang tengah kepada pihak universiti.
LAYARI = infomppums.blogspot.com
Salah silap harap dimaafkan...
UPSI-Penamaan calon MPP
Friday, October 10, 2008
Umi Azlim
Bapa mahu lawat Umi Azlim
PASIR PUTEH: Bapa Umi Azlim, bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di China, melahirkan hasrat untuk melawat anak perempuannya itu.
Sehubungan itu Mohamad Lazim Jusoh, 51, meminta bantuan Wisma Putra untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa China bagi membolehkan beliau melawat Umi Azlim yang baru terlepas daripada hukuman mati.
Umi Azlim sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana menyeludup dadah ke China dan minggu lalu Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup.
Bekas pelajar dalam bidang Sains Biologi di Sekolah Makanan dan Pemakanan UMS itu didapati bersalah menyeludup 2.983 kilogram heroin di Lapangan Terbang Shantao empat bulan selepas menamatkan pengajian di UMS dan dijatuhkan hukuman mati pada 15 Mei tahun lalu.
Thursday, October 9, 2008
Info Berkongsi tentang Battle of The Band lagi....
Info berkongsi tentang Battle of The Band lagi...
Kali ini ada bukti yang kukuh mengapa penarikan balik kelulusan bagi mengadakan Program "Battle Of The Band" peringkat IPTA/IPTS. Setelah info sendiri pergi ke Hal Ehwal Pelajar Menara UMSKAL tingkat 2 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pertandingan tersebut bahawa ia akan diteruskan walaupun dalam bulan syawal yang mulia. Adakah ini tindakan relevent untuk menjaga sensetiviti agama Islam itu sendiri.
Setelah penghantaran memorandum bantahan terhadap program Pertandingan Battle Of The Band oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa ia telah diluluskan untuk tidak diadakan semula atas sebab tertentu. Tetapi lain pula ceritanya pagi tadi ia telah di tarik balik untuk diadakan.
Rasionalnya, atas komitment yang telah diberikan oleh pihak IPTA/IPTS lain dalam menyertai program ini, maka arahan penarikan balik kelulusan agar program tersebut diteruskan dengan beberapa syarat:
- Menjelaskan kepada pihak MPP dan JAKMAS berkenaan program tersebut
- menghadkan penyertaan kepada pihak IPTA/IPTS sahaja
- mematuhi segala peraturan tatatertib tingkahlaku dan etika berpakaian yang sedia ada.
- Di mana usaha kita dalam mempertahankan program akademik dengan berbanding program hiburan...?
- Adakah syarat yang ditetapkan mampu mengurangkan gejala pergaulan bebas di antara mahasiswa dan mahasiswi...?
- Dapatkah kita mengatasi kesan negatif seperti program hiburan yang lepas daripada berulang...?
- Mana peranan barisan pimpinan pelajar yang menjadi badan bertindak mahasiswa...?
- MPP di mana tanggugjawab yang sepatutnya anda laksanakan iaitu tindakan selepas menghantar memorandum sekiranya Battel of The Band diteruskan...?
Aktiviti sepanjang Oktober-UMSKAL
- Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dari semua Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan Labuan akan menyertai Program Motivasi SPM dan Strategi di ambang peperiksaan. Program anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) akan berlangsung pada 14hb-15bh Oktober 2008 yang bertempat di Dewan Utama.
- Pertandingan Battle of The Band IPTA/IPTS peringkat Borneo bakal mengegarkan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan pada 17hb-18hb Oktober 2008
- Simposium Kemahasiswaan III peringkat Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia anjuran Persatuan Mahasiswa UMSKAL. Program ini bakal berlangsung pada 17hb-20hb Oktober 2008 di Dewan Thetreatte, UMSKAL. Dijangkakan seramai 150 peserta yang mewakili IPTA dari seluruh negara akan menyertai Simposium empat hari tersebut.
- Program Sinar Aidilfitri anjuran Majlis Perwakilan Pelaar tidak lama lagi. Dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana. Sebelum ini tarikh yang ditetapkan pada 18hb Oktober 2008.
Wednesday, October 8, 2008
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
Dalam perbincangan yang disediakan khas untuk berkongsi sebarang idea atau pandangan, Info sempat menyelitkan bahawa Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Pilihan Raya pada 23hb Oktober 2008. Maklumat yang diperolehi daripada Bendahara MPP UMS, Saudara Hilal Bin Azmi.
Lain pula ceritanya di Universiti Malaya, pembubaran Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang mana berperanan seperti MPP di Universiti lain. Pada 2 Oktober 2008, adalah tarikh pembubaran MPMUM seperti kebiasaan setiap tahun pembubaran MPP setiap universiti. Bertuah badan sudah turun pimpinan.
Namun teka teki yang bermain dipemikiran barisan pimpinan yang masih memegang jawatan sebagai Ahli MPP masih menjadi persoalan. Kampus negara menyatakan bahawa "Semuanya bagaikan nujum pak belalang masing-masing membuat tekaan berkenaan tarikh sebenar PRK.
