Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Sunday, November 30, 2008

Debaran Menanti anda

Exam sudah pun tamat pada 23 hb November 2008, Kini tibalah masanya untuk kita menantikan keputusan dengan penuh debaran.

Info doakan semoga berjaya dalam semua mata pelajaran yang diambil untuk Peperiksaan akhir sesi 2008/2009

Kepada mereka yang berada di tahun akhir dan mengambil praktikum pada semester hadapan. Selamat berurusan.. !! Semoga berjaya mendapat tempat yang dipohon.

Selamat bercuti kepada semua warga kampus seluruh malaysia...

Thursday, November 20, 2008

Pengangguran

"Peningkatan pengganggur di kalangan siswazah."
Situasi ini sering menghantui pemikiran siswazah apabila berada di tahun terakhir pengajian mereka. Hal ini berlaku kerana peluang pasaran kerja sekarang semakin sengit di kalangan lepasan siswazah di seluruh Universiti di seluruh Malaysia. Menurut kajian yang pernah disiapkan oleh Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara. Seramai 8500 orang yang memberi responden berkenaan isu penggangguran di kalangan siswazah membuktikan bahawa peratusan penggangguran di kalangan siswazah berada di tahap kritikal.
Berita Harian online menyatakan bahawa Kesan daripada krisis ekonomi global, peluang pekerjaan semakin terhad kepada mereka yang betul-betul layak untuk memasuki peluang pekerjaan yang ditawarkan. Turun naik harga minyak juga menjadi punca peningkatan jumlah pengganggur di kalangan siswazah. Banyak syarikat-syarikat yang menjalankan operasi yang memerlukan tenaga kerja seperti siswazah. Malangnya, tidak ramai siswazah yang berkualiti dihasilkan oleh sesebuah universiti. Oleh yang demikian lebih ramai siswazah yang ditolak berbanding diterima untuk bekerja. Penggangguran juga turut meningkat di kalangan mereka.
Penyelidikan awal terhadap langkah mengatasi pengangguran perlu dititikberatkan bagi mengurangkan jumlah penganggur di kalangan siswazah. Kerjasama daripada pelbagai pihak juga membantu usaha melunaskan jumlah penganggur siswazah. Bersama membenteras gejalah mahasiswa lesu, mahasiswa buta isu juga bersama menghapuskan mahasiswa yang berfikir seperti katak di bawah tempurung.
Gelaran sesuai yang biasa digunakan oleh mereka adalah SISWAZAH KEHORMAT. Perli daripada pelbagai pihak mendorong untuk info berkongsi isu pengangguran yang melibatkan siswazah kerana kita bakal bergelar siswazah kelak. Bangkitlah mahasiswa menjadi siswazah yang grade dengan pointer 4 di samping good in public relation. Akademik mantap seiring dengan menyertai aktiviti kemahasiswaan.
"Mahasiswa Peneraju Kebangkitan UMMAH di Arena Global"

Wednesday, November 19, 2008

Student Invisible


(Air mata ayah ibu menantikan kepulangan Siti Atiqah, mengharapkan kepulangan anak bongsunya daripada 4 orang adik beradik)

PENDANG: “Sehingga kini, hati saya sentiasa risau kerana belum menerima berita keadaan Siti Atikhoh selain bimbang jika dia dijual sindiket atau dibawa lari ke Lombok, Indonesia,” kata Siti Aisyah Salleh.

Siti Aisyah, 56, ibu kepada Siti Atikhoh Shamsudin, 23, pelajar tahun dua Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilaporkan hilang sejak 10 September lalu, amat merindui serta bimbangkan keselamatan anak bongsu daripada empat beradik itu.

Keadaan itu membimbangkan keluarganya kerana tiada khabar berita sejak dua bulan lalu, selepas pelajar itu dikatakan berada di Sabah mengikut seorang pengawal keselamatan di UMS, ketika dilaporkan hilang.

Kehilangan pelajar jurusan ijazah kewangan antarabangsa itu disedari rakannya selepas Siti Atikhoh tidak menghadiri kelas.

Perkara terbabit dimaklumkan kepada sepupunya yang turut mengikuti pengajian di universiti itu sebelum memaklumkan kepada keluarganya di Kampung 15 Relong, Mukim Bukit Raya, dekat sini....(bersambung:
http://firahumaira.blogspot.com/2008/11/berita.html)

p/s Di mana kita untuk membantunya....? Berita kehilangan Siti Athiqah sebulan yang lalu baru kini dibincangkan. Kejamkah kita membiarkan adik tersebut. Atau kita lepas tangan macam itu sahaja. Semalam dapat mesej dari seorang sahabat MPP dari USM bertanyakan isu ini. Info hanya mampu menyampaikan maklumat yang ada. Bukti yang kukuh dan berasas.

