Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Wednesday, September 24, 2008

Sembang Raya

UMS kini dilanda kesunyian yang teramat sangat. Hari demi hari, semakin ramai pelajar yang balik kampung halaman, maklumlah dah nak raya. Seminggu sebelum raya telah ramai yang berada di rumah untuk meanti detik tibanya Syawal. Mesti bestkan dapat jumpa famili.

Cuti... Cuti.. Cuti... Yeah.. Yeah.. Yeah.. Suara kegembiraan menyelubungi diri seorang pelajar yang tidak sabar menantikan kepulangan ke kampung.

"Tidak lama lagi dah nak balik". Detik hatinya menyatakan kegembiraan.

Sementara melayan perasaan kegembiraan, tetiba dia terdengar suara dari belakang,

"Malam ni jangan lupa tau, datang masjid kita tarawih sama-sama. esok da nak balik kan..!!!"
Kata roomatenya yang setia.

"InsyaAllah". Katanya

Tiap-tiap malam masjid Al-Hikmah di UMSKAL diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan amalan di bulan yang mulia. Kini kita berada pada 25 hari berpuasa, dan tidak lama lagi kita berada di penghujung Ramadhan. Masuklah pula bulan baru iaitu Bulan Syawal. Diucapkan:

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

1429 Hijrah, Tahun 2008

Kepada mereka yang tidak balik... Jangan bersedih kerana Hari Raya tetap disambut dengan gembira walaupun tidak bersama keluarga. Kerana bersedih di pagi raya adalah digalakkan bagi memberi penghargaan kepada diri kerana telah berjaya menghabiskan puasa selama sebulan.

UMS tetap menyedikan pelbagai aktiviti untuk meraihkan pagi Syawal kelak. Diantara pengisian yang menjadi kebiasaan apabila menjelang raya adalah Solat Sunat Aidilfitri, berbuka puasa, menikmati juadah dan lawatak pergi ke kampung-kampung sekitar Labuan. Jangan hanya duduk di bilik, datanglah ke Masjid Al-Hikmah UMSKAL. Bagi memeriahkan lagi sambutan raya tahun 2008.

Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang. Selamat Pergi dan Selamat kembali. Jangan main mercun tau... Nanti terbakar diri sendiri. UMS yang setia menanti dan mengalu-alukan kedatangan semua agar kembali dalam keadaan sedia kala.

UMS mula cuti pada;

27 hb September 2008-5hb Oktober 2008

dan akan kembali seperti biasa pada;

6hb September 2008



Harga minyak relate dengan Mahasiswa

Harga minyak turun 10 sen

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.

- Utusan

Ulasan,

Ini adalah satu berita baik yang boleh Info kongsikan. Diharap penurunan harga minyak kali ini membantu sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh pelajar khususnya mahasiswa. Kerana selepas mengumumkan kenaikan harga minyak empat bulan lepas menyebabkan bebanan yang besar ditanggung oleh mahasiswa. Hal ini berlaku kenaikan harga barang seperti harga minyak kereta, alat tulis dan paling kenaikan harga makanan.

Dengan pinjaman PTPTN ynag hanya mampu menampung yuran pengajian dan buku mendorong kepada pelajar yang terpaksa mengawal pemakanan sehingga ada yang sanggup mengikat perut untuk menampung keperluan untuk belajar. Walhal bagaimana hendak belajar kalau perut kosong. Walaupun kita digalakkan untuk berlapar namun tiada tenaga akan menyebabkan otak berfikir untuk benda lain. Fokus untuk belajar akan hilang. Ini adalah satu gejala yang tidak sihat di kalangan mahasiswa.

Penurunan sebanyak 10 sen menggambarkan mahasiswa dapat menarik nafas sekurang-kurangnya lega daripada menanggung bebanan untuk mencari bekalan makanan. Nasi sumber tenaga yang sedikit sebanyak membantu menguatkan badan. Badan sihat, minda cergas dan otak pun berfikir mantap. Walaupun tiada kaitan namun usaha untuk menyampaikan ilmu kepada yang boleh menerima.

Keputusan Rasmi-Memorandum Battle of the Band

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Battle of the band yang menjadi topik perbualan warga kampus ramadhan kali ini, membuktikan bahawa ia tidak sepatutnya berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Menurut En Zamri yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, adalah tidak wajar battel of the band diadakan terbuka kepada orang luar kampus. Tidak menjadi masalah kiranya konsert ini diteruskan tetapi hanya terbuka kepada pelajar dalam kampus sahaja kerana dikuatiri akan menyebabkan keadaan tidak terkawal.

Hal ini berlaku kerana seperti konsert lepas yang pernah diadakan di UMSKAL, dua tahun berturut-turut artis Malaysia dijemput iaitu Fiqh, Filex, Zainal Abidin dengan dihadiri oleh warga kampus dan masyarakat labuan memberikan kesan yang negatif. Misalnya, MPP terima aduan terdapat botol-botol dan tin-tin arak bergelimpangan ditemui pad keesokan harinya. Ini adalah gejala yang tidak sihat kerana dikhuatiri pelajar sendiri yang meminum benda tersebut.

