Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Sunday, August 31, 2008

Ramadan & Merdeka

AHLAN WAH SAHLAN YA MARHABAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

1 SEPTEMBAR 2008/1 RAMADHAN 1429



SEMATKAN SEMANGAT PATRIOTIK...

SELAMAT MERDEKA...!!!!

31 OGOS 2008/ 29 SYAABAN 1429

Sunday, August 24, 2008

Sukan Olimpik

BEIJING - Sukan Olimpik Beijing melabuhkan tirainya secara rasmi, semalam dengan menyaksikan Malaysia kekal dengan satu pingat perak menerusi badminton untuk menduduki tangga ke-71; satu pencapaian dianggap baik berbanding temasya Athens 2004.

Di Sukan Olimpik Athens 2004, tidak seorang pun daripada sebanyak 26 atlet negara yang mengambil bahagian dalam 11 acara membawa pulang pingat.

Thailand pula muncul negara dari Asia Tenggara paling cemerlang dengan membawa pulang dua emas dan perak untuk menduduki tangga ke-31 manakala Indonesia meraih kedudukan ke-42 dengan membawa pulang satu emas dan perak serta tiga gangsa.

Jiran terdekat, Singapura pula hanya berkongsi kedudukan dengan Malaysia di tangga ke-71 dengan meraih satu gangsa.

Sepanjang hampir tiga minggu sukan berprestij itu berlangsung, hanya pemain perseorangan, Lee Chong Wei yang paling menyerlah di samping acara berbasikal trek menyaksikan peningkatan apabila pelumbanya berjaya menempatkan diri dalam 10 terbaik dunia.

Josiah Ng, Mohd. Azizulhasni Awang dan Mohd. Rizal Tisin masing-masing berjaya memperbaiki rekod kebangsaan dalam acara pecut berpasukan apabila menduduki ketujuh daripada 10 terbaik dunia.

Sementara Josiah dan pelumba berbakat, Azizulhasni pula mencuri tumpuan ramai apabila kehadiran mereka jelas mengancam saingan lain meskipun menamatkan pertarungan di tempat kesembilan dan 10.

Trio memanah negara yang turun buat pertama kali di temasya ini juga boleh dibanggakan pencapaian mereka sekalipun gagal membawa pulang pingat namun telah melakukan kejutan dalam acara berpasukan dan saingan recurve individu apabila mara ke saingan suku akhir.

Sementara bagi acara angkat berat, olahraga, taekwondo, renang, terjun, menembak dan kapal layar masih perlu diberikan perhatian yang sewajarnya apabila wakil negara yang bertanding belum mampu menyaingi pencapaian yang sepatutnya dalam temasya Olimpik.

Ada antara mereka yang masih kaku dan langsung tidak mencapai standard dunia. Mereka tidak sepatutnya datang ke Beijing, sebaliknya ke peringkat lebih rendah seperti Sukan SEA atau Sukan Komanwel.

Pencapaian beregu badminton negara turut memerlukan post mortem apabila gandingan kita sekadar bertahan sekerat jalan sebelum episod duka berulang dengan menjadikan tekanan sebagai alasan untuk kalah.

Selain Chong Wei, pujian juga seharusnya diberikan kepada wakil wanita, Wong Mew Choo yang menunjukkan angin perubahan apabila mara sehingga ke suku akhir yang sudahpun dianggap satu permulaan baik.

Acara renang dan olahraga yang terperap di tangga corot sebenarnya bukan tandingan Malaysia untuk bersaing di Olimpik yang kebanyakannya membariskan juara dan pemegang rekod dunia yang mustahil dikalahkan.

Jika dilihat persembahan keseluruhan atlet negara, masih banyak ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki dari sekarang sementara menunggu temasya London dalam empat tahun lagi.

Malah, dalam sesetengah disiplin tertentu, segelintir atletnya sudah menjangkau lewat usia malah persembahan mereka mulai menurun dan tidak sehebat dulu untuk menyaingi lawan yang segar dan muda.

Mungkin sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru yang lebih berdaya saing dalam persediaan ke temasya London 2012.

Apa jua perancangan yang hendak dicaturkan perlu dimulakan sekarang kerana tempoh empat tahun bukan jangka masa yang lama, malah untuk membina seorang atlet yang benar-benar mantap adakalanya memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Di samping itu, atlet juga perlu didedahkan dengan lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi membiasakan diri mereka bersaing dengan lawan bertaraf dunia di samping mencari pengalaman lebih luas.

Jika tidak, atlet kita akan kekal seperti apa yang kita saksikan sepanjang temasya berprestij ini. Mereka sering hilang fokus dan kaku untuk beraksi menyebabkan segala latihan dan pelaburan yang dibuat ke atas mereka selama ini lebur dalam sekelip mata.

