Selamat Datang.. Welcome...Vanakam...

Monday, June 16, 2008

Lawatan Ke IPTA sekitar Kuala Lumpur

Program lawatan yang dijalankan selama 6 hari 5 malam sangat bermakna buat mereka yang menyertai. Banyak pengalaman yang ditimbah semasa berada di sana. Saya selaku exco penerbitan merasakan program ini adalah yang sangat bermakna walaupun kali ke dua menjejakkan kaki ke semenanjung.



3 Jun 2008. Borneo ke semenanjung melalui laut cina selatan, perjalanan selama dua jam menyebabkan saya berdebar semasa dalam kapal terbang kerana menantikan saat-saat yang diimpikan selama ini. Iaitu melawat ke IPTA-IPTA di semenanjung. Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan saya berkat doa dan usaha sahabat-sahabat. Seramai 42 orang deligasi PMUMS telah pergi ke program anjuran Sekretariat Naib Presiden (Akademik dan Diplomatik).



Sepanjang program kami bermalam di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ucapan terima kasih kepada UPM kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk menginap di sana. Lebih menyeronokkan banyak tempat yang kami lawatan semuanya mendapat balasan positif. Itu yang diharapkan pada mulanya sebelum memulakan lawatan ketempat-tempat yang ingin dilawat.



4 Jun 2008. Pagi, Bermula sesi dialog bersama kakitangan Parlimen Malaysia. Dikesempatan yang ada, inilah kali pertama saya pergi ke Parlimen yang terletak di tengah Ibu Negara Malaysia di Kuala Lumpur. Kedatangan kami disambut mesra oleh Dato Idris, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi. Alangkah gembiranya apabila bertemu sendiri dengan mereka. Kebetulan semasa lamwatan kami, Dewan Negara sedang bersidang di Parlimen. Realitinya kami dapat menyaksikan persidangan yang hangat apabila masing-masing menteri mengeluarkan usul.



Tengah hari, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah sasaran kami. Setibanya di UIA, kami disajikan dengan makanan yang menyelarakan. Kebetulan dalam keadaan lapar. Hu hu hu...!!! Menarik reka bentuk bangunan UIA yang penuh dengan bangunan konkrik. UIA terkenal dengan Masjid yang menjadi centre setiap bangunan di sekeliling seperti Shop, perpustakaan, dewan-dewan kuliah, bangunan pentadbiran.


Bahasa pertuturan UIA adalah bahasa inggeris dan ini boleh membanggakan malaysia apabila 90 buah negara yang datang belajar di situ. Namun tidak semestinya bahasa malayu hilang di telan zaman, inisiatif untuk mengekalkan kualiti bahasa melayu di UIA turut diselaraskan. Itulah keistimewaan UIA selain universiti Islam yang menerapkan nilai Islam sepenuhnya.

sambungan....

TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

Pemimpin mempunyai tanggunjawab yang besar terhadap anggota seperti untuk menegakkan keadilan, memberikan kesejahteraan, menjaga ketenteraman dan juga kepentingan anggota-anggotanya. Oleh yang demikian, setiap anggota pimpinan PMUMS pada semua peringkat hendaklah berniat bahawa tugas yang dijalankan bertujuan adalah kerana amanah, bukannya bertujuaan mencari kepentingan diri atau tujuan untuk mendapat publisiti tetapi sebaliknya adalah untuk mendapat keredhaan-Nya. Setiap pemimpin pada semua peringkat mestilah mempunyai sikap seperti di bawah untuk melaksanakan amanah kepimpinannya.

  • Pemimpin hendaklah menjadi pemandu kepada anggota untuk kesejahteraan, kesentosaan, kesenangan dan kesempurnaan di dunia dan akhirat.
  • Mahir dan faham tentang organissasi yang dianggotai sama ada daripada aturan dan peraturannya mahupun dari segi tujuan, matlamat dan kaedah-kaedah kerja ke arah mencapai matlamat organisasi.
    Memahami secara mendalam tanggungjawab dan bidang tugas setiap jawatan organisasi yang diamanahkan kepadanya.