Di samping itu juga Pesta Konvo yang sepatutnya untuk meraihkan pelajar-pelajar yang cemerlang dipenuhi dengan pengisian-pengisian kurang enak di pandangan mata seorang bergelar mahasiswa. Maksiat sana-sini, pasangan couple ke hulu-ke hilir berdua-duaan, pelajar lelaki yang melihat pelajar perempuan yang berpakaian seksi dan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Tidak mustahil gejala ini akan berulang sekiranya "Battle of the band Borneo Band Hunter" diteruskan. Mendengar ulasan daripada En Zamri dan beberapa orang pelajar tahun satu, menyebabkan info menarik nafas panjang merasa lega dengan berita baik tersebut bahawa Battle of the band dibatalkan.

Cadangan yang bernas daripada beberapa warga kampus yang sempat Info temubual. Mereka mencadangkan agar Battle of the Band boleh dijalankan tetapi biarlah di kawasan yang tertutup, tertutup di sini bermaksud, ia ditujukan khas untuk warga kampus sahaja. Selain itu, Naib Presiden MPPsesi 2007/2008 turut memberi cadangan agar setiap konsert yang dijalankan di sekitar kampus perlu mematuhi procedur-procedur yang wajar untuk dipertimbangkan. Misalnya, Pelaksanan konsert iaitu setiap konsert yang diadakan perlu ada pengasingan antara lelaki dengan perempuan. Tidak salah penyanyi dangdut dijemput tetapi dikhaskan mengikut jantina, sekiranya penyanyi tersebut wanita maka penontonnya adalah golongan perempuan dan sebaliknya.

Mencegah lebih baik daripada merawat, peringatan daripada doktor pakar ini mampu memberi impak yang amat besar. Kerana sekiranya kita tidak dapat menyekat manusia untuk berhibur adalah wajar untuk kita mengurangkan maksiat yang berlaku. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan bebanan yang bakal ditanggung apabila bertemu dengan tuhan kelak. Bukan memihak kepada agama tertentu, tetapi atas dasar tanggungjawab untuk membantu warga kampus.

Teguh pendirian adalah ciri seorang pemimpin. Diharap post yang berkaitan Battle of the Band ini menjadi kenyataan bukan hanya omongan kosong. Kerana ini adalah amanat iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perkara yang tidak baik. Dalam kita menganjurkan sesuatu program seharusnya mematuhi etika kita sebagai seorang mahasiswa kerana universiti ada gedung menuntut ilmu bukan untuk mencari hiburan semata-mata. Nilai diri kita semula, sejauh mana kita melaksankan tanggungjawab sebagai pemimpin.


"UNIVERSITI GEDUNG MENUNTUT ILMU"

Sunday, September 21, 2008

Hedonisem

Apa sebenarnya Hedonisem ni..?

Ada kawan bagi komen dalam yahoo mesengger blog infomppums.blogspot.com. Nama dia = hedonists palsu, ada mencadangkan untuk memuatkan isu hedinosem dalam post blog ni.

"boleh tak bincang tentang hedonism". hedonists palsu,

Lepas tu INfo pun reply, "terima kasih cadangan".

Dia reply lagi . ok...sy tgu...skdr ingin mmhmi mksd hedonism mnurut pndgn org lain...


Berat juga tangan nak taip. Tapi nak kongsi ilmu, Info cuba untuk sampaikan apakah erti Hedonisem..? Definisi Hedonisem yang boleh Info kongsikan adalah...

Hedonism is the philosophy that pleasure is of ultimate importance, the most important pursuit. The name derives from the Greek word for "delight". Ini adalah petikan daripada Wikipidia. Dalam istilah bahasa yang biasa digunakan "Hedonisem" adalah hiburan yang melampau. Hedonisem merupakan satu budaya. Lebih dikenali dengan Budaya Hedonisem. Budaya hedonisme merupakan budaya yang menjadi trend terutama golongan muda. Sekarang dah tak pelik budak-budak sekolah tahu clubbin, free sex,layan ganja dan sebagainya. Dalam kontex kita sebagai mahasiswa, Info memberi pendapat bahawa Hedonisem adalah satu gejalah yang tidak sihat untuk kesihatan fizikal dan mental kerana hiburan yang melampau boleh menyebabkan kesan yang mendalam terhadap seseorang individu.

Bersama kita mencari maksud atau definisi Hedonisem. Sekiranya ada idea yang bernas dan boleh diperdebatkan mengenai Budaya Hedonisem. postkan komen anda ke Blog mpp di alamat infomppums.blogspot.com.

Bersama ke arah membentras gejala tidak sihat di kalangan mahasiswa sekarang.





Keputusan Rasmi Pilihan Raya JAKMAS 08/09

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Salam Ukhuwah Fillah... Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan...

Pada 19 September 2008 yang lalu proses membuang undi untuk Pilihar Raya Jawatankuasa Kebajian Mahasiswa (PRK JAKMAS) telah dijalankan di Bilik Seri Menanti, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Pemilihan yang telus daripada proses membuang undi amatlah ditekankan. Dalam pada itu, usaha dan tungukus lumus kakitangan Hal Ehwal Pelajar dalam menyediakan keperluan selama pilihan raya disertakan dengan pendekatan calon untuk meraih undi serta kerjasama daripada semua pelajar dapat memeriahkan lagi Pilihan Raya kali ini.