Walhal, Di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat keputusan bersama para pegawai-pegawai universiti bahawa Pilihan Raya Kampus pada kali ini dilewatkan sehingga bulan Januari terutamanya bagi Kampus-Kampus yang berada di kawasan Lembah Klang. Penyataan ini diutarakan oleh kampus negara yang menjadi sumber bacaan kepada mahasiswa yang peka dengan keadaan universiti di Malaysia. Tambahan lagi, hal ini berikutan tempias gelombang perubahan yang berlaku di dalam Pilihan Raya Umum yang lepas.
Seperti post yang Info sajikan sebelum ini berkenaan pemilihan MPP bukan dipilih oleh pegawai universiti sebaliknya biar pelajar sendiri yang mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan menjadi pemimpin. Kali ini, Info dapat berita terbaru bahawa menurut salah seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) menerangkan tentang pemilihan kali ini juga bukan dibuat melalui proses Pilihan Raya tetapi di gantikan dengan "Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar".
Rasional yang Info boleh utarakan daripada penyataan di atas, ia adalah lebih sesuai digunakan berbanding Pilihan Raya yang khusus untuk Pilihan Raya pemilihan pemimpin negara. Tetapi ini adalah tidak wajar sekiranya kesesuaian nama melambangkan kredibiliti sebuah universiti.
Monday, October 6, 2008
"Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, dan Kebajikan Pelajar"
Universiti-universiti seluruh Malaysia masing-masing mempunyai pertubuhan badan pimpinan pelajar yang juga dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa setiap universiti. Misalnya, Universiti Malaysia Sabah dipanggil Persatuan Mahasiswa Univrsiti Malaysia Sabah (PMUMS). Diketuai Oleh Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan merupakan badan bertindak mahasiswa yang membantu pihak universiti dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar.
Kebajikan... Kebajikan... Kebajikan....
Setiap tahun apabila Perlantikan Ahli MPP bakal turun, pembentangan setiap menifesto menjadi tuntutan setiap pelajar yang ingin suara dan luahan mereka didengari oleh pihak atasan dengan tindakan susulan. Terutamanya apabila mereka memegang tampuk pimpinan pelajar. Malangnya baru-baru ini isu Susur Gajah menjadi topik perbualan Info dengan Mantan Naib President KAL, Saudara Alif Basri. Menurutnya, "Tahun kami pun sudah dapat conformation bahawa Susur Gajah akan dibina 2008. Tapi hingga sekarang tiang pun tidak kelihatan. Mana kuasa MPP untuk menyampaikan suara pelajar kepada pihak atasan...?". Kebetulan pagi tu hujan lebat.
Sebagai penyedap hati, Info hanya menyampaikan apa yang pernah diutarakan oleh Pengarah KAL sendiri bahawa Susur Gajah akan dibina tahun 2009, kita tunggu dan lihat. Terpulang kepada pihak yang menilai.
Begitu juga yang diutarakan oleh Naib President KAL sesi 2007/2008, Saudara Mohd Nashad Mainor. Menurutnya, "Susur Gajah perlu untuk memudahkan pelajar pergi ke kuliah, terutamanya apabila hujan dan panas terik. Sekurang-kurangnya dari kolej kediaman ke menara" Berkata dalam persidangan PMUMSKAL kali ke-3 bulan Ogos lepas.
Tambahnya lagi, "Tidak dapat siapkan semua, sekurang-kurangnya tiang sudah ada berdiri sebelum kami turun pimpinan". Besar harapan tinggi angan-angan. Tapi ini bukan omongan kosong kerana amanah dan tanggungjawab perlu dilaksakan.
Bagaimana pula dengan isu kebajikan di Universiti Teknologi Mara (UITM)...? Pagi ini, Info sedang membuka blog entah siapa pemiliknya. Terpandang satu sudut Informasi, Info terus klik bahagian yang tertulis METRO. Buka sahaja ada berita mutakhir rupanya berkenaan isu mahasiswa di UITM. Info pun memasukkan isu yang ada untuk dikongsikan bersama. Tidak ramai yang boleh mambaca berita yang terkini. Info mengambil inisiatif untuk memasukkan ke dalam blog MPPKAL dan mengulas sedikit berkenaan isu yang dipaparkan.
Dikesempatan yang ada, Info sempat mengulas berkenaan isu kebajikan di UMSKAL sendiri jika dibandingkan dengan isu kebajikan yang hangat di UITM. Mari kita hayati kebajikan bagaimana yang dituntut oleh pelajar samaada untuk universiti atau untuk kesenangan pelajar yang menuntut tersebut.
p/s ulasan daripada dua post terdahulu yang tiada menyatakan hujah, ulasan dan perkongsian pendapat iaitu "Suara MPP: Harga Makanan Mahal Bebankan Pelajar UITM dan "Suara MPP: Masalah Internet Ditangani"
Suara MPP: Harga makanan mahal bebankan pelajar UiTM
MAJLIS Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (MPPUiTM) berharap pengusaha makanan di kampus tidak meletakkan harga tinggi kerana membebankan mahasiswa.