  • Mempunyai konsepsi dan visi yang jelas dan sahih serta yakin terhadap kejelasan matlamat perjuangan yang ditentukan oleh organisasinya. Ia juga berkewajipan mematangkan gambaran terhadap bentuk kerja, dan penyusunan tarbiyyah di setiap program-program tersebut.
  • Berusaha meningkatkan prestasi kerja amal dan mutu kerja dari semasa ke semasa.
  • Berusaha melahirkan sebanyak mungkin amggota atau ahli yang boleh membantunya dalam menyempurnakan tugas organisasi (pasukan petugas) serta mempertingkatkan kepimpinan akan datang supaya penerusan perjuangan dapat dikekalkan. Pemilihan sekretariat hendaklah dijalankan secara adil dan sistematik.
  • Berazam menjalankan tugas dan aktiviti secara berpasukan agar dapat merancang program-program kerja organisasi sebagai wasilah supaya matlamat perjuangan menjadi hampir dan pengaruh daerah penguasaan organisasi PMUMS semakin melebar di kalangan massa.
  • Sentiasa mendapat nasihat dan bimbingan daripada pimpinan-pimpinan yang lebih tinggi daripadanya atau daripada individu yang lebih berpengalaman dalam sesuatu bidang dan mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan serta menukarkan kritikaan-kritikan tersebut menjadi cadanganyang konstruktif.
  • Menyedari bahawa semua ahli yang terdapat dalam perjuangan. Oleh yang demikian, kerja memproses keahlian merupakan aset untuk memimpin ummah adalah satu program yang penting dalam aktiviti organisasi.
  • Mempunyai kesediaan dan kesanggupan untuk melakukan pembaikan setiap masa dan supaya perjalanan organisasi dapat berjalan lancar dan tertib.
  • Menjaga organisasi PMUMS supaya penonjolan kekuatan kewibawaannya bukan semata-mata disebabkan oleh faktor-faktor keyakinan dan kesungguhan kerja yang berterusan daripada ahli-ahlinya.
  • Mengawasi organisasi daripada sebarang penyelewengan matlamat dan sebarang penyerapan anasir-anasir perosak dari sudut fikrah dan tindakan.
  • Peka terhadap semua perkara yang menyentuh organisasi PMUMS dan mengambil tindakan segera.
  • Bijak menilai sesuatu persekitaran dan suasana dan daripadanya dapat dikeluarkan pendapat serta keputusan untuk tindakan selanjutnya.
  • Dalam rangka kerja menyusun organisasi mestilah diperhitungkan juga faktor-faktor keselamatan, keaslian dan kewibawaan organisasi itu sendiri dan mestilah wujud kerja-kerja muhasabah dan pembetulan–pembetulan daripada anggota organisasi.
  • Sentiasa bersedia menerima arahan-arahan yang diputuskan oleh organisasi, melakukan pembahagian tugas/bidang kepada petugas-petugas yang sesuai dan tidak melakukan ambil alih tugas/bidang orang lain kecuali untuk membantu.
  • Bersegera menyelesaikan masalah dalam organisasi dengan cara yang berkesan dan berhikmah. Menentukan taktik dan strategi bersesuaian dengan keadaan semasa, mengambil keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut.
  • Pemimpin hendaklah mentarbiyahkan dirinya taat kepada keputusan organisasi dan mendorong semua ahli juga berbuat demikian.
  • Kebolehan untuk membezakan antara taktik dan strategi dengan perkara dasar.
  • Pemimpin mesti bersifat ingin tahu, berupaya mengembangkan mental ahli serta berkeupayaan menganalisa situasi yang dihadapi dengan teliti, matang dan pantas. Para pimpinan pelajar haruslah peka dengan sebarang isu semasa sama ada bersifat nasional mahupun global.
  • Pemimpin PMUMS mesti bersedia beljar dan juga mendidik ahli serta mempunyai daya ingatan yang kuat.