Keputusan yang diperolehi selepas daripada PRK JAKMAS membuktikan masih ramai mahasiswa yang berkarliber dan mempunyai ciri-ciri untuk memimpin. Dengan itu, berikut adalah keputusan rasmi undian untuk PRK JAKMAS sesi 2008/2009:

JAKMAS ALPHA
JA004 - ABDUL RAHIM BIN JAMEH (352, 9.318 %)
JA001 - STAMLIE BIN SAPIREH (334, 8670 %)
JA002 - MOHD ZAIDI BIN DIDING (323, 8.463%)

JAKMAS BETA/MUTIARA
JB005 - NURHIDAYAH BINTI YAHYA (872, 8.220 %)
JM001 - DARLINA BINTI ZAKARIA (871, 8.210 %)
JB007 - MIRAH BINTI MUHD IDRIS (868, 8.182 %)

Amanah adalah tanggungjawab bersama. Di samping usaha mengatasi masalah mahasiswa lesu diharapkan mahasiswa yang aktif dengan berpersatuan menjadi lebih bersemangat untuk memikul tanggungjawab yang telah diberikan kerana pihak universiti percaya anda boleh lakukan kerja. Peranan kita sebagai pelajar juga perlu seiring dalam kita mengejar kemahiran softskill yang amat berguna untuk kita setelah bergraduan nanti. Kerana pasaran kerja yang ada kini tidak melihat kepada akademik semata-mata, kemahiran seperti berorganisasi juga menjadi faktor kita berjaya menjadi orang yang berjaya. Tapi tidak bermakna kita melebihkan berpersatuan akademik diabaikan.


Friday, September 19, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar mancari Bakal pengganti

Sumber: ProM USMDATARN SKUSM

Pro-Maha -siswa telah menasihatkan kepada segelintir Staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) agar tidak masuk campur dalam soal pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini.


“Saya cuma memberi saranan. Jika mereka (segelintir staff BHEP) berminat untuk menyertai PRK kali ini, pada hari pencalonan sila hantar borang. Jom bertanding bersama mahasiswa,” ulas Jurucarakap Pro-M USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.


Sdr. Adi Syahid juga menyeru mahasiswa melakukan perubahan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini.


“Kita pun tahu 16 September telah berlalu. Namun, orang politik, ahli akademik, golongan profesional sehinggalah orang kampung, semuanya bercakap tentang perubahan. Ini bonus untuk Sdr. Anwar Ibrahim di luar sana.


Kita (mahasiswa) yang diberi pengajaran dan digalakkan berfikir, patutkah kita berpeluk tubuh di kampus membiarkan kepemimpinan kita (MPP) diisi oleh pemimpin-pemimpin yang lesu,” tegas Sdr. Adi Syahid.


Majlis berbuka puasa tersebut telah disertai oleh lebih 40 orang aktivis-aktivis baru mahasiswa. Turut hadir adalah calon-calon Pro-M, Majlis Tertinggi Student Progressive Front (SPF), wakil Kelab Remaja Islah Malaysia (KARISME), dan bekas Calon Parti Mahasiswa Negara (PMN), Sdr. Zainulfaqar Yaacob.


Majlis bermakna tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan laungan moto “Bersama Universiti Menjunjung Perubahan”


Mengulas sedikit tentang kenyataan akhbar di atas, Info tertarik bahawa pemilihan MPP kali ini perlu lebih tulus tanpa campurtangan daripada pihak yang tidak sepatutnya. Pemilihan mestilah di kalangan mereka yang rapat dengan bakal pengganti supaya mereka senang untuk mendekati pelajar.


Berkongsi sedikit berita daripada seorang kawan, petang semalam info ada terima panggilan telefon daripada seorang sahabat MPP daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Terkejut juga, tidak pernah-pernah dia Call. Rupa-rupanya dia ingin bertanyakan khabar dan memberitahu Info bahawa Pilihan Raya untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UMM sudah bermula dan kini dalam proses untuk berkempen.


Begitu awal mereka mulakan gerak kerja, contoh terbaik untuk kita buat persedian Pilihan Raya MPP yang dijangkakan berlangsung dalam bulan OKTOBER ini. Sebagai pimpinan pelajar kita mempunyai bebanan tugas yang berbeza kerana kita juga seorang pelajar dan mungkin ada kelebihan dari sudut cara memimpin. Dengan itu, mari kita bersama-sama untuk gerak kerja dalam Pilihan Raya MPP kali ini. Bantuan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan. Begitulah situasi PRK di UMSKAL.


Sementara ada waktu sebelum pilihan raya tersebut, MPP sesi 2007/2008 sedang memikirkan alternatif terbaik dalam pemilihan bakal pengganti MPP untuk sesi 2008/2009. Pilihan Raya JAKMAS sudah berlalu, kini PRK MPP menjadi fokus utama dalam menetukan bakal pemimpin dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (PMUMSKAL).

Update issue in campus

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Dingin subuh menyusuk ke dalam kalbu. Begitulah keasyikan dingin subuh hari ini. Kita masih dalam bulan Ramadhan yang mulia. Hanya tinggal beberapa hari kata berada di bulan baru iaitu bulan Syawal. Adakah anda bersedia untuk untuk menghadapai bulan Syawal yang bakal menjelang.