Monday, November 17, 2008

Idris vs Rafiah

Idris vs Rafiah - more important is the sharp fall in standards of Malaysian universities


Read more.....

(http://blog.limkitsiang.com/2008/11/18/idris-vs-rafiah-more-important-is-the-sharp-fall-in-standards-of-malaysian-universities/)

Saturday, November 15, 2008

Obama meneraju dunia

Pada 5 November 2008 adalah hari bersejarah bagi beliau setelah dinobatkan sebagai President yang paling muda. Kepetahan Obama berkata-kata menjadi pendorong rakyat Amerika Syarikat menyokong untuk menjadikannya President ke 44. Kuasa di tangan beliau mampukah ia mengisi kemenangannya yang telah meneraju dunia.

(http://www.youtube.com/watch?v=cfjQujYrfEk)

Wednesday, November 12, 2008

Mahasiswa dengan realitinya

Assalamualaikum w.b.t... Salam perpaduan....

Cm mn exam..? Ok tak setakat ni...? Share cerita sikit. Apakah realiti mahasiswa hari ini... Pendapat anda sebagai mahasiswa...

Tuesday, November 11, 2008

Isu Pra Pendaftaran Kursus

Info ringkas,
Bermula 7hb November 2008, Pra Pendaftaran kursus untuk semester pendek iaitu Januari hingga Mei 2009 telah dibuka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sebarang "TrafficJam"= kesesakan lalu lintas dalam rangkaian internet yang sentiasa mendapat kunjungan paling ramai setiap hari. Untuk memudahkan proses pra-pendaftaran, lawat laman web http://smp.ums.edu.my/ untuk tujuan pendaftaran.
Kemudian anda dikehendaki untuk membuat satu salinan bercetak dan diserahkan kepada sekolah masing-masing.
Sebelum dihantar ke sekolah masing-masing anda dikehendaki untuk mendapat tandatangan daripada mentor atau ketua program untuk tujuan pengesahan bahawa anda telah mendaftar untuk semester hadapan.
Peringatan daripada En Kamal Char, bahawa pastikan anda telah mengambil cukup jam kredit untuk tujuan konvokesyen kelak. Kerana dikhuatiri masih ramai pelajar yang belum mengambil jam kredit yang mencukupi.
Sedikit perkongsian daripada info sendiri, untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang perlu disertakan dengan usaha kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hidup mahasiswa.
Sekian terima kasih.

Perhatian..!!!

Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera dan salam perpaduan....
Beberapa pengumuman yang ditujukan khas kepada seluruh warga kal:
1) Selamat menduduki Final Exam HE19, HE20, HE21, HE22, HE23, HC12, HC13
2) Lajnah Kebajikan dan Akademik (LKA) Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) akan mengadakan:
"Proses Pengumpulan Nota/ Buku Terpakai. "
Kepada mana-mana individu/ organisasi yang mempunyai nota/ buku untuk disumbangkan, bolehlah berbuat sedemikian kepada LKA BADAR.
Pusat pengumpulan tersebut akan dibuka bermula pada 15 Oktober 2008 di Bilik Gerakan BADAR.
Hubungi: Norazlina (013-5407786) untuk maklumat lanjut.
Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai… Sekian, harap maklum…
“MOTIVASI KE ARAH KECEMERLANGAN” “BERSAMA MEMASYARAKATKAN BADAR”
3) Beberapa pelajar telah ditangkap kerana didapati meniru dalam dewan peperiksaan. Ini adalah dinamakan kecurangan akademik. Ia merupakan satu tindakan yang tidak sihat di kalangan pelajar. Etika ketika menuntut ilmu perlulah dihayati. Tidak berkat kiranya kita melakukan kecurangan dalam menuntut ilmu. Agama masing-masing ada menekankan perlu bersikap jujur dan amanah, jalankan tanggungjawab anda. Tidak digalakkan sama sekali membawa nota/ jawapan atau kertas yang bertulis seakan-akan jawapan. Kerana ini adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya ada kepada seorang pelajar yang inginkan kejayaan.
4) Bersempena dengan minggu exam, kita digalakkan untuk mengadakan study group. Tidak digalakkan sama sekali sport soalan kerana tidak semua akan keluar dalam exam. sebagai kesimpulannya, cover semua chapter yang di gariskan akan keluar exam.
Sekian terima kasih.

Sunday, November 9, 2008

Perancangan semasa belajar

Merancang untuk gagal.... adalah perkara yang tidak berfaedah. Tapi sebenarnya kalau kita gagal untuk merancang adalah lebih baik daripada kita merancang untuk gagal. Renung dan fikirkan.