- Utusan


Makan Bola, Tidur bola, Minum coce cola

Kepada peminat-peminat sukan...

Tahukah anda...!!!

Malaysia dan St. Lucia sebenarnya berkongsi satu status - berada pada ranking ke-162 dari segi taraf bola sepak dunia. Kedua-dua negara mengumpul 108 mata, jauh ditinggalkan oleh Sepanyol di tempat pertama dengan 1,557 mata. Itulah kedudukan terbaru yang diberikan oleh FIFA.

Menggambarkan kepada kita bahawa pasukan bola Malaysia tidak lagi layak untuk mendapat status membanggakan dari sudut pencapaian.

Namun jangan bersedih, generasi akan datang harap bolah mengambil inisiatif untuk memperbaiki lagi mutu pasukan bola negara suatu masa nanti.

Pilihan raya kecil

Objek menyerupai dinamit bukan bom

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Objek menyerupai dinamit yang diletakkan di bilik gerakan Puteri UMNO di Kubang Semang tengah malam tadi sehingga menimbulkan kekecohan, disahkan bukan sejenis bom.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dinamit itu berbentuk empat gulungan kertas berbalut secara berkembar dalam satu beg pinggang yang diletakkan di atas meja makan.

Kata beliau, sebotol minuman mengandungi cecair spirit iaitu sejenis bahan mudah terbakar turut ditemui di tempat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kes itu masih dalam siasatan dan barang-barang yang ditemui juga sudah dimusnahkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah malam tadi seorang anggota polis menerima panggilan telefon daripada orang awam menyatakan terdapat sebuah beg pinggang yang mencurigakan diletakkan di khemah bilik gerakan berkenaan yang dipercayai berisi bom.

"Bertindak atas maklumat, pihak polis bersama pasukan unit pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian dan setelah disiasat, didapati kandungannya bukan sejenis bom,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan yang hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan anggota Puteri.

Sementara itu, Shaharon Anuar berkata, sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, polis menerima sebanyak 71 laporan berhubung kes jenayah yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil itu.



(www.utusan.com.my/utusan/info.)



kesan daripada pilihan raya kecil

Thursday, August 14, 2008

Mahasiswa Cemerlang

APA definisi mahasiswa cemerlang. Apakah sekadar berjaya dalam akademik semata-mata, bagaimana pula dengan ko kurikulum kerana ia juga penting menentukan kejayaan masa depan?


Mahasiswa terkenal dengan gelaran "akademition" yang juga golongan dalam golongan intelektual. Mahasiswa hari ini sangat berbeza mahasiwa era 60-an dan 70-an. Selain bebas bersuara, mereka juga boleh dijadikan role model kepada pelajar-pelajar yang ingin menjejakkan kaki ke Universiti setelah tamat pengajian di peringkat menengah. Apa definisi mahasiswa cemerlang.. Adakah sekadar berjaya dalam akademik semata-mata atau bergiat aktif dengan aktiviti luar.

Namun apa yang info tafsirkan daripada Berita Harian berkenaan suara mahasiswa semakin disekat kebebasan untuk bersuara tidak benar sama sekali. Hal ini berlaku kerana masih ramai mahasiswa yang bersikap "Aku tak Pedulisme" seperti mana yang ditekankan dalam mesyuarat Persatuan MahasiswaUniversiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan.

Bagaimana pula dengan prinsip berfikir sebelum bertindak kerana ini adalah langkah untuk berjaga-jaga terhadap pergerakan pelajar di dalam dan di luar kampus. Kerana kemasukan parti politik adalah tidak dibenarkan sama sekali apabila melainkan ia berunsurkan akademik. Mahasiswa sekarang lebih menekankan aspek akademik berbanding berko-kurikulum. Walhal, dunia hari ini menekan kedua-dua aspek yang penting sebagai bakal graduan.

Teringat kata-kata aktivis mahasiswa bahawa pemimpin pelajar tidak hanya lahir dalam dewan-dewan kuliah kerana ia akan wujud apabila ada tekanan daripada sekeliling. Sama seperti peringatan yang ditulis dalam risalah Suara KAL edisi pertama semester 2008/2009. Di mana ia menegaskan bahawa mahasiswa yang cemerlang tidak hanya hadir ke kuliah, menjawab soalah peperiksaan dan mendapat pointer yang baik tetapi mahasiswa cemerlang akan ada apabila ramai pihak yang menggalakkan mereka malakukan modal tambah dalam diri seperti hubungan dengan orang luar, cara berkomunikasi dengan baik dan bagaiman hendak terlibat dalam bepersatuan

Mendapat 3 pointer ke atas mempu memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan seorang mahasiswa. Walaubaagaimana sibuk pun ia perlu untuk memperbaiki diri dari segi peribadi, pergaulan dan penampilan terutamanya dalam melibatkan diri dalam kegiatan luar seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa, PM sekolah dan sebagainya. Kebijaksanaan dalam mengatur masa membuktikan seorang mahasiswa yang berjiwa besar mampu untuk memimpin dirinya di samping mempengaruhi orang lain.