Info kali ini ingin menyatakan rasa senang hati dan berkongsi cerita tentang kehidupan di kampus KAL sendiri. Melihat pada perubahan yang berlaku, sedikit demi sedikit ada pembaharuan yang berlaku. Sedar tidak sedar cafe pun telah membesar (tambah atap sebelah kiri cafe), nama setiap blok kediaman pun ditukar (rename), setakat ini, kerosakan dalam dewan kuliah pun sedah diperbaiki dengan tiada penghawa dingin beberapa hari lalu. Kini semua telah di renovate menjadi tempat pembelajaran yang lebih kondusif.


Rancangan Malaysia ke 9 juga dijangkakan satu perubahan yang besar bakal berlaku dan dalam perancangan untuk menambah bangunan di UMASKAL, iaitu perpustakaan, bangunan pentadbiran dan dewan-dewan kuliah.


Kita sering terlupa akan perubahan yang berlaku di sini, walhal kita sebagai mahasiswa perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Info ada sedkit ulasan lanjut berkenaan Pilihan Raya Jakmas.


Semalam, dalam sesi Pilihan Raya JAKMAS, seawal pagi pukul 8 hingga pukul 5 petang, datang pelajar silih berganti untuk membuang undi. Pangkah... Jangan tak pangkah... Undilah saya... Saya berjanji akan memperjuangkan hak kita bersama. Itulah laungan yang didengar daripada salah seorang calon yang bakal menjadi pimpinan JAKMAS sesi 2008/2009.


Menarik... Menarik... selepas ini apa-apa yang berlaku di sekitar kampus, bersama kita peka atau dalam bahasa inggeris 'take note' supaya isu mahasiswa lesu, tidak peka dengan isu semasa dan buta isu.

Thursday, September 18, 2008

JAKMAS dan PRK UMSKAL

Beberapa hari lalu.... Info terbaca post blog yang ditulis oleh Setiausaha Agung MPP sesi 2007/2008, di permulaan penulisan Saudara Mursidi memulakan bicaranya. Gendang pilihan raya kampus (PRK) bagi kawasan Kolej-kolej Kediaman di Universiti Malaysia Sabah sudah pun dipalu. Ini menggambarkan pemilihan bakal Jakmas baru untuk mengisi kekosongan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa untuk sesi 2007/2008 yang telah melabuhkan sayapnya pada ari Isnin minggu ini.

Di UMSKAL sendiri meletakkan 14 kerusi dipertandingkan dengan penyertaan seramai 27 orang sebagai calon yang bakal dipilih sebagai Ahli dalam persatuan JAKMAS. Sistem sebelum ini telah berlaku rombakan secara besar-besaran apabila Jakmas Mutiara telah dikurangkan kerusi yang dipertandingkan iaitu sebanyak 3 buah kerusi berbanding 9 pada sesi 2007/2008.

Selain itu, Pilihan Raya Kecil juga turut dijalankan untuk mementukan pemilihan yang lebih telus di kalangan peserta. Jom turun beramai-ramai untuk mengundi. Pilihlah pemimpin yang benar-benar memperjuangkan hak kita sebagai mahasiswa.

Selepas mengetahui PRK pada 15 September 2008, semalam adalah tarikh penamaan calon dan terdapat beberapa calon telah berjaya dijadikan calon-calon Jakmas mengikut kelayakan mereka. Pada 19 September 2008, merupakan tarikh unutk pengundian. Pangka di zon yang sepatutnya. Pilihlah Ahli Jakmas yang berkualiti, berkarliber dan berwibawa di samping berjiwa mahasiswa.

Wednesday, September 17, 2008

Peka dengan keadaan semasa-Isu ISA

Tahanan ISA berkaitan penangkapan Raja Petra Kamaruddin adalah berpunca daripada penulisan blog. Adakah reliven dengan keadaan sekarang...? Bergitulah kenyataan akbar.


Kenyataan Media, (12 September 2008)

BEBASKAN RAJA PETRA DAN TAHANAN ISA LAIN!

Wanita Parti Keadilan Rakyat membantah dengan sekeras-kerasnya akta zalim ISA telah digunakan sekali lagi hari ini.

Kami merakamkan rasa kesal atas penangkapan Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA sebentar tadi. Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini sekali lagi membelakangkan lunas-lunas undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Sikap kerajaan yang terburu-buru seolah-olah menunujukkan ketidakmatangan dalam memperjelaskan isu penangkapannya kepada masyarakat memandangkan ini adalah tangkapan yang berulangkali ke atas Raja Petra.

Pada masa yang sama kita juga mempersoalkan kenyataan daripada Ahmad ismail yang jelas berbau perkauman yang tidak diambil sebarang tindakan tegas oleh kerajaan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri.

Oleh itu, kami mengecam kewujudan “double-standard” dalam tangkapan terhadap Raja Petra Kamaruddin.

Kami menuntut beliau dan semua tahanan ISA yang lain dibebaskan dengan serta-merta.

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KeADILan Pusat



Bersama menuntut keadilan.....