Peranan Exco Penerbitan

  1. Exco Penerbitan dan Informasi


    v Berfungsi sebagai badan yang menerangkan segala dasar MPP
    v Menyelia penerbitan SUARA KAL
    v Berperanan mendidik minda mahasiswa agar menjadi golongan intelek
    v Berikrar mewujudkan mahasiswa berinformasi dan berkarisma
    v Mempengerusikan mesyuarat exco ini

SENARAI NAMA DAN AHLI BIDANG KUASA AHLI MP


AHLI-AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2007/2008


MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN
HASANAL BIN HASSAN ALBAN
(016-6024274)

TIMBALAN PRESIDEN
MOHD HAFIZ BIN AB GANI
(017-7300717)

SETIAUSAHA AGUNG
MURSIDI BIN AMAT
(019-8093354)

SETIAUSAHA KEHORMAT
MOHD INMRAN SAHUL HAMID
KAL (017-5111246)

BENDAHARI KEHORMAT
HILAL BIN AZMI
(013-8988793)

NAIB PRESIDEN KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
MOHD NASHAD BIN MAINOR
KAL (013-8155997)

NAIB PRESIDEN PERANCANGAN & KEMAHASISWAAN
CHUA YONG WEI
(012-8728838 @ 016-8764890)

NAIB PRESIDEN HAL EHWAL WANITA
NOR ISRA AYUNI BINTI ISMAIL
(019-4328713 @ 012-4864340)

NAIB PRESIDEN AKADEMIK & DIPLOMATIK
WONG JIEH JING
(019-5309350 @ 016-8423450)

MAJLIS EKSEKUTIF

EXCO KEROHANIAN & SAHSIAH
MUHD NADIR AL-NURI BIN KAMARUZAMAN
(012-9439460 @ 019-8110964)

EXCO AKADEMIK & KERJAYA
SUHAINI BINTI SAUNG
(019-5869312)

YAN CHIN FEI
(016-2536283 @ 017-3249875)

GOH WEI LI
KAL (012-8388652)

EXCO PERUMAHAN & PERKHIDMATAN PELAJAR
MOHD. FARIZUL BIN SUNARRIYO
(017-8192610 @ 016-5852935)

CHOONG JIAN MING
(016-4836717)

EXCO KEPIMPINAN & LATIHAN
MOHD NOORHAFIZ BIN M.NASIR
(019-8075297)

AZRUL BIN IBRAHIM
(014-6517287)

EXCO PROJEK & PROTOKOL
MOHD AFIZUL BIN MOHAMMAD
(013-9190232)

NUR NADIAH ABDUL RASHID
(017-2802591)

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN
ABDUL JALIL BIN SALLEH
(013-8789941)

TAN GUANG MING
(017-7001998)

SHAHIRLA AZMIN BINTI KADIR
KAL (019-2463409)

EXCO HUBUNGAN ANTARABANGSA
MOHD HAMINUDDIN BIN HASSAN
(012-9897474)

EXCO KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN
NUR NADIA AMIRA BINTI MOHD NASIR
(012-8945664 @ 019-9203423)

TAN CHOON FEI
(016-5045911)

EXCO PENERBITAN & INFORMASI
SAID IBRAHIM BIN MOHD RAMAKRISHNAN
(019-5374443)

HUZAILAH BINTI ABD. LASANI
KAL (014-8610568)

EXCO SUKAN & REKREASI
MOHD. AZRI BIN SALMAN
(017-7987403)

ALEX LAU LIH PING
KAL (013-8041377)

EXCO SAINS & ALAM SEKITAR
MOHD AFIQ BIN MAHAT
(019-4933683)

LAWRENCE LIAU KENG FUNG
(016-8100325)

EXCO KEBUDAYAAN & KESENIAN
MOSIMAR BIN ABU BAKAR
(016-8411721)