Sebagai pesanan daripada info sendiri, jadilah mahasiswa yang berfikiran terbuka, bersikap positif dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Di samping bergiat aktif dengan aktiviti luar tetapi akademik diseimbangkan supaya pihak universiti sendiri dapat melahirkan mahasiswa yang sihat daripada pelbagai sudut.

Persidangan ke-3 PMUMSKAL


Assalamualaikum w.b.t.., Salam sejahtera, Salam Perpaduan, Vanakam.

Alhamdulillah, petang tadi (14hb Ogos 2008) telah tamat persidangan PMUMSKAL kali ke 3 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMTP, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Menurut Setiausaha Kehormat, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008, persidangan kali ini adalah persidangan yang terakhir sebelum PMUMSKAL menamatkan layar kepimpinan pimpinan pelajar. Setelah memegang tampuk pemerintahan sebagai PMUMSKAL, persidangan seperti ini telah dijalankan sebanyak dua kali. Dalam persidangan kali ini, tiga isu besar yang dibawakan dalam persidangan tersebut, diantaranya Isu cafe, susur gajah dan isu tamu gadang yang sedang berlangsung di UMSKAL.

Isu kebajikan pelajar adalah agenda utama yang menjadi bahan perbincangan dalam persidangan kali ini. Saudari Shahirla Azmin binti Kadir@ Abd Malik, selaku Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, MPP sesi 2007/2008 membentangkan kerja-kerja yang telah dijalankan. Isu café adalah isu yang diutarakan yang menyentuh berkenaan harga makanan, kebersihan, perkhidmatan dan waktu berurus niaga. Satu kertas kerja yang telah disediakan pada semester lepas akhirnya mendapat perhatian daripada Prof sendiri, selepas penilian dan menganalisis kebajikan pelajar.

Mengulas lanjut tentang isu café ini, jika dibandingkan café yang terdapat di Kg. E dengan café yang ada di UMSKAL seperti langit dengan bumi bezanya. Betapa perkhidmatan yang disediakan tidak mampu menampung keperluan 2000 orang yang terdapat di UMSKAL itu sendiri. Namun tidak sesuai untuk dibandingkan. Sebagai wakil pelajar satu perkara yang amat menyedihkan lagi dalam membincangkan isu café ia menyentuh kepada kesannya ke atas pelajar. Pelajar digalakkan untuk bergiat aktif di universiti walhal makanan yang dibekalkan tidak mencukupi, bagaimana hendak bekerja kalau tiada tenaga. Akhirnya terpaksa makan meggie. Info sendiri kecewa dengan keadaan ini semakin menekan pelajar.

Persidangan kali ke-3 yang dihadiri oleh ahli-ahli PMUMSKAL, yang dijemput hadir bagi membincangkan bersama-sama isu yang boleh disamakan dengan isu Negara. Penjelasan terhadap isu café telah membuka mata pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan susulan. Setelah isu ini telah diutarakan semasa 2 kali dalam persidangan PMUMSKAL diadakan. Setakat ini, info melihat ada perubahan dari segi infrastruktur yang telah diperbaiki. Pertambahan bumbung café berhampiran kolej kediaman pelajar siswi adalah usaha yang setakat ini dapat membuka mata pelajar yang hanya suka mengkritik di balakang. Buat pengetahuan semua permasalah ini bukanlah dari pihak atasan, tetapi menurut prof lagi, kekurangan peniaga yang sanggup menjual menjadi masalah mengapa café menawarkan perkhidmatan yang tidak memuaskan.

Selesai membincangkan isu café, wakil daripada ahli JAKMAS iaitu Saudara Mohd Firdaus telah mengutarakan isu Susur Gajah. Isu ini sudah menjadi tradisi untuk diperbincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat atau persidangan-persidangan persatuan mahasiswa Kampus Antarabangsa Labuan. Saudara Mohd Nashad selaku Naib Presiden KAL sendiri memberitahu kepada ahli mesyuarat kali ini bahawa sekarang Susur Gajah dalam pembinaan fasa yang terakhir. Tetapi selepas mendapat penjelasan daripada Prof Syed Azizi susur gajah tidak perlu untuk diwujudkan kerana kos pembinaan sahaja mencecah ribuan ringgit. Walhal kos untuk pembangunan UMSKAL telah diperuntukan untuk perbalanjaan RMK ke 9, iaitu pembinaan bangunan di hadapan menara yang menempatkan Perpustakaan dan dewan kuliah. Dijangkakan pembinaan tersebut akan bermula pada 2010.