Universiti dan Sekolah Menegah dalam JSI

Kehidupan di UMSKAL. Adakah kita menyelami kehidupan di kampus yang sebenarnya. Ataupun hanya menuntut di sini sebagai untuk memenuhi masa dan aktiviti harian. Mahasiswa yang menuntut di sini merupakan golongan yang menjadi fokus dalam apa jua keadaan sama ada dari sudut akademik, berpersatuan, mahupun aktiviti rutin seperti beriadah, mahupun ke rumah kawan just untuk sembang-sembang kosong.

Berkongsi sedikit cerita mengenai kehidupan di Universiti. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksa kita hadapi selama berada di sini, pengalaman pahit manis yang mengajar erti hidup dan membawa kita berfikir dengan lebih matang dalam melakukan sesuatu.

Pengalaman seperti mempelajari sesuatu yang baru tentang bagaimana hendak menguasai sesuatu mata pelajaran kerana pendekatan yang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di universiti dengan di sekolah menengah. Semasa saya berada di bangku sekolah semua kena suap, berbeza dengan di kampus, kita yang kena berusaha sendiri untuk mencari maklumat sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Sekiranya kita ingin berjaya dalam sesuatu bidang kita kena cari sendiri.

Program Jejak Siswa Intelek (JSI) baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas, Tawau ditujukan khas untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam slot pengisian, Forum pelajar bersama mahasiswa UMSKAL. Di antara yang menjadi ahli Panel dalam forum tersebut adalah Saudara Mohamad Tuah, Saudari Nursharina dan Saudari Huzailah.

Forum ini adalah berkonsepkan interaksi dua hala antara wakil pelajar dengan peserta bengkel. Dalam forum ini ahli panel ada mengulas tentang sistem pembelajaran di antara di Universiti dengan di Sekolah menengah. Bagai bumi dengan langit, sampai begitu perbezaan yang digambarkan bahawa cara belajar di universiti dengan di sekolah menengah terbukti berbeza.

Serba sedikit perkongsian yang saya dapat gambarkan walaupun tidak keseluruhan tapi diharap cetita ini sebagai satu pembakar semangat bahawa bertuanya berada di Universiti.





Tuesday, September 16, 2008

Peristiwa 16 September

Heboh satu dunia blog menceritakan tentang 16 September 2008. Blog Siasah, Blog Anwar, Blog GAMIS, dan banyak lagi blog yang bersama-sama menantikan tarikh keramat bagi negara Malaysia ini. Kali ini, izinkan info untuk mengulas sedikit tentang peristiwa 16 September. Dua bulan lepas isu ini memang akan dijangkakan menjadi isu yang hangat di kalangan penulis blog.

Menurut seorang aktivis mahasiswa, Peristiwa 16 September adalah satu tarikh di mana perubahan pemerintahan kerajaan Malaysia daripada BN kepada Parti Pembangkang dijangkakan akan berlaku. Ini bukanlah bermakna info memihak kepada mana-mana pihak. Tetapi sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan pentadbiran negara yang bersih daripada ancaman, selamat dan suci daripada campur tangan pihak yang tidak sepatutnya.

Namun, 16 September 2008 semalam yang dinanti-nantikan menghampakan rakyat Malaysia termasuk info sendiri apabila perubahan yang dijangkakan akan berlaku tidak menampakkan kesan sehingga ke saat ini. Janji Melayu.... Betulkah ini hanya kata-kata manis daripada Datuk Seri Anuwar Ibrahim (DSAI). Oh tidak, manis mulut berbicara. Setelah membaca akhbar hari ini, DSAI telah berusaha untuk merancang tentang perubahan yang berlaku pada 16 September 2008.
Malangnya, ada berlaku sedikit pertembungan di antara 16 September 2008 dengan lawatan pemimpin BN ke luar negara atas tujuan membuat kunjungan untuk bertemu anggota BN yang dihantar untuk menuntut ilmu dan sebagai duta Malaysia. Kita cuma hendak memberi peringatan "Jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati". Adakah ini perancangan awal yang memang dirancang untuk mematahkan hujah DSAI atau hanya sebagai satu alternatif untuk BN melarikan diri.
Ini sedikit ulasan yang info perolehi daripada hasil penulisan seorang mahasiswa yang menuntut di UMSKAL sendiri. Suka info meambah sedikit apa yang ditulis oleh pelajar tersebut. Dalam mana kita memilih pemimpin yang bakal memerintah negara ia mestilah bersesuaian dengan krateria-krateria yang telah digariskan dalam buku-buku panduan etika semasa memerintah.
Petikan daripada sebuah blog Saiful Islam yang bertajuk "Bagimana hendak memimpin", seorang yang bakal memimpin mestilah seorang yang berpegang kepada prinsip-prinsip yang digunakan oleh Rasulullah. Seorang pemimpin perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam memimpin dirinya sebelum memimpin orang lain. Bijak mengurus masa, berlaku adil kepada semua peringkat umur yang hendak dipimpin. Termasuklah, pemimpin perlu mempunyai sikap yang mengutamakan kebajikan berbanding pentingkan kebendaan semata-mata.
Info hanya ingin berkongsi pengalaman semasa memegang tampuk pemerintahan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar. Kisah DSAI den 16 September menjadi pengajaran kepada bakal-bakal pemimpin bahawa janan kita membuat janji tetapi tidak ditepati. Kerana golongan mahasiswa yang menuntut di Universiti sekarang semakin bijak dan membuat penilaian. Apabila kita emerintah kita adalah orang paling dipercayai, namun jika sekali janji tidak tertunai ia akan menyebabkan sesiapa sahaja hilang kepercayan terhadap pemerintahan kita sebagai pemimpin pada masa itu.
Golongan Intelektual seperti kami tidak patut diabaikan kerana kami pun sebahagian daripada rakyat malaysia yang mengimpikan pemimpin yang jujur, amanah, dan berlaku adil terutamanya daripada sudut kebajikan itu sendiri. Tidak bermakna pemerintahan Pak Lah tiak kondusif tetapi perlu diteliti semula kenapa masih berlaku gejala-gejala yang tidak diingini berlaku seperti rasuah berleluasa, kes culik di kalangan kanak-kanak yang tidak bersalah, dan peningkatan jenayah semakin menakutkan.
"Artikal ini tiada kaitan dengan sesiapa dan tidak ditujukan kepad mana-mana pihak. Cuma ingin memberi pendapa individu terhadap isu yang berlaku di negara kita Malaysia".