RAJA KUMAR A/L SUNDARAM
(016-5049128)

EXCO PERPADUAN NASIONAL
STEPHEN TIONG KAI KYET
(016-8845125)

Pelan Strategik PMUMS (MPP)

HALA TUJU PERJUANGAN DAN KEPIMPINAN MPP SESI 2007/2008

VISI
Memartabatkan Mahasiswa UMS di Arena Global

MISI
Ke Arah Keseimbangan dan Kecemerlangan yang Berorientasikan
5K (Kesarjanaan, Kokurikulum, Kesahsiahan, Kebajikan, dan Kesepaduan)
Bagi Melahirkan Mahasiswa yang Cemerlang

MOTTO
Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah

MATLAMAT
Mejadi satu medium interaksi bagi menyalurkan suara mahasisswa kepada pihak Universiti dan kerajaan demi memastikan hak mahasiswa UMS terbela dan menyediaakan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan untuk melahirkan mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang


DASAR UMUM:
1. Menjadikan Rukun Negara sebagai landasan aktiviti kemahsiswaan
2. Membantu Mahasiswa mendapatkan hak sebagai mahasiswa.
3. Menjadikan PMUMS sebagai medium perantaraan Mahasiswa dan Pengurusan Universiti
4. Ke arah mewujudkan pengurusan yang sistematik dan kemantapan berorganisasi..
5. Membudayakan mahasiswa yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani.


OBJEKTIF
1) Kesarjanaan
Meningkatkan kesarjanaan akademik dengan pencapaian PNGK 2.50 ke atas seramai 70% daripada pelajar UMS
2) Kokurikulum
Memantapkan daya saing dan semangat juang dalam aktiviti kokurikulum yang disertai sama ada di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan global
3) Kesahsiahan
Menanamkan nilai-nilai murni dan kesahsiahan dalam setiap program yang dianjurkan dengan meminimumkan aktiviti yang bercorak hedonisme
4) Kebajikan
Memastikan kebajikan mahasiswa UMS sentiasa dalam keadaan yang memuaskan sebagai mangkin ke arah pembentukan modal insan berkualiti
5) Kesepaduan
Mengukuhkan amalan-amalan kesepaduan melalui aktiviti kemahasiswaan yang dianjurkan bagi menyemai budaya integrasi nasional

CABARAN
1. Kurangnya komitmen dan penglibatan mahasiswa terhadap aktiviti yang dianjurkan .
2. Kurangnya kerjasama mahasiswa dalam mencadangkan dan menyelesaikan isu serta pelaksanaan dasar.
3. Keputusan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan kepentingan mahasiswa tidak mengambil kira pandangan daripada wakil mahasiswa.
4. Penekanan pihak universiti dan kerajaan untuk menerima isu dan cadangan yang telah diutarakan.
5. Karenah birokrasi yang wujud menyebabkan cadangan penyelesaian masalah yang diputuskan gagal dilaksanakan sepenuhnya.





Berikut merupakan penjelasan ringkas prindis Rukun Negara yang menjadi dasar umum kita yang pertama dan menjadi landasan utama dalam aktiviti kemahasiswaan yang akan kita anjurkan dan laksanakan :

Rukun Negara digazetkan ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga antara satu sama lain. Oleh itu, konsep perpaduan kaum ini haruslah diserapkan dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dianjurkan di UMS yang sesuai dengan penempatannya iaitu terletak di Negeri Bawah Bayu - negeri yang terkenal dengan penduduknya yang berbilang kaum .

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagain pertama menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk. Objektif tersebut adalah sebagaimana berikut:

-Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
-Memelihara satu cara hidup demokratik yang menekankan aspek sahsiah dan moral
-Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
-Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
-Membina sebuah mayarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian kedua menggariskan lima prinsip yang berikut:

§. Kepercayaan kepada Tuhan
§. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
§. Keluhuran perlembagaan.
§ Kedaulatan undang-undang. Dan
§ Kesopanan dan Kesusilaan.