Yang Dipertua MPPUiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris, berkata MPPUiTM sering menerima rungutan mengenai harga, sekali gus meminta pihak terbabit supaya menangani masalah ini.
Menurutnya, MPPUiTM sering membuat pemantauan selain mengharapkan kerjasama pengusaha makanan supaya memahami masalah mahasiswa.
“Dalam situasi ekonomi sekarang, tidak dinafikan harga barang meningkat, masalah ini bukan saja dihadapi UiTM malah semua institusi.
“Bagaimanapun, MPPUiTM berharap pihak terbabit tidak mudah mengambil kesempatan selain cuba memahami masalah dihadapi mereka yang tidak bekerja dan hanya bergantung pada wang pinjaman mahupun pemberian ibu bapa.
“Bagi menjamin masalah tidak terus berlarutan, MPPUiTM akan terus membuat pemantauan dan berbincang bagaimana menangani masalah ini,” katanya.
Pada masa sama, MPPUiTM meminta mahasiswa agar mematuhi etika berpakaian ditetapkan kerana ada segelintir pelajar berpakaian menjolok mata.
“Bukan berhasrat mahu mengongkong cara berpakaian, cuma MPPUiTM berharap mahasiswa peka dan patuh pada peraturan berpakaian ditetapkan.
“Ada segelintir mereka berpakaian tidak sesuai ke dewan kuliah, justeru sebelum dikenakan tindakan, MPPUiTM berharap mereka mengubahnya,” katanya
Suara MPP: Masalah Internet ditangani
MASALAH Internet tanpa wayar yang sering menjadi rungutan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara sedang diatasi secara berperingkat.
Malah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sedang berusaha bagi memastikan masalah itu diselesaikan secepat mungkin.
Yang Dipertuanya, Luqmannulhakim Mohamad Idris, berkata MPPUiTM berharap mahasiswa terutama di kampus cawangan agar bersabar kerana tindakan mengatasinya giat dilaksanakan.
“MPPUiTM memahami masalah itu dan sudah menerima banyak rungutan. Bagaimanapun langkah segera bagi mengatasinya sedang dilaksanakan terutama di kampus cawangan.
“Pemasangan sudah dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya.
Buat masa ini, seluruh kawasan kampus utama di Shah Alam, Selangor sudah menikmati kemudahan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, mahasiswa akan dikenakan bayaran minimum.
“Meskipun ada bayaran, MPPUiTM memberi jaminan ia tidak akan membebankan.
“Langkah memberi penerangan sudah dilakukan di semua fakulti agar tidak timbul masalah.
“Bagi mahasiswa yang mendaftar, mereka akan menikmati kemudahan mengakses semua laman web universiti dengan percuma,” katanya.
Pemergian mu
Blog di atas adalah maklumat lanjut berkenaan satu insiden yang menimpa pelajar. Satu kemalangan jalan raya yang menimpa sebuah kereta kenari menyebabkan seluruh warga UMS yang beragama Islam bersedih menyambut raya tahun ini. Dua hari lepas sewaktu perjalanan pulang dari Tawau ke Kota Kinabalu dalam satu konvoi Raya, 3 orang adik beradik yang berada dalam kereta telah menjunam ke dalam gaung disebabkan oleh terlanggar sebuah pokok. Kejadian berlaku di jalan Papar-Kinarut selekoh tajam dan ini telah mengakibatkan 3 orang meninggal dunia, seorang di tempat kejadian manakala dua orang lagi dilaporkan meninggal dunia semalam. Informasi ini diperolehi daripada pelajar yang sempat ditemubual semalam. Salah satu daripada mangsa adalah pelajar UMS.
Kita sambut Raya dengan kegembiraan, tiba-tiba berita kematian pelajar tahun 2 UMS Induk iaitu Siti Aisyah Bakri menyebabkan pelajar lain di UMS turut merasai pemergiannya. Teringat kata-kata seorang teman "Mati itu adalah pasti" sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa hidup di dunia tidak akan lama. Sejauhmana kita menjaga kesihata dan keselamatan diri adakah kita merasa sihat kita tidak merasai mati. Kejadiaan di atas menggambarkan bahawa usia bukan penentu kita kembali kepada Tuhan. Usia muda sudah bertemu ajal seperti Siti Aisyah adalah bukti bahawa hidup di dunia hanya sementara.
Pergi mu tidak akan kembali...
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.
p/n Sebarang kesilapan informasi mohon dinilai, yang penting kita ambil pengajaran daripada post di atas.
maklumat lanjut
http://sitiaisyahbakri08.blogspot.com/