Sunday, September 14, 2008

Pilihan Raya Kampus-JAKMAS

Universiti Malaysia Sabah. Hari ini Pilihan Raya Kampus untuk Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) di setiap kolej bermula. Kebajikan anda tanggungjawab kami. Khabarkan kepada mereka yang bakal menjadi pimpinan yang akan datang perlulah mengikut garis panduan yang sepatutnya agar kebajikan pelajar terbela. Sedia maklum bahawa JAKMAS merupakan satu badan persatuan yang ditubuhkan khas untuk mendengar dan mengatasi masalah kebajikan pelajar.

Pilihlah pemimpin yang boleh mengoncang dunia walaupun kuantiti mereka hanyalah sedikit. Era IT yang semakin canggih dengan bahang politik kampus yang boleh membakar semangat untuk mempertahankan hak kita sebagai mahasiswa. Info mengucapkan salam tahniah dan takziah kepada mereka yang bakal mencorak suasana dalam sesi 2008/2009.

Bagi mereka yang menjadi mantan, tahniah juga diucapkan kerana anda sentiasa bersama-sama Persatuan Mahasiswa Universiti malaysia Sabah khususnya, Majlis Perwakilan Pelajar. "Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah"

Battle Of the band

Rasa tidak puas hati mengausai diri. Kali ini Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan semakin dilanda deman konsert. Mengapa hal ini berlaku...? Iklan sana-sini, papan kenyataan memaparkan bahawa Konsert Battle of The Bands (Borneo Bands Hunter) telah terpampang dan bakal berlangsung dalam bula Syawal. Sampai begitu sekali, tidak puaskah melihat maksiat sana-sini, botol arak bergelimpangan, semasa konsert baru-baru ni iaitu Konsert semasa konvokesyen. Nampaknya dijangkakan bakal berulang. Apa tindakan kita sebagai satu badan pimpinan pelajar....? Adakah hanya dengan duduk diam di dalam bilik. Ramai yang terkejut dengan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar kali ini. Lesu dan tidak bermaya. Benarkah hakikat ini berlaku atau hanya di pandangan mata kasar sahaja.

Bangkitlah wahai pimpinan pelajar yang semakin tenggelam di mata. Di mana janji dalam menifesto semasa meraih undi setahun yang lepas...? Check list balik samaada telah terlaksana atau tidak. Beberapa hari yang lalu, menurut salah seorang pelajar tahun 2 mengadu berkenaan kepimpinan MPP sesi 2007/2008 sepertinya tiada fungsi dan tidak mengambil tindakan terhadap yang berlaku di kampus.

Semua sedia maklum bahawa MPP merupakan satu badan yang penting dalam menjaga kebajikan semua pelajar. Benarkah kita melaksankan apa yang telah diamanahkan. Risalah pun lama tak dipublish. Dimana peranan Exco Penerbitan dan Informasi...? Pakaian bukan main cantik, pentingkan penampilan. My personality is important in my life tapi keja.. Hampe... Kasarnya bahasa tapi itulah hakikat yang info dengar daripada mahasiswa-mahasiswa yang tidak habis-habis memberi peringatan ke atas amanah yang senantiasa dilupakan. "Melayu mudah lupa" dan kena selalu diingatkan.

Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai pimpinan pelajar. Macam mana kita hendak memimpin pelajar lain kalau kita sudah mempunyai masalah yang tidak boleh diatasi. Terkena batang hidung sendiri pula selepas membaca blog
Mohd Firdaus Bin Muhammad Nor Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa(Kolej Kediaman Alpha) Sesi 2007/ 2008 "MENTAFSIR REALITI" berkenaan Isu kampus yang sentiasa peka dengan keadaan kamus.

