Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Wednesday, April 21, 2010

SALAM IMTIHAN

KEPADA
SEMUA WARGA UMS
SELAMAT MENDUDUKI EXAM
"DO THE BEST AMONG THE BEST."

Sunday, April 26, 2009

!!!!...Final Exam...!!!!

Rasanya agak lama juga tidak posting dalam blog ni. Maaf dr semua. Exam telah bermula, kini meja-meja di bilik dipenuhi dengan buku, nota-nota untuk menghadapi exam masing-masing. Sebelum memulakan sesuatu kita kena betulkan niat, Kita belajar bukan kerana exam. Tetapi untuk kita menuntut ilmu sebagai bekalan kelak.

All the best untuk semua..!!!!

Semoga berjaya menghadapi peperiksaan akhir.

Do the Best Among the Best...!!!!

Wabak Penyakit selesma babi

SARS merupakan sejenis penyakit WABAK SELESMA yang disebabkan oleh ayam. Terbaru berita TV 3 pukul 8 pm semalam memaparkan sejenis penyakit terbaru yang di kenali sebagai Selesma Babi. Dengar nama kita da meluat apalagi hendak melihatnya sendiri. Bagi sesiapa yang pernah ke negara seperti yang disebutkani pagi tadi dalam berita pagi ini di TV dikehendaki melaporkan dengan segera kerana untuk tindakan berjaga-jaga.

Monday, April 6, 2009

Malam Penghargaan HEP ke 12 UMS Induk

5 April 2009 - UMS INDUK, Malam Penghargaan HEP ke 12 yang telah berlangsung di Sheraton Hotel, Kota Kinabalu.

Matlamat program ini diadakan adalah menghargai mahasiswa/mahasiswi yang banyak berjasa dan menyumbang kepada Universiti dari sudut aktiviti kemahasiswaan.

Anugerah yang berjaya dimiliki oleh UMSKAL adalah dari Program Simposium, dibawa kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008. Pengarah program Mohd Inmran Sahul Hamid.


Friday, March 20, 2009

Intelektual dalam komersialisme

Intelektual dalam komersialisme

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com

Apabila universiti dikorporatkan, ramai yang berdebat bahawa intelektual dan kualiti pendidikan akan tergadai kerana komersialisme. Benarkah begitu?

Wednesday, March 18, 2009

Berhati-hati ketika menerbitkan sesuatu cerita

Penerbit pertahan karya songsang

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan drama yang berunsurkan gay dan lesbian menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menyokong perjuangan yang tersirat dalam karya-karya mereka.

Penerbit filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, tujuan utama mereka mengangkat tema sedemikian kerana mahu masalah itu ditangani.

“Gejala gay dan lesbian sedang berleluasa, mereka (NGO) kena bantu kaji dan bukan pejam mata saja,’’ ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Raja Azmi, disebabkan sikap tidak ambil peduli itu, gejala tersebut telah berkembang dalam diam.

“Saya bukan bodoh mahu menampilkan adegan yang kemudian tidak diluluskan dan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia cuma digambarkan menerusi seni. Masih ada batasan dalam kami berkarya,’’ jelasnya.

Bagi penerbit telefilem Mabuk Estrogen yang juga memaparkan tema cinta songsang, Sheila Rusly, masanya sudah tiba untuk masyarakat berfikir mengenai masalah gay dan lesbian.

“Sampai bila kita mahu ia menjadi isu yang terbiar begitu sahaja. Jika tidak lama-kelamaan masyarakat kita menjadi semakin parah angkara tidak memahami apa yang berlaku,’’ ujarnya.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

Monday, March 16, 2009

Di manakah lokasi ini..?

Suasana yang menyakitkan mata memandang. Sebahagian UMSKAL yang mempunyai bangku tempat untuk duduk di hadapan Dewan Utama telah dicemari oleh sampah sarap. Implikasi daripada sikap pelajar yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata telah menyebabkan kejadian di atas. Mahasiswa pemangkin kepada pembangunan universiti. Jika perkara berlarutan bagaimana kita hendak melahirkan mahasiswa yang pembersih..? Kita tidak akan mampu untuk melahirkan mahasiswa bertanggungjawab memjaga alam sekitar. Siapakah yang harus dipersalahkan.

Saranan, Kepada semua pihak jagalah alam sekitar di UMSKAL. Kepada pihak yang sepatutnya, tolong sediakan tong sampah supaya mudah untuk membuang sampah dan tidak akan wujud pelajar buang merata-rata.
Inisiatif sendiri untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya. Kesedaran dan kehendak mengatasi segala-galanya.

Kebersihan tanggungjawab bersama..!!!