Satu usaha yang bagus untuk diteruskan. Persidangan kali ini juga ada membincangkan tentang isu keselamatan pelajar semasa Tamu Gadang yang bakal menjelang di KAL. Setiap setahun sekali sebelum pesta konvokesyen diadakan di kampus induk UMS, Pesta konvo akan diadakan di UMSKAL sebagai menghargai pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini. Kerana majlis konvokesyen hanya akan berlangsung di Kampus Utama UMS termasuk pelajar daripada UMSKAL sekali.

Info tertarik dengan isu hedonism yang tertulis dalam blog Setiausaha Agung MPP kali ini (http://www.musliminmukhlisin.blogspot.com) dan sama pendapat bahawa “Hingga ke detik ini, isu hiburan melampau yang bercorak hedonisme yang berlangsung di UMS masih menjadi mauduk utama perbincangan warga kampus yang prihatin dan cintakan ilmu. Pokoknya di sini, jika pihak berwajib seperti MPP mahupun Jabatan HEP dan pihak pentadbiran gagal untuk menyedia dan merancang program-program ilmiah, maka tidak hairan jika budaya hedonisme terus masuk ke dalam kampus. Kalau benar pihak tertentu mahu melahirkan golongan mahasiswa kelas pertama, maka mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan. Jadi tidak ada lagi selepas ini konsert melalaikan yang mencemarkan kemuliaan Dewan Canselor, UMS Idol yang menghalalkan percampuran lelaki dan perempuan, band yang membingitkan telinga di kafe, Tamu Gadang yang menjemput artis tidak bermoral, dan macam-macam lagi”.

Bagaimana kita melahirkan gedung ilmu yang berkualiti andainya kita menerapkan gejala tidak sihat di kalangan mahasiswa-mahasiswi UMS. Sama seperti isu tamu gadang yang diutarakan oleh Naib Presiden KAL namun hiburan tidak di halang hanya bagaimana cara kita melaksakan. Cadangan daripada Naib Presiden sendiri, pengasingan lelaki dan perempuan dan yang bekeluarga semasa konset pesta konvo adalah alternative yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah-masalah tidak diingini berlaku. Mialnya, pencabulan terhadap wanita, botol arak terbiar di perkarangan Masjid Al- Hikmah, kondom terdapat di menara dan ramai pelajar wanita di ganggu oleh pihak luar yang kurang bertanggungjawab. Mungkin ini isu yang tidak sepatutnya berada dalam blog info ini namun sampai bila kita membiarkan perkara ini terus berlanjutan. Diharap kita berjaga-jaga terhadap permasalahan yang mungkin berlaku dalam aktiviti-aktiviti seperti Tamu Gadang, Battel Of the Band, Konset amal dan sebagainya.

Tambahan pula, Saudara Ahmad Aminuddin selaku Presiden BADAR sendiri bersetuju bahawa pembentukan mahasiswa yang lebih berilmu perlu diutamakan daripada kita menjemput artis-artis yang tiada kaitan langsung dengan akademik pelajar. Daripada hasil perbincangan dalam persidangan ini ramai yang sepakat untuk bersama-sama turun padang untuk menyelesaikan masalah juga isu kebajikan mahasiswa yang menjadi buah mulut pelajar setiap hari.

Persidangan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama Prof Syed Azizi, En. Zamri selaku Tim. Pendaftar Kanan HEPA, En Zulkeflee Abd Razak Pengetua kolej beserta barisan pimpinan pelajar PMUMSKAL oleh En Azri Onn.

(Huzailah Binti Abd Lasani, Exco Penerbitan dan Informasi-KAL, MPP sesi 2007/2008)

Wednesday, August 6, 2008

wajah-wajah pelajar UMSKAL




Pesta Gawai Keamatan

Tidak sampai sehari kawasan podium UMSKAL digunakan untuk KKKI, kini dipenuhi pula dengan pameran untuk Pesta Gawai Keamatan.

Sumandak-Sumandak Tampa Luri

04 Ogos - 09 Ogos 2008

Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan

Pelbagai Permainan yang dipertandingkan. Antaranya:
  1. Teka kacang
  2. lucky Draw
  3. Futsal Games
  4. Dan banyk lagiiiiiii....
Jangan lupa untuk menyertai setiap pertandingan yang ada.

Be Happy...!!!!