Rupa-rupanya kandungan blog yang ditulis oleh Saudara Firdaus menceritakan dan meluah perasaan berkenaan
Konsert Battle of The Bands (Borneo Bands Hunter). Memang menyedarkan info untuk memberi komen dan memberi pendapat individu ke atas isu tersebut. Info bersetujuh dengan apa yang dinyatakan olehnya. Jom beramai-ramai sertai bantahan terhadap Konsert Battel of the Band yang bakal berlangsung di bulan Syawal yang akan datang. Di mana norma kita sebagai pelajar dan dalam mempertahankan maruah universiti dan menjaga sensifiviti dalam menghormati agama Islam.

Budaya hedonisme yang semakin menular di kalangan mahasiswa semakin merungsingkan pelbagai pihak tidak pastilah pula kalau masih yang tidak sedar hakikat ini. Universiti yang digelar tempat golongan intelektual untuk menuntut ilmu semakin dicemari dengan hiburan yang melalaikan. Adakah anda bersetujuh dengan penyertaan ini. Sudah semestinya ya... Marilah beramai-ramai mengajak kawan-kawan yang berada di bilik untuk turut bersama-sama untuk mengatasi masalah ini. JOM BENTRAS DAN CUBA HALANG KONSERT KALI INI.

Tidak menjadi masalah konsert yang dijalankan sekiranya kita mengambil inisistif yang bertepatan. Walaupun dalam persidangan PMUMS-3 telah membincangkan langkah untuk mengurangkan konsert iaitu dengan mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan namun tiada tindakan susulan yang dibuat. Ini adalah perbuatan yang tiada nilai walhal suara pelajar perlu didengar dan dihayati bagi membuktikan MPP mahupun Persatuan yang lain prihatin terhadap kebajikan pelajar.

"MAHASISWA PENERAJU KEUNGGULAN UMMAH"

Tuesday, September 9, 2008

Bengkel Latihan Dan Bimbingan

Persatuan Pembimbing Siswa (PRS) merupakan salah satu persatuan yang aktif dalam melibatkan pelajar dalam program-program selain akademik. Universiti Malaysia Sabah merupakann salah sebuah universiti yang menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif dalam kegiatan luar daripada akademik. Dengan ini, penglibatan pelajar dalam pelbagai program membantu mereka mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan.

Menjadi matlamat seorang mahasiswa sekiranya tamat pengajian daripada universiti mereka akan mencari pekerjaan untuk menyambung perjalanan kehidupan mereka kelak. Satu usaha yang baik dalam membantu pelajar untuk menghadapi temuduga semasa mencari kerja apabila BENGKEL LATIHAN DAN BIMBINGAN MENGHADIRI TEMUDUGA & CERAMAH "THE POWER OF THINGKING IN CHANGING NEGATIVE ATTITUDE" & " PERSONALITI DIRI PEMBENTUK KERJAYA" diadakan di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Program selama tiga hari ini ditujukan khas buat pelajar yang ada mengikut sekolah masing-masing.

Banyak pengisian-pengisian yang menarik untuk disertai. Antaranya ceramah motivasi, taklimat mengenai temuduga dan ceramah yang boleh membantu dalam pembentukan personaliti dalam diri individu yang ingin berjaya. Sekaligus dengan Majlis Perasmian Penutupan. Pelbagai hadiah ditawarkan untuk mereka yang berjaya menjadi peserta temuduga yang terbaik selepas beberapa peringkat temuduga dijalankan.

Program ini berlangsung selama tiga hari iaitu, 12/Sept/2008 hingga 14/ Sept.2008. Dijemput hadir beramai-ramai ke Podium, UMSKAL.

Pembentukan personaliti menjadi gambaran semasa menghadiri temuduga...



Bengkel, Ceramah dan Praktikal

BENGKEL LATIHAN DAN BIMBINGAN MENGHADIRI TEMUDUGA & CERAMAH "THE POWER OF THINGKING IN CHANGING NEGATIVE ATTITUDE" & " PERSONALITI DIRI PEMBENTUK KERJAYA"


12 Sept 2008-14 Sept 2008

Podium, UMSKAL

"Mahasiswa dangan Kerjaya tidak boleh dipisahkan"

Sunday, September 7, 2008

Cara berpakaian di Kampus yang sepatutnya

Baru-baru kita dikejutkan dengan satu keadaan iaitu didapati ramai pelajar yang melakukan kesalahan dari segi disiplin. Hal ini berlaku apabila pihak Hal Ehwal Pelajar telah mewar-warkan kepada semua pelajar tentang cara berpakaian semasa di kampus. Penguatkuasaan ke atas peraturan yang termakub dalam AUKU iaitu Bahagian II Tatatertib AM, 26: Pakaian Pelajar telah dijalankan bagi mengatasi masalah pakaian seksi di kalangan pelajar wanita.

Satu inisiatif yang baik. Sekurang-kurangnya, melalui usaha murni yang dijalankan oleh pihak universiti dapat membantu pelajar untuk lebih berdisiplin.

Begitu juga berkenaan pemilihan pemakaian kasut. Seorang mahasiswa tidak akan sama dengan pelajar yang berada di tingkatan enam (form 6) dari pelbagai sudut. Pergi ke kuliah pun mesti menampilkan personaliti yang baik supaya kita boleh menjadi role model yang terbaik untuk adik-adik, masyarakat seterusnya negara.

Suatu ketika dahulu, mahasiswa merupakan golongan yang bijak pandai dalam mendisiplinkan diri mereka. Kerana mereka terdiri daripada golongan bijak pandai. Jika mereka meneruskan budaya cara berpakaian yang dibenarkan, tidak sakit mata memandang pelajar perempuan berpakaian seperti tidak cukup kain.

Mahasiswa adalah peneraju kepada keungglan ummah, Inilah slogan yang menjadi sebutan di bibir pimpinan mahasiswa yang tidak pernah lekang dari melihat gelagat pelajar, mendengar luahan pelajar dan membuat penilaian, seterusnya melakukan tindakan yang sepatutnya.

Tidak akan berubah suatu tingkah laku buruk kepada yang baik sekiranya kita tiada usaha untuk berubah. Aplikasikan universiti sebagai medan untuk menuntut ilmu, jadikan ia sebagai tempat yang selamat untuk di duduki.

Wednesday, September 3, 2008

Susur Gajah... menjadi isu hangat PMUMSKAL

Kenapa mahasiswa suka merungut...? Adakah disebabkan mereka tidak berterima kasih dengan kemudahan yang dinikmati...? Inilah hakikat mahasiswa UMSKAL yang sering diutarakan setiap kali mesyuarat-mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KAL. Namun mahasiswa akan terus merungut dengan kemudahan yang mereka nikmati apabila susur gajah tidak kelihatan tiangnya.

Susur Gajah merupakan salah satu kemudahan yang sering menjadi tuntutan menifesto semasa pilihan raya kampus, iaitu pembinaan susur gajah sebagai laluan dari Kolej Kediaman sehingga ke Menara UMSKAL. Ia amat berguna bagi mereka yang menuntut di sini. Terutamanya apabila waktu hujan dan panas. Kesiannya..!!! Mesti panas dalam perjalanan ke Kuliah. Inilah yang info rasakan dan dapat fikirkan apa yang pelajar UMSKAL lalui selama pengajian mereka. Namun, usaha untuk mendapatkan susur gajah telah diutarakan sejak awal UMSKAL di buka. Apa yang menyedihkan lagi... hingga sekarang batang hidung pun tak nampak.

Info sempat terserempak dengan beberapa orang pelajar. Mereka sering bertanyakan tentang susur gajah. Ada seorang pelajar tu... Dia boleh cakap MPP ni tidak buat kerja. Apa yang MPP telah buat. Mana janji-janji manis kamu...? MPP memang tidak buat kerja di hadapan semua pelajar tapi perlu diingat siapa yang bebincang dengan KESUMBER berkenaan isu Cafe...? Siapa yang mendengar aduan daripada pelajar kalau bukan telinga Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, PMUMS... Lepas tu kutuk Exco Penerbitan dan Informasi tidak bertugas. Boringlah dengan kata-kata mereka yang sering cakap belakang tapi tak nak turun padang untuk selesaikan masalah bersama.

Usaha dalam mengatasi rungutan pelajar hanya boleh ditutup dengan berdirinya susur gajah. Tunaikanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita. Jum kita jumpa pihak universiti untuk mengutarakan isu ini.

Kebajikan mahasiswa tanggungjawab kami.









Monday, September 1, 2008

UITM- Isu Hak Bumiputera

  • Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar kuota 10 peratus diwujudkan untuk pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM). (http://www.suaraselangormaju.com.my)

Thailand isytihar darurat untuk reda ketegangan

BANGKOK: Thailand hari ini mengisytiharkan darurat dengan mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima orang dalam usaha meredakan gerakan penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas tercetusnya insiden pergaduhan di jalanan membabitkan ribuan penyokong Perdana Menteri, Samak Sundaravejdan dan kumpulan anti-kerajaan yang mahu beliau menyerahkan jawatan.

Seorang dilaporkan terbunuh dan puluhan lain cedera dalam pergaduhan berdekatan kompleks kerajaan yang dikuasai aktivis pembangkang yang menuntut Samak meletakkan jawatan.

Mereka mendakwa Samak adalah boneka Thaksin Shinawatra, bekas Perdana Menteri yang digugurkan.

“Disebabkan malam semalam tercetusnya keadaan tegang yang memberi kesan terhadap keamanan dan undang-undang demokrasi, kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara," menurut kenyataan yang disiarkan di radio.

Samak melantik komander tentera paling berkusa, Jeneral Anupong Paojinda untuk mengetuai pasukan khas melaksanakan petintah darurat itu bersama Ketua Polis dan Komander Tentera Bangkok sebagai timbalannya.

Pengumuman itu juga menyebut, Anupong kini mempunyai kuasa untuk menyuraikan sebarang perhimpunan dan mengarahkan mereka keluar dari lokasi terbabit.

Polis Thai awal hari ini juga terpaksa meminta bantuan tentera untuk meleraikan kumpulan yang mengadakan protes jalanan.

Stesen tv Thai menyiarkan kumpulan penyokong dan anti-kerajaan yang memakai topi keledar dan membawa belantan bertembung sesama mereka dengan ada yang melontar batu.

“Ada laporan seorang daripada mereka cedera akibat ditembak manakala yang lain cedera kerana bergaduh," kata jurucakap kerajaan tempatan, Peeratong Saichoew. - AFP